Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Tersasar

S esekali melayani cebisan kisah lawak yang singgah di laman maya seronok juga. Kisah lucu menghilangkan sedikit tekanan. Benar tidaknya kisah ini bukanlah penting kerana yang lebih penting ia menghiburkan dan mampu buat kita senyum kalau pun tidak sampai ketawa berdekah-dekah. Kisah ini terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, merupakan sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tidak pernah mengenai sasarannya. "Satu pun tak kena??? Argghhh!!! sakit jiwa  aku macam ni, apa nak jadi dengan kau ni??? ",sergah Kapten pasukan." Sorry tuann! ! ! tersasar tuan!! !" balas penembak tu. "Takpe... takpe ... saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena juga, tinggalkan sahaja lapang sasar ini dan jangan datang-datang lagi" bentak Kapten. Walaupun jarak tembakan di dekatkan, sasaran penembak malang ini masih

Pertunangan

K ak Long bakal membawa masuk menantu kedua dalam keluarganya tidak sampai setahun dari sekarang. Beberapa hari yang lepas berlangsung majlis bertunang. Pasangan yang bertunang nampak tenang dan girang bukan kepalang.Khabarnya kos hantaran mencecah lima angka. Mahalnya kos kahwin sekarang. Saya melihat bukan kos kahwin itu yang mahal tetapi gayanya yang mahal. Kalau mahu nampak dan dikatakan lebih bergaya upacaranya maka banyaklah wang yang dileburkan. Adakalanya saya tertanya-tanya perlukah kita bertunang sebelum melangsungkan perkahwinan? Bertunang itu pentingkah atau ia sekadar adat sebelum kedua pasangan di ijab kabulkan. Saya sendiri kurang pasti dengan persoalan itu. Zaman sekarang ini, kebanyakan orang jarang bertunang. Mereka terus melangsungkan akad nikah, ringkas dan cepat katanya. Namum itu semua atas hak masing-masing. Ada juga yang mengikat tali pertunangan hingga bertahun-tahun tetapi akhirnya putus. Saya mencari maklumat mengenai pertunangan dan menjumpai beberap

Malas

S aya suka untuk berkongsi kesah yang menarik dan melucukan ini. Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba? ” Lalu jawab lelaki tersebut, “ Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.” Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku. ” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba? ” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.” Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, "Patik adalah yang paling malas tuanku. ” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu? ” Budak itu pun menjawab, “ Nak cerita pun malas

Menunggu

M enunggu lama di lampu isyarat jalan adakalanya memang membosankan. Untuk mengelakkan lampu isyarat yang tiba-tiba bertukar merah, ada ketikanya saya sampai sanggup mengambil jalan lain walaupun relatif lebih jauh. Alasannya kerana tidak mahu menunggu lama di lampu isyarat. Sepatutnya jika sabar menunggu untuk tempoh 2 minit itu, perjalanan yang jauh itu tadi menjadi dekat sahaja. Dalam menghadapi keadaan yang tidak dapat di elakkan ini, keberadaan lampu isyarat sering dipersalahkan dan dilihat menyusahkan walaupun tujuan sebenarnya untuk menyenangkan para pengguna jalanraya. Pemaparan nombor secara " countdown " pada lampu isyarat sekarang pada hemat saya menyentak perasaan tidak sabar pengguna untuk meluru laju bagaikan seorang pelumba yang mahu mencecahkan kaki ke garis penamat dalam lumba lari. Dalam ketergesaan itu, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Misalnya, baru-baru ini di depan mata saya melihat seorang penunggang motosikal terbabas lalu terbaring d tengah jalan

Celaan

"Celaan itu ubat, pujian itu racun" U sai sahaja perlawanan futsal malam tadi, Haziq menerima pujian bertalu-talu dari rakan -rakannya.Dia memberi kemenangan besar kepada pasukannya. Khabarnya Haziq menyumbat empat gol dan sekali gus muncul sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang pertandingan. Haziq berhak untuk pujian-pujian itu. Cuma saya sedikit gusar dia akan tenggelam dalam sorak sorai pujian itu. Saya mengharapkan akan ada juga suara yang mencelanya namun tidak kedengaran pun. Barangkali ia larut ditelan pujian yang menggegak gempita. Saya tidak memujinya langsung. Dalam hati memuji tetapi tidak saya lafazkan. Sebaliknya saya mencela corak permainannya yang paling teruk pernah saya lihat. Empat gol yang membolosi pintu gol lawan hasil sepakannya bukan kerana dia hebat pun. Dia bernasib baik sebab barisan pertahan lawan dilihat amat lemah selain penjaga gol yang amat tidak bermaya untuk menahan sepakannya yang tidak sekuat mana pun. Saya lihat Haziq agak kecewa

Kayakah?

K ita bukanlah kaya sebenarnya. Orang kaya merasa dirinya kaya kerana ada orang lain yang kurang kaya daripadanya. Kaya itu relatif. Juga subjektif. Hakikat kaya tidak sama pada semua orang. Ada yang melihat kekayaan itu dengan banyaknya harta yang dilonggokkan. Rumah besar dan kereta besar. Hidup mewah dan apa yang dihajati semua boleh didapati dengan mudah. Wang bukanlah masalah pun pada orang yang dikatakan kaya ini. Namun tidak semua orang melihat kekayaan dalam bentuk begitu. Seorang bapa yang begitu bangga dengan kekayaan yang diraihnya selama ini mahu menunjukkan kepada anak lelaki tunggalnya bahawa mereka cukup kaya berbanding orang lain. Dibawanya anaknya bersiar di dalam kereta mewahnya melalui kawasan kampung. Rata-rata orang-orang kampung ini hidup cuma bergantung kepada tanah pertanian yang di usahakan saban hari. Mencari rezeki untuk hidup di bawah panas matahari. "Tengok betapa kayanya kita kan. Lihat aja rumah mereka yang buruk tu. Motor buruk pun tak ada. Pa

Paip

U ntuk kesekian kalinya dalam bulan ini bekalan air paip ke rumah tersekat-sekat macam air kencing dan adakalanya terputus terus. Sejak bulan puasa lalu pun selang dua tiga hari paip sering tidak berair. Ia memang menyusahkan lebih-lebih lagi ketika bekalan air amat-amat diperlukan untuk memasak, mandi dan berwuduk. Tidak ada pihak yang lebih berhak untuk dipersalahkan kecuali SAJ. Setelah berulang-ulang kali masalah berlaku, SAJ tidak pernah untuk belajar mengambil tindakan yang benar-benar berkesan. Kebocoran demi kebocoran dikesan berlaku pada paip bawah tanah sepanjang laluan yang sama. Saya mengesan lebih kurang 10 kebocoran berlaku sepanjang laluan yang sama. Dibaiki yang bocor, esok lusa diikuti pula dengan kebocoran yang lain. Dalam perjalanan pulang ke rumah tengahari ini, saya mengesan lelehan air membasahi jalan dan pastinya berlaku lagi kebocoran. Tidak hairanlah awal pagi tadi, titisan air dari paip bagaikan air kencing yang amat menyakitkan hati. Isteri sudah mula mer

Selera

S aya tidak pernah rasa terpanggil untuk menonton drama-drama di tv yang memenuhi slot drama hampir setiap saluran tv saban hari. Kalau pun menonton saya sangat berkira tentang beberapa perkara. Saya sangat memilih sebenarnya. Saya mahu drama yang saya tonton itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam seusai sahaja menontonnya. Mesej cerita mesti kuat dan jelas. Jalan cerita perlu juga kemas, ketat dan mantap. Bukan longgar ceritanya. Saya juga berkira tentang siapa pengarah dan siapa pelakon. Pada saya, lambakan drama TV tempatan sekarang antara punca mengapa drama kurang mendapat sambutan. Saya ingat ketika tv era hitam putih dulu, kemunculan drama tv dinanti dengan tidak sabar. Sekarang, drama tv sudah tidak menarik perhatian lagi. Orang ramai sudah jelak dengan drama yang  jalan ceritanya  terus-terusan stereotyp e dan hambar. Malam ini, setelah sekian lama tidak terpaku di depan tv melayan drama Melayu, hati saya terbuka kembali untuk menonton drama Melayu hingga ke pengh

Raya

P agi ini dalam kelas " Creative Thinking" saya membiarkan sebebasnya pelajar-pelajar saya untuk mengeluarkan buah fikiran mereka apa sahaja tentang hari raya. Hasilnya terpacullah beberapa idea yang bunyinya gila-gila namun tidaklah mustahil untuk diterima malah dipraktikkan. Sambutan hari raya dkatakan semakin berkurang meriahnya berbanding dulu. Khabarnya sambutan raya dulu-dulu lebih berkesan di hati. Amalan kunjung mengunjung dilakukan dengan penuh semangat kekeluargaan. Kalau dalam sebuah kampung, lepas satu rumah, satu rumah akan dikunjung. Tuan rumah tidak perlu fikir sangat tentang duit raya. Kalau pun ada duit raya tidaklah dikisahkan sangat jumlahnya. Ia mungkin 10 sen, 20 sen dan kanak-kanak yang menerimanya tidak juga banyak soal berapa jumlahnya. Kuih-kuih yang pernah popular dahulu kian pupus dan tidak lagi disajikan di meja-meja hidangan. Kuih baulu, kuih ros, penganan atau dodol sangat sukar ditemui sekarang. Ketupat daun kelapa sudah diganti dengan ke

Tulisan

S ekumpulan pelajar meminta saya mengadakan kelas tambahan. Mereka perlukan beberapa tip berguna sebelum berdepan dengan kertas tersebut esoknya. Saya tidak menolak permintaan itu malah cukup gembira pelajar ada kesedaran begitu. Saya kata pada mereka tidak sukar untuk "memikat" saya. Selain daripada kualiti jawapan yang baik dan tidak merapu saya mudah dipancing dengan tulisan tangan yang cantik. Bila saya memeriksa kertas jawapan pelajar, sebahagian besar pelajar tidak melihat aspek tulisan ini penting. Lalu tercoretlah di atas kertas jawapan pelbagai bentuk tulisan yang amat menyakitkan mata. Ada yang halus sehingga sukar hendak dibaca. Tidak kurang yang bagai cakar ayam. Seperti kata Dr Fadzilah Kamsah bentuk tulisan menggambarkan peribadi kita juga. Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas misalnya digambarkan sebagai berkarakter sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif. Manakala yang menulis dengan lembut dan ri

Kampung

" Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain" T anyalah sesiapa pun, hari raya tidak akan seronok tanpa balik kampung. Balik kampung begitu sinonim dengan hari raya khususnya di kalangan orang Melayu. Lonjakan hati untuk balik ke kampung juga sebenarnya turut dikongsi bersama oleh yang bukan Melayu juga. Buktinya setiap kali musim perayaan tiba, jalan raya akan penuh sesak dengan kenderaan yang berduyun-duyun menuju pulang ke kampung meninggalkan kota dalam keadaan lengang. Saya tidaklah perlu bersusah-susah hendak balik kampung. Saya memang tidak pernah berganjak jauh dari kampung saya dilahirkan. Jadi, pertelagahan untuk balik kampung suami atau isteri tidak pernah jadi isu pun. Saya beraya di kampung hari ini. Melawat atok yang masih ada yang sudah agak uzur di usia 90annya. Bila bertemu Udin, rakan sepermainan dulu katanya sudah ramai yang tiada. Yang tua-tua yang dahulunya pernah dikenali dulu satu persatu di jemput Ilahi. Suasana raya macam dulu yan

Cinta

"Jika tepat masa,ketika,keadaan dan SIAPA,cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya." K ata Ustaz Pahrol penulis buku ini, dia menunggu selama tujuh tahun sebelum buku yang ditulisnya ini meletup di pasaran. Dia ingin menyampaikan mesej penting kepada saya dan beberapa orang peserta yang menyertai bengkel penulisan buku umum dan Islami supaya tidak berputus asa kalau karya kita dipandang sepi oleh penerbit atau pun kalau diterbitkan tidak pula mendapat perhatian pembaca. Kata Pahrol buku ini ditolak penerbit dahulu kerana diri penulis yang bukan lagi remaja cuba mengupas isu cinta remaja. Itu sahaja isunya. Khabarnya buku ini amat sangat laris di pasaran sekarang dan begitu popular di kalangan remaja IPTA. Di ulang cetak berulang-ulang kali bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Saya teruja untuk membaca buku yang pernah saya pegang-pegang dan belek-belek tidak lama dulu namun tidak pula terdorong untuk membacanya. Mungkin tajuknya yang tidak begit

Inovatif

B udak Melayu memang inovatif dan kreatif namun tidak pada tempatnya. Sejak beberapa malam yang lalu, malam di sekitar saya sudah tidak hening lagi. Saban malam gegendang telinga ini diganggu oleh bunyi meriam yang entah dari mana datangnya. Haziq tidak berhenti merungut kerana hasratnya untuk menumpukan perhatiannya dalam mengulangkaji pelajarannya tergugat. Memekakkan. Kami tidak mampu berbuat apa-apa. Memang itulah kelazimannya setiap kali Syawal menjelang. Pada mereka kemeriahan raya perlu disemarakkan dengan dentuman meriam tanpa memikirkan hak orang lain yang amat memerlukan ketenangan untuk beribadat di bulan yang mulia ini. Kalau bunyi meriam tidak cukup kuat, mereka akan menjadikannya lebih kuat. Kalau nasib tidak baik, keseronokan yang dicari, padah pula yang menimpa. Malah inilah yang berlaku pada setiap musim perayaan. Mangsa korban mercun buatan sendiri sudah biasa sangat dikaitkan dengan orang Melayu. Tidak pernah serik dan tidak pernah ingin belajar daripada apa yang

Pandangan

"Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al Qur'an dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila ". (Surah Al-Qalam:51) U staz Zahazan di dengar dicorong radio berbicara tentang ayat di atas pagi ini. Kupasannya tentang pandangan mata amat menarik selain stail penyampaiannya yang juga memikat seorang saya. Beliau mengkisahkan hal dua orang sahabat Amir bin Rabi'ah dan Sahl bin Hanif ra. tentang kuasa pandangan mata dan ia amat menarik. Kisah yang diceritakan ini mengheret saya untuk pencarian seterusnya kerana saya selalunya tidak berhenti di situ sahaja. Saya ingin tahu lebih dari itu. Saya mencari dan menjumpainya di sini . Banyak yang tidak saya tahu tentang 'ain ini rupanya. Betullah kata seorang alim: "Semakin bertambah ilmuku, aku semakin kenal akan kebodohanku". 'Ain diambil daripada kata kerja `ana ya`inu apabi