Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

Belasungkawa

S aya mendapat khabar sedih pagi ini. Tok Uda dijemput Ilahi di usia 80an. Allahyarhamah Jaharah bt Montok adalah adik kepada Atok Dolah. Sebagai atok saudara, Tok Uda memang amat rapat dengan kami. Malah kami amat senang dengannya.Beliau mudah diajak berbual, mudah mesra dan kami sebagai cucu cukup selesa dengannya. Kini segalanya tinggal kenangan dan bakal terpahat dalam sejarah keluarga kami. Saya secara peribadinya sudah mula rapat dengan Tok Uda sejak kecil lagi. Kata emak, saya sentiasa merengek minta di dokong oleh Tok Uda. Setiap kali berpeluang bersama Tok Uda, selalunya Tok Uda tidak berhenti mengungkit kisah silam saya yang begitu rapat dengannya. Saya cuma mampu tertawa mendengar Tok Uda bercerita. Kata Tok Uda, ketika banjir besar 1971 dulu, Tok Udalah yang mendokong saya merandai air menuju ke pusat pemindahan. Air dikatakan naik mendadak malam itu. Kisah yang satu inilah tidak pernah lekang dari mulut Tok Uda dijadikan bahan cerita setiap kali kami bersama. Saya jumpa T

Tangkas

B ila Haziq bercerita tentang keghairahannya berada di posisi penjaga gol seusainya bermain bola, emak tiba-tiba menyampuk. "Haziq ni ikut aruah atok dia, kalau main bola mesti nak jaga gol". Cakap emak memang ada betulnya. Saya masih ingat menyaksikan ayah beraksi penuh bergaya menjaga pintu gol dari dibolosi oleh bola tendangan pihak lawan. Pemain lawan acapkali didengar mengeluh kerana sukarnya menyumbatkan gol justeru ketangkasan ayah dalam menangkis setiap serangan bola yang datang. Itulah kehebatan ayah seorang penjaga gol yang pernah digeruni satu ketika dulu. Saya tidak dipilih untuk mewarisi bakat yang ayah miliki. Saya tidak juga sangat cenderung dalam permainan ini walaupun pernah cuba-cuba bermain ketika di sekolah dahulu. Kini Haziq dilihat memiliki kecenderungan yang bukan sedikit terhadap bola. Saya dan isteri cukup bimbang kerana tumpuannya sekarang sepatutnya bukan pada bola tetapi pada PMR yang bakal dihadapinya. Pena Tumpul - Sedang memikirkan kaedah terba

Turi

K ata orang sedap tidaknya masakan bergantung kepada siapa yang memasaknya. Tengahari ini ketika bersembang dengan isteri, emak dan Kak Long di dapor sempat saya berbicara tentang masakan siapa yang paling sedap. Antara masakan emak, Kak Long dan isteri. Tentunya tidak adil untuk membandingkan masakan isteri dengan Kak Long apatah lagi dengan emak sendiri. Namun masing-masing punyai kehebatan sendiri. Masakan emak tanpa ragu amat sedap pada saya. Sentuhan tangan emak tidak pernah mengecewakan. Emak juga cukup mengerti masakan kegemaran anaknya. Emak tahu saya penggemar masakan berkari. Gulai kari daging lembu emak sampai kini tiada tolok bandingnya. Kuih bakar emak juga paling sedap. Begitu juga mee kari yang sesekali emak buat bila diminta. Cukup menyelerakan. Kak Long tiada tandingan pada mee hailamnya. Pagi tadi habis satu loyang kami kerjakan kuih kosui yang dia buat. Saya, isteri, emak, Haziq dan Luqman menghabiskan kuih ini bagaikan orang kemaruk. Tiba-tiba Haziq mencelah, "

Babi

T ok Pah mengadu rumahnya di masuki babi hutan. Ia tidak menghairankan kerana rumah Tok Pah memang di kelilingi belukar. Khabarnya, Tok Pah seorang nenek tunggal sedang bersantai di anjung rumahnya bila seekor anak babi ini menceroboh masuk ke dapurnya. Tok Pah lupa menutup kemas pintu dapurnya. Kata Tok Pah sebelum ini pun dia kerap juga terlupa menutup pintu dapurnya namun tidak pula sampai mengundang seekor babi liar untuk "berpesta" di dapurnya. Saya tidak menyalahkan babi hutan itu dan tidak juga Tok Pah. Babi hutan "memberontak" kerana jajahannya diceroboh. Habitatnya diganggu. Saya melihat sedikit demi sedikit kawasan hutan diterangkan bagi memberi laluan kepada pembangunan. Babi ini bagaikan tiada tempat untuk berlindung lagi. Justeru lapar, babi ini tidak punya pilihan lalu mengganas. Khabarnya anak-anak getah yang baru hendak membesar, ubi kayu tanaman orang-orang kampung menjadi makanan babi-babi ini. Dua hari yang lepas seorang budak sekolah cedera teru

Kebebasan

B ila saya menjengah emak di rumah Mantoba semalam, Hafiz dilihat sedang bermain-main dengan sebuah vas bunga yang agak mahal juga. Saya agak hairan kenapa ayahnya membenarkannya bermain dengan vas itu. Pastinya Mantoba tidak berupaya membantah kemahuan Hafiz, saya fikir. Saya nampak dia memasukkan sesuatu dalam vas itu. Kereta mainan "diecast "nya barangkali. Hafiz memasukkan tangannya ke dalam vas bunga. Dia ingin mengeluarkan semula mainan tersebut. Tetapi dia tidak dapat menariknya keluar. Hafiz menangis dan menarik perhatian kami semua. Ayahnya mencuba membantu sekuat tenaga menarik tangan anaknya dari vas bunga, namun gagal. Setelah beberapa kali mencuba dan gagal, akhirnya kami berfikir untuk memecahkan saja vas bunga yang mahal itu. Namun terpaksa memikirkannya semula. Vas itu agak mahal untuk dipecahkan sia-sia begitu. Tapi tiba-tiba, si ayah mendapat idea, "Hafiz, kita cuba sekali lagi. Lepaskan tangan Hafiz yang ada di dalam vas itu. Lepaskan mainan tu.Luruska

Persamaan

K ata Dr Fazillah Kamsah pasangan suami isteri berada dalam kedudukan yang cukup baik dan serasi kalau memiliki sekurang-kurangnya 12 persamaan. Saya melihat diri sekiranya ada persamaan saya dan isteri setelah 19 tahun hidup bersama. Pastinya ada, kalau tidak masakan boleh bertahan sampai sekarang. Hobi yang hampir sama walau tidak sepenuhnya sama. Kesukaan terhadap benda yang sama. Menggemari makanan yang hampir hendak sama juga. Kalau ada benda yang tidak disukai dilakukan pun, ia juga menjurus pada benda yang sama. Mempunyai cita-cita untuk sebuah masa depan yang juga sama. Ringkasnya sebarang perbezaan kalau ada pun amat minimal. Perbezaan pandangan dan pendapat terhadap sesuatu perkara pastinya tidak dapat dielakkan. Namun akhirnya menuju kepada satu titik persamaan juga. Tentulah amat luar biasa kalau suami dan isteri dilihat serba sama. Kata orang perbezaan juga perlu dalam menerbitkan "keriuhan" dalam sebuah rumahtangga. Lalu, selalunya yang terjadi pasangan ditemuk

Telur

A da ketikanya kita sering menjadi "buta" dengan yang begitu sangat hampir dengan diri kita. Orang yang paling hampir selalu sahaja dipinggirkan, namun bila orang itu sudah tiada, baru pula terasa kehilangannya. Kita sebenarnya sering terlepas pandang benda yang paling dekat dengan kita. Cerita di bawah ini yang saya cedok dari majalah Solusi isu 16 amat menarik untuk direnungi. Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannnya. " Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya. "Cuba berikan aku bayangan" , pinta penjual telur. " Benda ini bentuknya seperti telur" , ujar pelanggan itu lagi. " Lagi? " " Warnanya seperti telur". "Lagi? " rayu penjual telur itu lagi. Pelanggan tersebut mengg

Tanah

S ikap pemilik tanah yang besar kepala menghadang jalan sering sangat kita dengar dan lihat. Semalam perjalanan saya sedikit tersangkut dek perbuatan tidak bertamadun ini. Pemilik tanah ini secara sedar dan sengaja menyusahkan orang lain yang menggunakan jalan di depan rumahnya. Jalan yang baru diturap dan muat untuk sebuah kereta sengaja di belah menjadi parit sehingga betul-betul menyusahkan orang lain. Saya melaluinya dan berasa begitu payah. Sebelum ini saya melihat pelbagai struktur binaan di buat sehingga pengguna rasa disusahkan dan tidak selesa untuk melalui jalan itu. Lecak dan sengaja dilecakkan. Khabarnya orang kampung meminta ia diturap untuk sebuah keselesaan. Dan permintaan mereka ditunaikan. Kata kawan yang saya kunjungi itu dan penduduk tetap kampung ini, pemilik tanah ini tidak puas hati kerana tanah miliknya dijadikan laluan awam, sedangkan tiada pampasan untuknya. Itu sebab paling biasa. Katanya lagi kekecohan ini telah menarik perhatian orang-orang surau. Nasihat m

Five

W hile at the park one day, a woman sat down next to a man on a bench near a playground. “That’s my son over there,” she said, pointing to a little boy in a red sweater who was gliding down the slide.“ He’s a fine looking boy ” the man said. “ That’s my daughter on the bike in the white dress.” Then, looking at his watch, he called to his daughter. “What do you say we go, Melissa? ”"Melissa pleaded, “Just five more minutes, Dad. Please? Just five more minutes.” The man nodded and Melissa continued to ride her bike to her heart’s content. Minutes passed and the father stood and called again to his daughter. “Time to go now?” Again Melissa pleaded, “Five more minutes, Dad. Just five more minutes .”The man smiled and said, “OK.” “My, you certainly are a patient father,” the woman responded.The man smiled and then said, “ Her older brother Tommy was killed by a drunk driver last year while he was riding his bike near here. I never spent much time with Tommy and now I’d give anything

Impian

S eorang pensyarah meluahkan impiannya kepada Dato' Naib Canselor. Beliau hendak melihat kolam renang, bowling alley dan hotel di UiTM Johor. Impian beliau pastinya berasas. Sebagai sebuah pusat pengajian tinggi, UiTM perlu menyediakan atmosfera yang paling kondusif untuk warga akademik dan pelajarnya. UiTM perlu jadi tempat yang cukup selesa untuk penjanaan dan percambahan intelektual. Namun kekangan kewangan tidak memungkinkan segala impian yang dilakar menjadi realiti sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang tertentu. Impian ini bakal jadi kenyataan juga. Buat masa ini biarlah ia tersangkut di peringkat angan-angan dulu. Kata Dato' tidak salah berangan seperti Mat Jenin. Kalau ditanya kepada pelajar pula, impian mereka lebih berwarna-warni. Mereka mahukan restoran makanan segera, pusat karaoke, kompleks sukan serba lengkap malah sebuah pusat beli belah juga. Impian mereka cukup melampau. Pun begitu, saya melihat prasarana yang serba lengkap boleh mengekang budaya balik kam

Anonymous

L edakan teknologi maklumat membuka ruang yang seluas-luasnya kepada setiap individu untuk melontarkan pelbagai pandangan. Ketika langit menjadi begitu amat terbuka dan dunia bagaikan sebuah perkampungan global yang tidak punya sempadan, asakan maklumat yang datang dari pelbagai sudut bukanlah mudah untuk ditangkis dan ditepis. Sebaran dan capaian maklumat memacu pantas sepantas jari-jari bermain di papan kekunci komputer dan telefon bimbit. Amat mudah dan semudah-mudahnya. Blog antara medium paling popular kini. Blog berbeza fungsinya di tangan mereka yang mengemudinya. Secara umum media bentuk baru ini menjadi pentas untuk menyebar maklumat dan sekaligus mengongsinya dengan khalayak pembaca. Blog menjadi medan paling terbuka kepada "blogger" untuk menyatakan pandangannya, berkongsi cerita suka dan duka, menterjemahkan rasa hatinya di persada maya. Kandungannya juga berbeza. Blog diolah mengikut cenderung dan tujuan. Lantas lahirlah blog yang pelbagai - ada yang berbicara

Melintas

S eorang pejalan kaki mengambil tindakan yang amat betul apabila dia teragak-agak untuk melintas di persimpangan lampu isyarat pagi ini. Dia boleh sahaja untuk terus melintas tanpa ragu kerana lampu hijau memang memberinya laluan untuk berbuat begitu. Namun saya lihat dia tidak pantas melintas. Tindakannya betul dan menyelamatkannya kerana saya melihat sebuah kereta meluncur laju dari arah bertentangan melepasi lampu merah tanpa menyedari bahawa seorang pejalan kaki ini sedang berkira-kira untuk melintas. Saya tidak dapat membayangkan kecelakaan yang bakal menimpa pejalan kaki ini sekiranya dia mengambil keputusan untuk melintas tadi. Saya sendiri selalu tidak yakin bila berada di persimpangan lampu isyarat begini kerana saya sedar ada segelintir pemandu yang tidak boleh kita harapkan sangat untuk mematuhi peraturan lampu isyarat ini. Mereka boleh sahaja bertindak sesuatu yang tanpa kita jangka dan sekaligus membahayakan pengguna jalanraya lain yang cukup berhati-hati. Sudah memang be