Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Janggut

S aya pernah berjanggut di zaman solo saya. Lepas kahwin saya diminta oleh isteri saya untuk tidak menyimpan janggut. Katanya,saya nampak tidak kemas bila berjanggut. Saya akur dan sejak itu saya sudah tidak menyimpan janggut lagi. Hampir setiap hari saya mencukur bulu-bulu janggut yang tumbuh. Kalau saya berjanggut sekarang, ia tentulah tidak hitam macam dulu lagi kerana yang putih akan lebih ketara tumbuhnya di dagu. Hari ini di laman sosial,saya menemui fakta yang sangat menarik tentang janggut dan mengubah persepsi saya tentang janggut dan kelebihan berjanggut.Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat

Salah

S aya diminta dan dirayu Hafiz berulang-ulang kali supaya membantunya dalam menyiapkan kerja sekolahnya. Saya sedar ibu dan ayahnya sangat kesuntukan masa.Juga kerana tidak sangat arif dengan isi kandungan mata pelajaran yang diajar di sekolah sekarang. Sudah banyak bezanya dari dulu dan sudah melalui beberapa siri perubahan. Kata isteri yang terlibat secara langsung dalam kurikulum, fokus pengajaran dan pembelajaran sekarang ialah melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kritikal dan kreatif. Tiada lagi soalan-soalan mudah yang beraras rendah, tetapi lebih kepada soalan beraras tinggi yang memerlukan daya pemikiran yang juga tinggi. Ada kalangan ibu bapa sebenarnya terkejut dengan perubahan yang berlaku ini bila sesekali berpeluang mengintai buku-buku anak-anak mereka. Malah tidak memahaminya! Saya berkesempatan membantu Hafiz menyelesaikan latihan Bahasa Inggeris yang diberikan oleh gurunya. Ia tidaklah susah sangat namun mungkin susah pada Hafiz yang sedikit kurang baik p

Doa

S aya mendengar Ustazah di radio menyarankan doa yang dianjurkan oleh Nabi kita supaya anaknya Fatimah mengamalkannya kita amalkan.

Bertudung

S aya sentiasa rasa hormat penuh kagum kepada kaum wanita yang bertudung. Mereka berjaya melaksanakan sesuatu yang sukar sebenarnya. Bayangkan walaupun di bawah terik mentari atau di tengah keserapihan tugas aurat tetap dijaga. Tentunya sangat sukar memakai tudung ketika panas, namun keimanan yang menebal dalam hati buat mereka mampu bertahan. Keikhlasan dalam hati menjadikan yang panas bertukar sejuk. Di dalam kelas, saya melihat sekitar seorang berdua yang masih belum bertudung. Saya sentiasa berfikiran positif bahwa mereka belum lagi bersedia untuk itu atau barangkali belum sampai masanya. Imam Ghazali di dalam kitab Mukasyafatul Qulub membuat satu tamsilan menarik, ia adalah mengenai unta yang dimabuki rindu pada pasangannya. Bila dimabuki rindu akan terjadi dua perkara ;pertama dia tidak peduli tentang makan dan minum lagi. Kedua, dia tidak pedulikan sebanyak mana beban yang dipikulkan ke atasnya. Apa pula kaitan unta mabuk rindu dengan ketaatan seorang manusia? Mu

Kacang

S eorang Ustaz ini bercerita kisah yang sangat menarik di corong radio pagi ini. Kata Ustaz, tidak berapa lama dulu telah berlaku hujan lebat di sebuah kampung dan akibatnya tanah perkuburan dipanah petir. Habis semua kawasan perkuburan itu terbakar kecuali satu kubur sahaja yang tidak terjejas. Ia memanglah kejadian yang amat menakjubkan. Tanda kebesaran Allah pastinya. Guru empunya kisah ini khabarnya telah bertanya kepada ahli keluarga berkenaan. Menurut cerita anak perempuannya, arwah ibunya setiap hari mengamalkan membaca surah al-Ikhlas (Qulhuwallah) setiap masa terluang. Ayat itulah yang menjadi basahan lidahnya supaya diri rasa selalu kenyang dan kurang makan. Ibunya tidak menggunakan tasbih untuk bertasbih sebaliknya butir-butir halus kacang hijau dijadikan alat teman untuk berzikrullah. Si anak telah menunjukkan sebiji guni yang sarat biji-biji kacang hijau milik ibunya yang meninggal dunia itu. Ibunya akan mengisikan biji-biji kacang yang sudah dizikirkan ke dalam guni

Mata

" Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".     S aya meminta Haziq mengeluarkan sehelai kertas kosong. Saya mahu dia menulis seluruh nikmat Allah berikan kepadanya. Saya memberinya masa lebih kurang 10 minit. Banyaknya yang dia tulis. Nikmat mata, hidung, telinga, hati, mulut, limpa, kaki, tangan, rambut, kulit. Juga ditulisnya nikmat hidup, nikmat udara, bumi, tumbuhan yang pelbagai jenisnya, haiwan yang bermacam, makan, minum, teknologi, harta, keluarga, kebahagiaan, kesedihan, nikmat tidor. Banyaknya yang ditulis dalam waktu terbatas itu. Namun nikmat Allah bukan mampu untuk kita tulis satu persatu pun. Tidak terkira. Tiada siapa yang mampu pun! Saya mahu mengingatkan Haziq siapa Pencipta dan Pemberi nikmat-nikmat yang sedan

Keputusan

S aya tahu Haziq tidak gembira sangat dengan keputusan STPM yang diperolehinya. Bukannya tidak baik keputusan cuma keinginannya untuk mencapai yang lebih baik lagi tidak tertunai. Keputusan yang diperolehinya sebenarnya cukup layak untuk membolehkannya untuk terus belajar di peringkat seterusnya. Persaingan sengit mungkin berlaku untuk berebut tempat namun hakikat perlu diterima bahawa yang terbaik akan sentiasa mendapat peluang yang terbaik juga. Saya katakan padanya andai pun tidak mendapat tempat di mana-mana universiti ia bukanlah titik penamat. Masih ada ruang untuk memperbaiki keputusan dan ambillah berapa kali pun peperiksaan yang sama.Kegagalan yang pertama bukan bererti kegagalan untuk kali yang berikutnya. Tidak semua orang melalui laluan yang mudah untuk berjaya dan memacu ke depan. Ada orang yang gagal berkali-kali sebelum berada di puncak kejayaan. Keputusan cemerlang di atas kertas bukanlah segala-galanya. Ada mereka yang berjaya dalam hidup tanpa SPM yang cemerlang

Muflis

U staz yang dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena Maulid Rasul sangat-sangat menarik perhatian yang hadir di masjid Kg Gudang Garam. Ustaz dari Mesir ini fasih berbahasa Melayu malah mencuit hati dengan loghat Negeri Sembilan. Ramai juga yang hadir. Banyak juga perkara yang disentuh oleh Ustaz dari Gombak ini. Bermula dengan tuntutan berselawat ke atas Nabi Muhammad, juga tentang keperluan menjaga makanan. Namun bicaranya tentang muflis sangat menarik perhatian. Bukan muflis atau bankrap bila tiada duit dan harta, namun lain pengertiannya. Ustaz ini membacakan hadis Nabi tentang siapakah yang dikatakan muflis itu. Menurut Baginda, ” Orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak dengan berbekalkan pahala solat, puasa dan zakat. Dalam masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah , memakan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Lalu diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangs

Fenomena

S aya menyaksikan kesesakan luar biasa malam tadi. Kereta berderet panjang dan memenuhi ruang jalan sehingga menggendalakan perjalanan. Saya,isteri dan Haziq tertanya-tanya di awalnya. Pun begitu persoalan terjawab bila melihat kesesakan luar biasa dihampir semua stesyen minyak. Kenderaan sampai melimpah di jalan raya. Minyak naik semula sebanyak 20 sen. Keseronokan merasai nikmat minyak murah mampu bertahan selama sebulan sahaja. Mulai hari ini naik minyak semula. Tidak hairanlah kenapa berbondong-bondong kereta malam tadi. Orang ramai mengambil kesempatan beberapa jam berbaki untuk mengisi tangki minyak dengan harga lama kerana keesokannya sudah harga baru. Fenomena ini begini akan dilihat setiap malam awal bulan. Kuatnya penangan minyak! Pena Tumpul - Elok naik basikal saja