Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Jutawan

K habarnya, pihak mempelai lelaki yang saya ha diri ini membelanjakan sekitar RM 2 2 ,000 untuk jamuan makanan sahaja. Itu belum te rmasuk kos khemah dan juga andaman yang mungkin boleh menjangkau rib uan r i nggit lagi. Tingginya kos menganjurkan majlis perkahwinan sekarang.    Kata seorang rakan saya, b elanja kenduri makan sebanyak itu sesuai bagi ibu bapa pengantin ataupun pengantin yang bertaraf jutawan. Memang ada benarnya katanya itu. Kita ada pilihan seb enarnya sama ada untuk berbelanja tinggi atau sebaliknya. Saya selalu percaya setiap apa yang dilakukan wajar sekali meng ikut kemampuan kita sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju ikut badan sendiri. Jangan pula besar kerak dari nasi atau besar pasak dari tiang. Tidak perlulah ikut orang dan fikir sangat apa orang lain kata nanti. Ikut kemampuan dan keselesaan sendi ri adalah lebih baik lagi. Kata orang tua lagi, ikut kata orang terjum masuk lubuk. Sudah tahu diri tidak pandai berenang, mengapa mahu terjun juga d

Saf

Ti ba-tiba soal saf solat jadi masalah ketika saya solat Jumaat di sebuah masjid di sebuah kampung. Sekonyong-konyong ketika para jemaah di kaki lima masjid sedang berkira-kira untuk memulakan solat, mereka ditegur oleh seorang AJK Masjid. Katanya, adalah salah untuk membentuk saf di kaki lima masjid. Saya tidak nampak di mana salahnya. Selagi masih dalam bangunan masjid, ia masih dikira ruang solat yang sah untuk didirikan solat. Saya tidak mahu terus di dalam keraguan. Saya bertanyakan masalah ini kepada Jabatan Mufti Negeri Johor untuk mendapatkan pencerahan. Sah, tiada apa yang salah. Tidak salah untuk membentuk saf di luar masjid asalkan masih dalam bangunan masjid. Kata Ustaz yang ditanya, inilah akibatnya kalau kurang ilmu dan tidak mahu bertanya dan suka ikut-ikut orang. Pena Tumpul - Malu bertanya sesat jalan

Babi

S aya dapat maklumat baru terus dari mulut hari ini. Maklumat ini tidak diperolehi dari mana-mana buku pun. Babi dikatakan musuh tanaman yang paling mememingkan kepala. Binatang ini suka memakan anak-anak getah dan juga sawit yang baru ditanam. Memagar kawasan tanaman bukanlah cara terbaik menghindarkan babi ini kerana ia masih boleh mengorek tanah dan menyusup masuk dengan mudah ke dalam kawasan tanaman. Jahatnya babi ini. Khabarnya, babi ini ada kelemahannya. Ini kata Khairi yang sangat masak dengan kerenah babi. Saya mengupah Khairi untuk membuat pagar mengelilingi kawasan tanaman getah. Katanya, kelemahan babi di hidungnya. Binatang ini cukup berhati-hati dengan hidungnya. Jadi, kalau mahu buat pagar pastikan pagar itu menganggu hidungnya. Binatang ini tidak kisah dengan badannya walau menempuh pagar berduri andai hidungnya masih terselamat daripada pagar itu. Babi ini pun khabarnya sangat pantang dengan rambut manusia. Justeru itu, meletakkan rambut-rambut sekeliling anak-

Merokok

"Perempuan merokok?" S aya dengar Haziq memaculkan kenyataan itu bila dia terpandang seorang wanita dalam lingkungan usia 30an ketika melepasi sebuah cafe kopitiam di sebuah pasaraya. Saya tahu dia terkejut. Saya pun terpandang juga namun tidaklah terkejut kerana melihat perempuan merokok bukanlah luar biasa lagi sekarang. Pun begitu, saya sedikit tergamam kerana wanita ini anggun penampilannya, berkebaya hijau pucuk pisang sedondon dengan warna tudungnya. Berkulit cerah. Gayanya bagai seorang eksekutif. Imejnya yang bertudung itulah yang buat saya terkejut. Wanita ini kelihatan selamba sahaja menghisap rokok di depan teman lelakinya. Anehnya lelaki itu tidak pula merokok.Keadaan sudah terbalik. Saya lihat ramai juga yang mencuri pandang ke arah wanita ini. Mungkin sukar untuk percaya dengan apa yang dilihat di depan mata. Ketika orang lain mungkin merasa malu melihat gelagatnya, ironisnya wanita ini tidak pun rasa malu dengan apa yang sedang dilakukannya. Alangkah in

Keldai

 وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”   ( Lukman: 19). Adakalanya kita berdepan dengan mereka yang suka meninggi-ninggikan suaranya bila berbicara. Malah lebih teruk daripada itu yang menjadi kebiasaan mereka untuk menjerit dan memekik sehingga menggangu orang lain. Perlu diingat bukan semua orang rasa selesa dengan keadaan begini. Saya sendiri pun tidak pernah rasa selesa kalau berurusan dengan mereka yang bercakap meninggi suara begini. Dalam hubungan ini Allah mengumpamakan mereka yang buruk suaranya seperti keldai. Keldai disebut dalam al-Quran sebagai binatang yang mempunyai suara yang kuat dan hodoh. Seorang pengkaji Arab dalam buku Al-Hayawan fil Quran menyebut bahawa dapatan kajian sains menunjukkan suara keldai paling lantang iaitu 35 Hz.Memang kalau kita dengar keldai suaranya selalu keras dan

Taubat

S elalu kita dengar ungkapan pintu taubat sentiasa terbuka selagi ruh belum berada di kerongkongan atau matahari terbit dari barat. Allah memang sentiasa membuka pintu taubat untuk hambanya yang diketahuin ya tidak pernah terl epas dan terlalai dari membuat dosa kecil atau besar. Ustaz Zaharuddin dalam Tanyalah Ustaz hari ini membawa kisah yang sangat menarik dan tidak pernah saya dengar sebelum ini dalam bicaranya tentang taubat pagi ini. Ia te ntang seorang remaja bernama Tha'labah. Tha'labah ialah salah seorang daripada para sahabat Nabi SAW. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung, terang lagi jelas. Tiada suatu pun yang mampu membuatkan matlamat hidupnya goyah sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Tha’labah merupakan pemuda yang begitu hebat di zaman Rasulullah SAW. Nama sebenarnya ialah Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikuti Rasulullah SAW mengajar.

Kifarah

I steri saya yang hampir tiga minggu mengidap batuk-batuk akhirnya beransur pulih. Sepanjang tempoh itu,lepas satu klinik, satu klinik dikunjungi dengan pelbagai jenis ubat yang ditelan, namun batuk tetap tidak reda. Suara pun hampir hilang dan kalau bercakap bagaikan itik nila atau penyanyi rock angkatan lama. Saya katakan padanya bahawa sakit yang kita hidapi adalah kifarah.Sebagai seorang hamba kita perlu menerimanya dengan redha dan bersabar dengan ujian itu. Kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman,sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah.Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi . Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hambaNya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.    Memang tidak boleh dinafikan pun sebagai manusia biasa kita tidak terlepa

8A

N ur Adila aka Diko membuktikan bahawa usaha dan kerja keras akan membuahkan kejayaan. Dia juga membuktikan sekali gagal tidak juga bererti untuk gagal lagi selepas itu. Prestasinya dalam peperiksaan percubaan PMR sangatlah mengecewakan. Guru-gurunya juga tidak menaruh sebarang harapan pun padanya untuk dinobatkan sebagai pelajar cemerlang sekolahnya dalam peperiksaan ini. Dia juga diperlekehkan oleh orang-orang di sekelilingnya termasuk Tok Maknya sendiri kerana sikap acuh tidak acuhnya dalam menyiapkan dirinya untuk menghadapi PMR ini. Dia dilihat malas mengulangkaji pelajarannya. Dia sering menjadi bahan marah kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan laptop dan telefon bimbitnya berbanding berkepit dengan bukunya. Dia tidak diberi harapan pun. Saya juga kurang yakin dengan kemampuannya bergaya cemerlang lantas sangat berani menawarkannya RM100 andai dia dapat mempersembahkan 8A kepada saya. Saya tidak yakin dia akan dapat pun 8A kerana dia tidak dilihat gigih untuk mendapat

Menurun

Kereta pertama saya 1989 "Masa saya kerja dulu, harga sebiji kereta baru cuma tujuh ribu saja" S aya duduk semeja dengan seorang yang tidak pernah saya kenal pun sebelum ini bila bersarapan pagi ini. Dia dalam lingkungan usia emas. Dia bercakap tentang harga sepinggan nasi lemak yang padanya amat mahal sekarang. Selepas itu dia tidak berhenti-henti bercakap tentang kos hidup yang semakin meningkat berbanding zamannya dulu. Saya mendengar sahaja, cuma sesekali mencelah bila ada ruang. Seronok juga mendengar bebelannya. Katanya, di zaman 70an, ketika dia mula-mula bekerja sebagai penjawat awam dulu, taraf hidup lebih baik berbanding kini. Kenaikan harga barang tidak pernah meningkat lebih tinggi kadarnya daripada kenaikan gaji. Dulu, seorang lepasan universiti yang menyertai perkidmatan awam walaupun gajinya sekitar RM750 sebulan, tidak kiralah doktor, jurutera atau pegawai tadbir, gaji yang diperolehi mampu menampung kos hidup malahan boleh pula menyimpan. Sekaran

Punca

T elefon bimbit dikatakan punca kepada permsalahan sosial yang berlaku secara berleluasa di kalangan remaja sekarang. Walaupun tidak dinafikan faktor-faktor penyumbang yang lain seperti latar belakang keluarga, kurangnya didikan agama, pengaruh rakan sebaya dan juga media massa seperti televisyen dan sebagainya, namun telefon bimbit mengatasi segalanya. Dapatan ini didedahkan oleh seorang Ustaz yang diundang memberi ceramah di depan ratusan pelajar baru-baru ini. Saya tidak terperanjat pun dengan kenyataan ini kerana realitinya memang begitu. Gajet ini mampu dimiliki oleh sesiapa pun sekarang tidak mengira umur dan latar belakang. Kanak-kanak sekolah seawal Darjah 1 pun memilikinya, apatah lagi mereka yang lebih berusia daripada itu. Adakalanya bukan satu, tetapi dua atau tiga buah mampu mereka miliki. Telefon bimbit bukan lagi mahal sekarang berbanding ketika ia mula-mula diperkenalkan di pasaran dulu. Dulu telefon bimbit cuma untuk buat panggilan dan hantar SMS sah

Puteri

M asa kita kecil-kecil dulu kita sering mendengar lagu 10 budak hitam. Saya sendiri pun tertanya-tanya siapakah watak 10 budak hitam itu. Apakah agaknya mesej yang terkandung dalam lagu 10 budak hitam itu. Pun begitu lagu yang pernah dinyanyikan oleh A. Romzi sudah jarang kedengaran lagi. Hari ini, ketika menyampaikan ceramahnya tentang permasalahan belia Islam masa kini, seorang Ustaz ini menyajikan 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan, namun ia cuma bait-bait senikata tanpa melodi. Namun, ia sangat sarat dengan mesej dan pengajaran.   10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan Satu kena rogol beramai-ramai Tinggal lagi Sembilan. 9 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta seks - video lucah di apartmen Satu sempat dicekup pencegah maksiat Tinggal lagi lapan. 8 Puteri Tak Dilindungi Bulan Pergi ke konsert Jom Heboh Satu hilang ikut jantan Tinggal lagi tujuh. 7 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi GRO di Kelab Nilam Satu dibawa pulang oleh pelangg

Sujud

T ilawah ertinya bacaan. Maka Sujud Tilawah bererti sujud bacaan iaitu sujud kerana membaca atau mendengar ‘ ayat-ayat Sajadah’ dari pembacaan Al-Quran yang kebiasaannya boleh dikenali pada ayat-ayat tersebut dengan ditandai garis atau simbol kubah dan tertulis perkataan sajadah. . Disunat bersujud dengan niat Tilawah bagi pembaca atau pendengar ‘ayat Sajadah’ . Selain dari ‘ Sujud Tilawah’ sujud ini juga dikenali sebagai ‘ Sujud Sajadah’. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “ Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.”   (HR Bukhari dan Muslim.) . Hukum Sujud Sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumaat, Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah

Kalau

" Kalaulah aku ada sayap macam burung" "Kalaulah aku kaya, aku akan melancung seluruh dunia". "Kalaulah tidak hujan setiap petang kan bagus.." Saya percaya dalam kehidupan ini, tidak ada yang terlepas daripada menyebut perkataan kalau. Kalaulah begini dan bukan begitu. Kalaulah saya kaya, kalaulah saya banyak duit, kalaulah saya cantik dan kalau dan kalau dan kalau. Begitulah kalau diungkapkan seolah-olah kita tidak menerima dengan redha apa yang kita ada dan apa yang berlaku pada kita. Kita macam menyesali apa yang telah ditentukanNya. Soal kalau ini bukan remeh sebenarnya. Tidak ada perkara yang boleh dianggap kecil walaupun nampak macam kecil dan tidak penting. Tambahan pula bermula dari yang kecil-kecillah akan membiak menjadi besar. Api sebesar sebatang mancis yang sangat kecil itulah yang akan melarat dan marak membakar. Nabi sendiri dalam khutbah terakhirnya ada bersabda, "Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan kamu

Rezeki

S aya ke kedai alat tulis lewat petang ini. Sedang asyik mencari kertas, saya tercicir kunci kereta. Saya mula mencari-cari kunci tersebut. Badan saya sudah mula berpeluh. Kedai tersebut pula sudah mahu tutup. Dalam tekanan yang amat itu saya bernazar untuk memberikan RM10 kepada anak yatim seandainya saya menjumpai kunci tersebut. Alhamdulillah dengan pertolongan tuan punya kedai, saya akhirnya berjaya menjumpai kunci kereta kembali. Dalam perjalanan balik ke rumah, kepala saya ligat berfikir. Dari mana saya mahu mencari anak yatim? Saya takut akan terlupa dengan janji saya pada Allah. Saya singgah di bank. Bagai sudah dijanji sedang menanti seorang budak lelaki. Dia kata dia anak yatim dan ditugaskan untuk memungut derma bagi pihak sekolahnya. Saya beri RM10 khas untuknya dan juga beberapa ringgit lagi untuk kutipan dermanya itu. Saya belajar tentang rezeki lagi hari ini. Allah menjamin rezeki hambaNya. Allah menjamin rezeki anak kecil itu. Hebat perancangan Allah.

Pengkhianatan

S ayu sangat saat melihat gambar ini. Seorang anak Palestin sedang membersihkan kesan-kesan pembunuhan ahli keluarganya. Namun wajahnya memaparkan ketabahan yang luar biasa. Palestin dizalimi Israel dan juga sebenarnya dikhianati oleh mereka yang satu aqidah dengannya. Pengkhianatan pertama adalah pengiktirafan negara Israel oleh Turki yang saat itu dipimpin oleh kuasa-kuasa sekularisme. Negara Turki adalah negara Islam pertama yang mengiktiraf Israel. Kemudiannya adalah Iran yang saat itu memusuhi Mesir dan menjalin hubungan dengan Israel. Dan kemudiannya pengkhianatan Mesir sendiri sehinggalah terjatuhnya kerajaan Hosni Mubarak. Rakyat Palestin tidak akan pernah menagih simpati kita. Mereka juga tidak pernah mengharapkan duit-duit kita. Namun kitalah yang berhutang dengan mereka. Kita menyerahkan tanggungjawab membebaskan AlQuds yang sewajarnya menjadi tanggungjawab kita sepenuhnya kepada mereka. Kitalah yang berhutang dengan mereka. Mudah-mudahan sumbangan kita mam

Ubat

S aya menemui fakta menarik tentang kolestrol. Ia sangat berguna untuk diketahui umum. HMG CoA Reductase adalah enzim yang digunakan dalam penghasilan kolestrol di dalam tubuh manusia. Ubat kolestrol (Statin) yang sedang saya ambil dan orang lain juga yang menghadapi masalah kolestrol rupa-rupanya  digunakan untuk merencat aktiviti enzim ini. Ubat ini menjadi azimat yang tidak terkira dalam bidang perubatan. Sebiji ubat ini khabarnya berharga kira-kira RM5.60 Lebih menarik lagi tentang ubat ini ialah, khabarnya juga terdapat syarikat-syarikat besar di dunia ini yang menggunakan ubat ini untuk memperolehi pendapatan lumayan dan seterusnya keuntungan tersebut digunakan untuk melakukan pembantaian ke atas umat Islam di Iraq dan Palestin. Tanpa sedar pemakanan kita sehari-hari menjadi punca kepada penderitaan saudara seIslam kita. Salah satu rancangan Zionis adalah menyerang kita dari sudut makanan. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjaga pemakanan mereka da

Laknatullah

Bayangkan kalau yang bergelimpang ini anak kita S aya tidak pernah mengekpresi rasa geram saya kepada Yahudi. Itu tidak bermakna saya tidak benci perbuatan Yahudi ini. Hati mana yang tidak tersentuh melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa mati di tangan kekejaman Yahudi. Rasa benci yang melampau kian bertambah bila membayangkan anak-anak itu adalah anak-anak kita sendiri. Saya ingin berkongsi sesuatu tentang Yahudi ini. Ingin tahu apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Talmud adalah kitab Taurat yang telah diubah. Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Ingin tahu apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Khabarnya, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahud

Sebenar

Kata Selalu kita dengar orang berkata  peribadi sebenar seseorang ialah bagaimana tingkahlakunya bila sendirian, ketika tiada sesiapa pun yang melihatnya. Baik di depan belum tentu baik juga di belakang. Jujur ketika dihurung ramai orang belum tentu jujurnya kalau bersendirian. Tutur kata yang lembut gigi dari lidah lagi bersantun bersama orang, belum tentu juga begitunya bila seorang diri. Klip video di atas menerangkan segalanya. Berhati-hatilah kalau mahu melepaskan gas pemual hidung. Seumur hidup menanggung malu! Pena Tumpul - Tuhan Maha Melihat

Perang

"Anak awak dapat berapa A?" Lazimnya, pertanyaan beginilah yang akan terpacul dari mulut kita setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Bermula dengan UPSR, kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Kalau UPSR pastinya yang dapat 5A akan dijulang bangga. Bukan anak sahaja yang girang bukan kepalang tetapi ayah dan ibu sama menumpang riang. Satu kampung kalau boleh mahu dicanang. Kalau PMR, lebih pula bilangan A yang dipertaruhkan dan didambakan. Paling maksimum dapat 8A. Sedikit lebih meriah berbanding UPSR. Namun keputusan SPM lebih dinanti-nantikan lagi kerana lebih banyaknya jumlah A yang bakal dinobatkan. Beginilah senario pendidikan kita sekarang. Pendidikan dilihat bagaikan persaingan memburu jumlah A. Pertarungan untuk mencari yang kalah dan yang menang. Mereka yang lemah akan tersingkir dan dipinggirkan manakala yang menang akan dijulang bagai juara. Adakalanya bukan anak-anak yang menduduki peperiksaan itu yang dilanda bimbang tetapi ibubapalah yang lebih-lebih l

Tanah

H ari ini saya didatangi oleh seorang yang sangat-sangat memerlukan tanah. Dia pernah datang empat bulan dulu tetapi hilang tanpa sebarang kata putus Dia mungkin tidak sangat bersetuju dengan harga yang saya cadangkan. Saya pula tidak terdesak lantas tidak cepat bersetuju dengan cadangan harganya yang saya kira tidak munasabah. Tiba-tiba tanah menjadi komoditi yang sangat penting dan dihambat orang. Memang tanah menjadi buruan pun lebih-lebih lagi dalam keadaan tanah yang sangat-sangat terhad sekarang. Ada yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan tanah. Keperluan terhadap tanah adalah pelbagai. Ada yang cuma memerlukan sebidang tanah seluas tapak rumah, selain dari yang memerlukan berekar-ekar tanah untuk tujuan pertanian misalnya. Tidak dinafikan bahawa tanah sangat terhad ketika permintaannya pula sentiasa meningkat. Sebab itu, orang tua selalu berpesan tanah yang ada janganlah dijual. Sekali dijual bukanlah mudah untuk mendapatkannya semula. Tanah walaupun sek

Baling

S aya melihat seorang budak lelaki ini membaling batu ke arah beberapa kumpulan lelaki. Dia mulakan dengan membaling sekelompok lelaki yang sedang leka bermain gitar sambil menyanyi. Dia di kejar namun masih sempat membaling batu lagi ke arah beberapa orang lelaki yang sedang sembang-sembang di kedai kopi. Dia terus dikejar oleh dua kumpulan tadi sambil terus membaling ke arah sekumpulan lelaki lain. Dia terus dikejar dan dikejar. Dia berlari sepantasnya dan lariannya tamat di ruang solat sebuah masjid. Beberapa orang jemaah masjid terpinga-pinga menyaksikan apa yang berlaku. Lelaki-lelaki yang mengejar juga berhenti tanpa bertindak apa-apa pun pada budak lelaki yang sudah berada di depan mata. Budak lelaki itu memang bijak. Dia tahu di masjid, dia selamat. Lelaki-lelaki yang sedar dirinya Islam tidak akan buat sesuatu yang boleh mencemarkan kekudusan Rumah Allah. Namun, bukan tujuan untuk menyelamatkan dirinya dari lelaki-lelaki itu yang membuat budak lelaki ini memilih masjid. Bu

Tempias

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka". (Surah AlKahfi: 18) Pernah baca Surah Kahfi? Banyak sangat kisah yang ada dalam itu. Semuanya adalah kisah yang amat berat. Antaranya berkenaan perihal dakwah, perjuangan menyelematkan iman, kisah roh, kisah seorang pemimpin dunia yang hebat dan banyak lagi. Pernahkah kita terfikir, kenapa dalam kisah-kisah yang begitu berat itu, tiba-tiba Allah menyebutkan perihal anjing di dalam ayat yang ke 18? Apa yang ada pada anjing itu sampai Allah rakamkan dalam Quran? Boleh sahaja Allah tidurkan pemuda-pemuda itu, biarkan sahaja anjing itu mati jadi tengkorak dan tidak perlu pun  dirakamkan di didalam AlQ

Branula

S aya jumpa doktor beberapa hari yang lalu. Seorang doktor yang saya kira sangat muda. Ujian darah yang saya lakukan mendapati tahap kolestrol saya agak tinggi. Doktor muda ini mencadangkan saya supaya mula mengambil ubat. Ketika saya sangat risau dan bimbang dengan status kesihatan saya, doktor muda ini memberitahu saya ia cuma perkara biasa. Katanya, ramai lagi seperti saya malah lebih tinggi lagi tahap kolestrolnya.Saya akur dengan cadangannya dan bermulalah hari saya dan seterusnya bersama pil-pil. Apa pun , kata-katanya itu melegakan hati saya. Kalaulah tujuannya untuk melegakan hati pesakit saya percaya memang itulah yang dilakukan oleh doktor pun. Namun saya berfikir dan melihat sebaliknya. Adakah mereka yang berada dalam bidang perubatan ini mungkin sahaja sudah kehilangan sensitiviti ? Soalan demi soalan menerjah kepala saya.Masih sangat pedulikah mereka dengan setiap titik darah yang menitis dari badan pesakit? Kisah sangatkah mereka kalau  brannula pesakit tercabut a

Hijrah

S atu Muharam menjengah lagi.Tahun Hijrah bertambah dan usia kita makin berkurang. Pena tidak mungkin mampu mengungkapkan segalanya. 1 Muharam, tarikh yang terlalu bermakna dalam rentetan sirah, tarikh yang terlalu bermakna dalam kehidupan sahabat, tarikh yang menentukan perjalanan sirah yang seterusnya.. Mengapa kita perlu berhijrah? Bertanya mengapa kita perlu berhijrah samalah seperti bertanya mengapa kita perlu berubah? Kita berubah ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk. Cerdik pandai ada mengungkapkan, "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam" Hijrah bermula dengan diri sendiri. Kita tidak berubah kerana melihat orang lain berubah.Kita perlu berubah kerana memang kita memilih untuk berubah dan sekaligus mengawal perubahan itu. Kita tidak berubah kerana dipaksa. Jangan har

Pagar

S aya selalu melihat anak-anak sekolah adalah bagaikan padi yang perlukan perlindungan dari guru-gurunya. Dalam konteks ini saya melihat guru pula bagaikan pagar yang sewajarnya melindung padi-padi yang sedang menghijau ini daripada ancaman anasir-anasir yang tidak diperlukan. Ia adalah musuh-musuh yang bakal merosakkan padi-padi ini. Malangnya, adakalanya apa yang berlaku, bukannya musuh dari luar itu yang dikhuatiri dan ditakuti tetapi pagar itu sendiri petualangnya.Anak-anak sekolah yang tidak tahu apa-apa diheret perasaannya dan dimanipulasi semahunya!  Kata peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi. Malangnya nasib padi sekiranya pagar yang diharapkan dapat melindunginya dari sebarang angkara, sebaliknya pula menjadi ancaman yang tidak pernah terduga oleh padi-padi yang tidak punyai kekuatan apa-apa. Rumpun-rumpun padi yang menghijau meliuk-liuk ditiup angin saujana mata memandang begitu mengharapkan pagar yang mengelilinginya mampu membentenginya dari sebarang anca

Singkatnya

"Umur Atok Dolah dah 92, masih sihat dan masih boleh solat" S aya kagum dengan Atok Dolah kerana kuantiti umurnya dan lebih dari itu kualitinya juga. Secara logiknya, angka 92 itu memang dilihat sangat besar. Sesungguhnyalah, masih kekal hidup adalah nikmat yang luar biasa. Umur ialah modal untuk kita menyediakan bekalan menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Bagi yang taat, umur ialah peluang untuk terus menambah sebanyak-banyaknya kebaikan dan kebaktian. Bagi yang derhaka pula, umur adalah kesempatan untuk bertaubat dan membetulkan diri. Walaupun usia 92 itu sudah dikira sangat panjang dan tidak ramai yang sempat menggapainya, pun begitu tidak ada yang pernah mencecah 200 tahun. Seperti sabda Nabi Muhammad yang bermaksud, " Umur-umur umatku berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu"   ( Direkodkan oleh Tirmizi) Kalaupun berjaya mencecah 63, 92 hatta 200 tahun sekalipun, ia sebenarnya

Hakim

"Kau nampak tak apa yang aku nampak, itu suami Bojong kan, dengan perempuan mana pulak tu, skandal lah tu" S alah satu penyakit masyarakat kita yang agak popular ialah mudah bersangka yang bukan-bukan terhadap orang lain. Kalau bersangka baik tidaklah memudaratkan sangat, namun apa yang kerap berlaku ialah kecenderungan untuk bersangka yang tidak baik. Lanjutan daripada sangkaan yang tidak menentu hala itu ialah untuk membuat kesimpulan dan seterusnya menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman sendiri. Fenomena menjadi hakim tidak bertauliah  ini bukan lagi luar biasa di kalangan kita. Hakim jalanan yang menjatuhkan hukuman tanpa siasat dan usul periksa. Sekadar melihat seimbas mata dan mendengar berita yang dijaja sesuka rasa, keputusan dibuat sekelip mata. Ia bukan sahaja tidak adil kepada mereka yang menjadi mangsa tetapi lebih teruk lagi ia bakal menghirukpikukkan suasana yang ceria dan selesa. Bayangkanlah gegak gempita yang bakal berlaku andai mereka yang melihat apa ya

Integriti

S aya kira ramai yang pernah bercakap tentang integriti tetapi mungkin tidak sangat jelas tentang pengertiannya. Secara mudah, integriti menjurus kepada maksud kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. Ia juga boleh merujuk kepada kualiti untuk menjadi seorang yang jujur. Dalam konteks seorang pekerja,integriti bermaksud seseorang yang  boleh dipercayai, amanah, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited menjalankan tugas dan berpegang pada janji. Encik Muhammad Diah Wahari selalu Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diundang berbicara tentangnya pagi ini mencerahkan lagi pengertiannya. Katanya, integriti itu "bila cakap serupa bikin, yang dikata dikota, di depan dan di belakang orang cara kita tetap sama". Sangat jelas. Kalau kita tidak memenuhi ciri-ciri tadi, kita tidak ada integriti. Paling mudah lagi, kita boleh menilai integriti bila kita keseorangan. Kalau kita pijak semut pun tidak mati bila kita di depan orang, jangan di belakang orang kita samp

Syyyyyy

S eorang pekerja dilihat letih dan mengantuk di tempat kerja pagi itu lantas di sapa oleh rakan sekerjanya lantas dia menjawab, "Saya bangun tahajud malam tadi"  Dalam situasi yang lain pula seorang kelihatan bergegas keluar lalu ditanya ingin kemana dan pantas dia menjawab, "Saya dah lewat ni, nak solat Duha" Syyyy! Senyap-senyap dan  jangan diheboh-hebohkan apa yang kita buat lebih-lebih lagi dalam soal beribadah. Selain ditegah daripada bersifat riak atau menunjuk-nunjuk dan ujub atau kagum dengan diri sendiri kita juga ditegah bersifat sum’ah. Walaupun jarang orang bercakap mengenainya, realitinya penyakit jiwa ini tanpa kita sedari memang berlaku dalam soal beribadat. Ustaz Zul Ramly yang disaksikan kupasannya lewat program JOM atau Jalan Orang Mukmin di TV Hijrah memberikan contoh menarik perlakuan sum'ah ini. iaitu perbuatan seseorang yang menceritakan amalan-amalannya agar didengar oleh orang lain lalu mereka memujinya. Contohnya, orang yang men

Prasangka

S aya mahu menguji tahap prasangka para pelajar saya dengan menyajikan mereka kisah yang saya kongsi dari kawan saya melalui laman sesawangnya. Saya sedar sebagai manusia biasa kita sangat cenderung untuk bersikap prasangka atau prejudis pada orang lain. Kisah biasa mengenai A,B,C dan D . A merupakan seorang perempuan yang begitu cantik. Dia digilai oleh ramai lelaki. Akhirnya, A jatuh cinta kepada B dan mereka pun bertunang. Mereka dipisahkan oleh lautan kerana B tinggal di sebuah pulau yang begitu jauh. Namun lautan tidak sesekali mampu memisahkan mereka kerana rasa cinta yang saling berputik di dalam nurani hati mereka. Pada suatu hari, takdir Allah menentukan bahawa B jatuh sakit. B menghidap satu penyakit yang begitu kronik. A berasa sangat sedih. A ingin bertemu dengan B . Rasa cinta yang begitu menggunung menyebabkan A menebalkan muka bertemu dengan C kerana C sahaja yang memiliki bot. A merayu kepada C untuk meminjamkannya bot tersebut agar dia d

Bertarung

T idak lengkap belajar kalau tiada peperiksaan. Ia memang perlu dilalui untuk menguji tahap pemahaman dan pengetahuan kita. Ia memang tidak boleh dielakkan. Peperiksaan membangkitkan rasa gementar yang bukan kepalang. Digeruni juga lebih-lebih lagi bagi yang tidak benar-benar bersedia menghadapinya. Kalaulah diberikan pilihan rasanya ramai yang memilih untuk tidak menduduki peperiksaan. Haziq mula bertarung hari ini. Ia berdepan dengan peperiksaan yang bakal mencorakkan masa depannya. Sejak beberapa hari lalu, riak cemasnya amat ketara. Pecutannya lebih laju berbanding dulu. Saya sedar dia sangat risau dengan pertarungan besar ini. Senjatanya belum cukup lengkap lagi. Namun saya masih menyuntik semangat ke dalam dirinya. Dia belum terlambat lagi untuk menyiapkan diri. Saya dan mamanya melihat satu perubahan yang mengkagumkan. Benar kata orang, kalau anak yang berjuang di medan, ibu bapa lebih terasa resah dan gelisahnya. Ibu dan bapa semakin kuat berdoa mengiringi pertarungan ana