Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Batu Pahat

Saya menerima undangan majlis perkahwinan daripada saudara Saat di Batu Pahat. Tidak mampu untuk saya menolaknya justeru beliau bukanlah asing kepada keluarga saya- cuma jarang bertemu sahaja. Kalau pun ada peluang untuk berjumpa pada musim hari raya. Saya, isteri, Haziq, emak, Ani, Aman dan dua anaknya berlepas ke Parit Sulong sekitar jam 1000 pagi dan tiba kira-kira dua jam selepas itu. Lantaran ini merupakan kunjungan sulung saya ke rumah pengantin, tambahan pula waktu hujung tahun begini memang sarat dengan majlis perkahwinan di sana sini, kami tersalah rumah. Itulah orang tua sudah berpesan: malu makan perut lapar dan kalau malu bertanya sesat jalan nanti. Rasakan. Namun kesesatan kami berbaloi kerana juadah yang dihidangkan benar-benar menyelerakan. Khabarnya Wak Din yang merupakan abang kepada bapa pengantin didatangkan khas dari Segamat untuk menghasilkan masakan yang sedap dan lazat itu. Apa yang menarik perhatian saya, tetamu tidak dibekalkan dengan telur rebus atau gula-gu

Takhta

Seorang Sufi, Ibnu Sammak mengadap raja dengan membawa secangkir minuman. Raja itu meminta sedikit nasihat daripada Ibnu Sammak. Ibnu Sammak bertanya kepada raja, "Katakanlah tuanku dalam kehausan yang amat sangat dan hanya terdapatsecangkir minuman yang ada di tangan saya ini. Relakah tuanku membayar secangkir minuman ini dengan seluruh harta benda tuanku?" Raja itu mengatakan, "Sudah tentu." Orang sufi itu meneruskan, "Kalau tuanku terpaksa menyerahkan takhta kerajaan tuanku untuk menghilangkan kehausan itu, bagaimana, bolehkah tuanku serahkan?". Raja menjawab, "Sudah tentu aku serahkan!" Ibnu Sammak lantas berkata, "Nah tuanku, janganlah tuanku bergembira dengan takhta kerajaan yang nilainya hanya seteguk minuman!" Pena Tumpul - Harta dunia sementara cuma

Upah

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu: Tolong pergi kedai $4.00 Tolong jaga adik $4.00 Tolong buang sampah $1.00 Tolong kemas bilik $2.00 Tolong siram bunga $3.00 Tolong sapu sampah $3.00 Jumlah : S$17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, m

Tickets

Three lawyers and three engineers are traveling by train to a conference. At the station, the three lawyers each buy tickets and watch as the three engineers buy only a single ticket. How are three people going to travel on only one ticket?" asked one of the three lawyers. "Watch and you'll see," answers one of the engineers. They all board the train. The lawyers take their respective seats but all three engineers cram into a restroom and close the door behind them. Shortly after the train has departed, the conductor comes around collecting tickets. He knocks on the restroom door and says, "Ticket, please." The door opens just a crack and a single arm emerges with a ticket in hand. The conductor takes it and moves on. The lawyers saw this and agreed it was quite a clever idea. So after the conference, the lawyers decide to copy the engineers on the return trip and save some money. When they get to the station, they buy a single ticket for the return trip. T

Langsir

Mama mendapat kemahiran baru sejak dua bulan yang lalu. Dia begitu gembira dan berbangga dengan kebolehan menjahit sendiri langsir bagi memenuhi setiap jendela dan pintu Teratak Kasih. Selama ini dia sekadar berpuashati dengan langsir hasil jahitan "bodoh"nya yang menjadi kemestian pada setiap kali lebaran tiba. Namun sejak dia berkunjung ke rumah salah seorang kawannya yang sememangnya mahir dalam menjahit langsir dan tidak menang tangan menyiapkan tempahan orang ramai, keinginannya untuk mencuba mendalami kemahiran menjahit langsir melonjak. Keinginannya tidak berhenti di situ; dia merengek dan meminta saya membelikannya sebuah mesin yang lebih baik daripada mesin yang sedia ada. Beliau berjaya dalam pujukannya itu apabila sebuah mesin jahit automatik mula menjadi temannya yang paling rapat kini. Saban malam masanya akan dipenuhi untuk menggantikan setiap helai langsir lama yang tergantung layu di jendela dan pintu yang ada. Dari Kuala Lumpur sehingga ke JB, termasuk Batu

Lagu

Lagu dendangan P.Ramlee ini dipetik dari filem penuh nostalgik Bujang Lapok. P.Ramlee sambil memetik gitar mengalunkan lagu ini sewaktu bulan mengambang sambil dua rakannya Aziz dan Sudin yang baring kekenyangan selepas menikmati sup ayam masin masakan mereka bertiga. Melucukan. Namun irama lagu ini benar-benar menyentuh perasaan. Nak Dara Rindu Di waktu malam Bulan mengambang Sunyi damai Hai damai sekelilingku Terdengar nan sayu Bintang seribu Membujuk rayu Kerna merindu Lagu yang dulu Di waktu malam Bulan purnama Angina laut Meniup-niup tenang Mengatakan sayang Berlagu merdu Bermadah sayu Lemah mendayu Nak dara rindu Tanjung Katong Airnya biru Tempat m

Sumbangan

Kata pepatah, untung batu tenggelam; untung sabut timbul. Nampaknya Wati melontar sabut ke air kerana dia beruntung dan ada sebab yang cukup kuat untuk bergembira. Cubaannya menulis surat memohon sumbangan sebuah komputer riba daripada ADUN Kemelah ternyata berganjar. Dia sendiri tidak pernah terfikir bakal mendapat reaksi yang paling positif daripada YB Encik Ayub Rahmat; justeru pada dasarnya dia bukan di dalam kawasan ADUN Kemelah sebaliknya di dalam DUN Pemanis. Namun kata orang rezeki jangan ditolak. Tengahari ini saya menemaninya ke kedai komputer di Taman Yayasan untuk mengambil sebuah komputer riba jenama Compaq yang berharga sekitar RM2,000. Senyum meleret dia. Mudahlah baginya nanti untuk menyiapkan kerja-kerja pentadbiran sekolah yang semakin bertambah sekarang. Pena Tumpul - Komputer riba tidak lagi semahal dulu

Waiter

Waiter : "What would you like to have ..Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Milo, or Coffee?" Customer: "tea please" Waiter : " Ceylon tea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, Ice tea or green tea ?" Customer : "Ceylon tea " Waiter : "How would you like it ? black or white ?" Customer: "white" Waiter: "Milk, Whitener, or Condensed milk ?" Customer: "With milk " Waiter: "Goat milk, Camel milk or cow milk" Customer: "With cow milk please. Waiter: " Milk from Freeze land cow or Afrikaner cow?" Customer: " Um, I'll take it black. " Waiter: " Would you like it with sweetener, sugar or honey?" Customer: "With sugar" Waiter: " Beet sugar or cane sugar ?" Customer: "Cane sugar " Waiter quot; White , brown or yellow sugar ?" Customer: "Forget about tea just give me a glass of water instead." Waiter: "Mineral water or

Hadiah

Saya menerima panggilan telefon dari CELCOM Centre Segamat- membawa khabar yang tidak disangka namun menggembirakan. Tidak sia-sia melanggan pascabayar dengan gergasi telekomunikasi ini. Saya terpilih untuk memenangi sebuah kamera digital NikonL16 7.1Megapixel dalam satu cabutan bertuah yang dilakukan oleh CELCOM Segamat secara berkala. Saya bergegas ke sana dan dalam satu upacara yang amat ringkas saya menerimanya daripada Encik Samsul, salah seorang staf di pusat tersebut. Pun begitu tidaklah terlalu girang kerana saya telah pun memiliki sebuah kamera digital yang menjadi teman rapat saya selama ini. Selain dari itu resolusi gambarnya tidaklah menjangkau 10Megapixel atau sekurang-kurangnya 8Mp bagi menyaingi kamera 7.1Mp yang saya punyai. Namun saya tetap menghargainya.Haziq dan mamanya sama-sama menyatakan hasratnya untuk memiliki kamera tersebut. Perang kecil bakal tercetus antara mereka. Saya suarakan kamera tersebut hak bersama. Masing-masing akur. Pena Tumpul - Tuah ayam nampak

Cucu

Fizi menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama Ahad lalu; berkebetulan pula dengan kunjungan kami ke rumahnya di Damansara Damai, Kuala Lumpur. Fizi adalah anak ketiga daripada tiga beradik. Dari segi fizikalnya, Fizi bersusuk kecil dan justeru itu amat menggelikan hati kalau melihatnya berjalan jatuh namun tetap berusaha keras mendapatkan lesen untuk berjalan. Emak kelihatannya amat girang kerana bilangan cucu yang semakin bertambah dan dengan pelbagai kerenahnya. Cucu emak yang sulung, Fakhrul khabarnya sudah mula berjinak-jinak dengan teman wanita dan kalau diizinkanNya sempatlah emak menimang cicit yang pertama pula. Di kala begini kami teringat kepada arwah ayah yang sudah hampir satu dekad meninggalkan kami dan selalunya di waktu berkumpul begini, beliaulah yang membacakan doa untuk kesejahteraan kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin! Pena Tumpul - Hafiz tetap unggul di kalangan cucu-cucu emak

Minyak

Harga petrol RON97, RON92 dan diesel turun lagi buat kali kelima masing-masing sebanyak 15 sen seliter. Harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05. Masalahnya harga petrol sudah turun 5 kali namun harga barangan yang mendadak naik sejajar dengan kenaikan minyak dahulu tidak turun lagi kecuali beras hancur yang diumumkan turun. Sebagai pengguna marilah kita memboikot pekedai-pekedai yang berdegil tidak mahu menurunkan lagi harga barangan mereka terutamanya kedai makan. Bila harga minyak naik, merekalah orang yang pertama menaikkan harga. Siapa yang paling selamba? Mestilah muka pemborong-pemborong yang masih enggan menurunkan lagi harga tepung, minyak dan sebagainya.Memang muka mereka tebal dan selamba sahaja melihat harga minyak turun sambil mengaut keuntungan berganda-ganda!Kalaulah harga barangan dinaikkan dahulu atas alasan kenaikan harga minyak maka logiknya, atas alasan yang sama juga

Wang

Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal, Belum tentu kenyenyakan tidur Dengan wang anda hanya boleh membeli buku, Belum tentu kebijaksanaan Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan, Belum tentu kepuasan selera Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat, Belum tentu kesihatan Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah, Belum tentu kekeluargaan Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan, Belum tentu cinta Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan, Belum tentu kecantikan Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat, Belum tentu kehormatan Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan, Belum tentu kegembiraan Dengan wang anda hanya boleh membeli harta, Belum tentu kebahagiaan Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti, Belum tentu kaliber Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan, Belum tentu kebenaran Dengan wang anda hanya boleh membeli agama, Belum tentu keimanan Pena Tumpul - Wang bukanlah segalanya

Darah

Di usia lewat 50annya kini, Utih sering mengadu sakit kepala dan pelbagai penyakit lain yang selalunya hinggap di peringkat usia begitu seperti sakit kaki dan lutut, mudah penat dan sebagainya. Selalunya Utih berpuas hati hanya sekadar menelan beberapa biji pil penahan sakit, dan penyakitnya akan berulang lagi selepas itu. Kami memikirkan jalan yang terbaik untuk memujuk Utih agar bersetuju diambil darahnya untuk ujian bagi mengetahui status kesihatannya. Dengan bantuan Adah, salah seorang adik saya yang bertugas sebagai jururawat diHKL, kami bercadang melakukan ujian darah ke atas Utih di rumah, bukan di hospital kerana kami amat sedar Utih memang fobia untuk bertemu doktor. Akhirnya, tidak sampai 10 minit segalanya selesai dilakukan pada pagi ini. Darah Utih berjaya diambil untuk diuji tahap kolestrol, kencing manis, buah pinggang dan juga kadar Haemoglobinnya. Utih tidak keseorangan bila Mak dan juga Pak Utih juga tidak teragak-agak untuk di suntik oleh "Doktor Adah". Kin

Rendam

Kembali ke alam semula jadi, itulah yang giat dipraktikkan orang masa kini termasuk dalam dunia perubatan dan rawatan kecantikan. Penggunaan hormon dan bahan kimia sintatik yang nyata memberi kesan sampingan, membuatkan pengguna beralih kepada kaedah tradisional menggunakan ikan. Garra rufa, mungkin satu nama baru di negara kita tetapi tidak di Asia Barat, Korea Selatan dan Jepun. Malah terapi ikan kecil ini yang digelar ‘ikan doktor’ dan ‘ikan spa’ dikatakan pernah digunakan untuk rawatan kecantikan pada zaman Firaun. Menurut Aman yang teruja untuk mencuba kaedah ini gigitan ratusan ikan kecil garra rufa yang mengerumuni kedua-dua belah kakinya untuk memakan sel kulit mati pada mulanya memang menggelikan, namun lama kelamaan ia menyeronokkan. Hanya dengan meletakkan kaki ke dalam kolam dengan bayaran RM10 untuk 15 minit ratusan garra rufa akan menghurung untuk memberikan ‘perkhidmatan’. Emak Ani, dan Utih juga tidak melepaskan peluang membiarkan kaki digigit oleh ikan-ikan doktor ini

Cacing

Begitu ramai yang tertarik untuk menceburi bidang ternakan cacing secara komersial kerana khabarnya ia mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan,;ni kerana cacing kini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Adik ipar saya, Along yang menetap di Kuala Lumpur dalam diam-diam telah memulakan ternakan haiwan tidak bertulang belakang ini sejak sebulan yang lalu bermodalkan RM20,000. Sempat juga saya melihat tempat ternakannya di rumah kedai yang disewanya. Beliau nampaknya begitu optimis dengan ternakan ini dan menjangkakan bakal mendapat pulangan sekitar RM7,000 sebulan kira-kira enam bulan dari sekarang. Dia mempelawa saya turut serta namun saya sempat mengatakan kepadanya...Buatlah dulu dan tengok dulu hasilnya, saya akan menyusul kemudian. Antara kegunaan cacing ialah sebagai ejen penguraian bahan buangan industri untuk dijadikan baja organik, pemusnah sampah organik dan bahan campuran dalam makanan ternakan serta pembuatan kosmetik. Penternakan cacing pada dasarnya sangat m

Ubat

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh... bad. .. ". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata " ooo..ubat ".

Roti canai

Apis yang semakin membesar sudah kian petah bercakap, meminta itu dan ini. Semakin nakal juga dan tidak betah untuk diam walaupun seketika. Ada sahaja yang ingin dibuat, disentuh dan diusik sehingga tidak diam mulut kita menegur perbuatannya itu. Namun, begitulah kerenah budak kecil - bermain dan bermain. Satu lagi- pantang kita ingin keluar, dialah orang pertama yang bersiap sedia untuk ikut sama. Kalau di pusat membeli belah, mainan akan sentiasa menarik perhatiannya. Mulalah merengek minta dibelikan. Si bapa yang amat memanjakannya, selalunya tidak pernah mengecewakan Apis. Baru-baru ini Aman, bapanya akur dengan kemahuannya untuk sebuah motor berkuasa bateri yang berharga kurang RM200. Anak manja...ikutkanlah.Sekali-kali saya juga membelikan anak kecil berusia 2 tahun lebih ini mainan yang berpatutan. Kalau ke warong makanan pula, sekeping roti canai dan segelas milo ais menjadi menu paling digemarinya sekarang. Kami selalu mengusiknya apabila pagi-pagi lagi dia sudah merengek mah

Minyak

Sudah empat kali kerajaan menurunkan harga minyak di pasaran sejak kenaikan drastik sebanyak 80 sen beberapa bulan sebelumnya. Langkah penurunan ini sememangnya disambut gembira oleh hampir semua pengguna kenderaan yang bergantung kepada bahan bakar ini. Namun ada sesuatu yang tidak kena di sebalik penurunan ini; akibat sikap kita yang terlepas pandang barangkali. Semalam saya membeli petrol di dua stesyen minyak yang berasingan. Dengan membawa tong minyak berkapasiti 3 liter saya mengisinya di Petronas dan juga di Mobil. Pengisian tersebut menemukan dapatan yang amat mengejutkan. Stesyen minyak di Petronas memerlukan RM5 untuk memenuhkan 3 liter tong tersebut manakala Mobil memerlukan 85 sen lebih untuk memenuhkan tong yang sama. Saya yakin saya tidak silap; justeru sebelum ini rungutan tentang gejala ini pernah saya dengar dari pengguna yang lain. Saya berpandangan kerajaan perlu memantau stesyen minyak untuk memastikan penurunan benar-benar berlaku di pam minyak selaras dengan penur

Speech

The CEO of a large company was scheduled to speak at an important convention, so he asked one of his employees to write him a punchy, 20-minute speech. A few days later when the CEO returned from the big event, he was furious. "What's the idea of writing me an hour-long speech?" he demanded to know. "Half the audience walked out before I finished." The employee was baffled. "I wrote you a 20-minute speech," he replied. " I also gave you the two extra copies you asked for."

Poligami

Semalam saya digemparkan dengan berita yang amat tidak dienak untuk diketahui malah wajar dikongsi bersama sebagai iktibar. Saya mendapat berita ini dari adik ipar saya seorang Pembantu Perubatan di Dewan Bedah Hospital Segamat. Dia terkejut bila mendapat tahu salah seorang saudara rapatnya berusia sekitar 40an menjadi suami kepada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan semalam. Sepanjang pengetahuannya, saudaranya tidak pernah memiliki isteri lain kecuali isteri yang telah dinikahinya sejak 15 tahun yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan seusia perkahwinannya. Semua terkejut, termasuk Wati, emak, Ani dan Kak Long yang duduk di JB. Namun malang bagi sang suami kerana menurut laporan doktor sang ibu yang berusia 35 tahun ini disahkan HIV positif sejak 2004 yang lalu. Khabarnya sang suami agak berang kerana tidak diberitahu oleh perempuan ini tentang keadaannya itu. Yang menjadi kebimbangan kami semua ialah betapa nasib yang bakal dihadapi oleh si isteri pertama a

Gout

BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk' menjadi makanan larangan. Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout. Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit. Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan. Puncanya belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga). Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan d

Pertunangan

Dalam kesibukan menyambut hariraya baru lalu,iaitu pada 18 Oktober, Mawarni sepupu saya dan anak kepada Mak Itam selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya. Dari Kedah asalnya. Majlis yang berlangsung dalam suasana hujan yang begitu lebat telah dihadiri oleh hampir semua sanak saudara termaasuk Atok Dolah yang sentiasa ceria di samping nenek baru.Atok Uda, Ngah,Pak Ngah, Tok Tisah juga kelihatan. Pak Itam yang masih lagi dengkot-dengkot akibat kemalangan beberapa tahun lalu tidak dapat menyembunyikan rasa seronoknya menerima tetamu dari pihak lelaki. Kos barangan yang semakin meningkat nampaknya tidak menghalang hajat kedua-dua belah pihak mempersembahkan hantaran yang hebat untuk pasangan masing-masing. Rundingan kedua belah pihak gagal untuk dipastikan hasil perbincangannya justeru kebisingan hujan lebat. Namun difahamkan pihak perempuan telah menetapkan RM8 ribu sebagai belanja perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mac tahun depan. Awal-awal lagi Mak I

Wudhuk

Ustaz mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk" Selepas mengajar, beliau selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan. Ustaz : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan? Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Zamani. Zamani : Ada ustaz. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali? Ustaz : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk? Zamani: Bolehkah saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu itu boleh buat spare! Ustaz: ?????

Panas

Adik ipar saya dari Kuala Lumpur balik bercuti selama 3 hari bersama isteri dan tiga anaknya. Raya yang baru lalu, beliau yang lebih mesra kami semua panggil Along tidak dapat bersama-sama kami sekeluarga kerana beraya di rumah baru ibunya di Pulau Pinang. Kepulangan Along memang dinanti kerana kehebatannya memasak. Kadang-kadang resipi yang dihasilkannya luar biasa bunyinya seperti mee keling; namun amat menyelerakan. Malam ini saya sekeluarga berkumpul di rumah baru adik saya Ani dan suaminya Aman di Segamat Baharu untuk menikmati sajian hasil tangan Along lagi. Mee bandung yang enak tidak mampu saya tolak untuk menikmatinya berulang kali. Pak Utih dan Mak Utih pun turut sama . Pak Utih mengambil peluang berjumpa dengan Along untuk menimba pengalaman dari Along yang sedang bekerja keras dengan ternakan cacingnya. Mee bandung yang panas dari kuali menjadi semakin enak apabila di sulam dengan minuman kopi 434 yang menyegarkan. Tanpa disedari keseronokan bersembang mengheret kami sehin