Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Santai

Saya pernah memancing pandangan pelajar tentang rasional membenarkan KFC atau Mcdonald dan Pizza Hut beroperasi dalam kampus. Itu pun ekoran dari cadangan yang dilontarkan oleh mantan Pengarah Dr Hashim tidak berapa lama dulu. Beliau melihat pelajar memerlukan tempat seperti ini supaya dapat mengurangkan kecenderungan untuk ke bandar dan balik kampung saban minggu. Rata-rata pelajar bersetuju kerana kegilaan mereka terhadap makanan segera selain boleh bersantai bersama rakan selepas bertungkus lumus dengan buku pelajaran.Ada yang tidak senang justeru ia bakal membiakkan lagi amalan melepak di kalangan pelajar.Namun cadangan akhirnya tinggal cadangan. Impian untuk menjadikannya kenyataan seakan berkubur sehinggalah baru-baru ini idea itu dicetuskan lagi oleh Datuk Idris Haron , Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau menggambarkan kemungkinan membenarkan Starbuck beroperasi di IPTA. Namun persoalannya, adakah semua pelajar mampu menikmati kemudahan ini - atau cuma segelintir anak ora

Penalti

Catatan ini dinukil oleh Haziq dari majalah Wisel yang berkeinginan tinggi memiliki blognya sendiri. Otak kiri lebih mengenai pemikiran,itu sebabnya kita harus membuat dialog dalaman dan bercakap dengan diri anda sendiri.Abaikan ia -anda mahu memberikan konsentrasi melakukan perkara yang telah menjadi kelaziman kepada anda .Otak kanan anda lebih kreatif dan ia memacu bahagian kiri badan anda .Itu sebabnya pemain kidal boleh menjadi sedikit lebih kreatif kerana mereka lebih menggunakan ''otak kanan''.Apabila orang tertekan,anda mencetuskan sistem gementar.Ia menghidupkan adrenalin anda dan ketika itulah jantung berdegup kencang,otot menegang dan pandangan sempit muncul.Ia mengimbas kembali ke satu masa di mana kita lebih tertekan dan dihantui-ia adalah imbasan dari kenangan terdahulu.Kita tidak perlu melarikan diri darinya tapi kita masih memilikinya dan ia diterjemahkan ke bidang lain seperti sukan.

Cinta atau Cita?

Tidak dinafikan alam persekolahan disulami dengan kenangan paling manis kerana pelbagai peristiwa suka duka dilalui terutama membabitkan perasaan seperti terjebak dalam cinta remaja atau sinonim dikenali cinta monyet. Walaupun tidak salah, pelajar seharusnya tidak dikuasai perasaan itu kerana keutamaan adalah belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan. Cinta monyet hanya mengganggu proses pembelajaran sekali gus menyebabkan seseorang gagal dan hanyut dilanda perasaan. Emosi memang bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, sewajarnya dihabiskan untuk menimba ilmu, diamuk perasaan cinta pada golongan berlainan jenis bukan masanya. Lebih teruk lagi jika jatuh hati pada guru sendiri hingga ada kalanya boleh memberi kesan psikologi hebat kepada pelajar jika tidak mendapat perhatian guru diminati. Mereka harus ingat, pada waktu ini kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup, bukan berangan-angan kosong. Bukan tidak ada pelajar berjaya walaupun ber

Filem

Petang ini saya berkesempatan menonton filem Melayu lama lewat Kirana sejurus makan tengahari. Sebuah filem yang cukup menarik- Puteri Gunung Ledang terbitan 1961 sentuhan pengarah S.Romai Nor. Mahmud Jun menguatkan lagi filem ini dengan watak jahatnya selain dibarisi pelakon-pelakon hebat. Saya begitu tertarik dengan lakonan Fatimah Ahmad seorang pelakon wanita yang agak kurang menonjol jika hendak dibandingkan dengan pelakon wanita yang seangkatan dengannya.Nama beliau tidak meniti dibibir penggemar filem Melayu seperti Sarimah, Latifah Omar dan Saadiah. Namun pelakon yang berwajah manis dan Melayu ini mempamerkan lakonan yang begitu mengesankan. Aktres yang turut memberi kekuatan kepada filem Dang Anum ini rupanya telah meninggal dunia sekitar May 2004. Beliau cuma sempat berlakon dalam beberapa buah filem Cathay Keris.Kalau tak silap,Fatimah Ahmad adalah isteri kedua kepada pengarah filem Cathay Keris, arwah Hussain Haniff. Selepas Hussain meninggal, beliau menikah dengan jejaka Am

Penyelia

Saya menelefon Penyelia saya Dr Noor Azmi Mohamad pagi ini untuk mendapat pandangan beliau tentang tajuk tesis PhD saya. Tiada masalah dan menyarankan saya supaya mula merujuk kepada buku dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk "Emotional Intelligence..."Senang diajak berbincang, itu komen awal saya. Menggalakkan. Menariknya beliau pernah mengajar di UiTM Segamat sebelum berhijrah ke UTM pada 1992. Dia menyebut beberapa nama antaranya Us Saud, En Abdullah, En Aziz Saidin.

RM 1 juta

Komentar ini disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Insentif satu juta ringgit yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menjayakan misi negara beraksi cemerlang dalam sukan Olimpik Beijing dilihat sebagai pembakar semangat atlet negara untuk melaksanakan impian meragut pingat emas pertama di temasya suka empat tahun sekali ini. sekian lama. Cukup terbakarkah semangat atlet kita? Persoalan ini sengaja dibangkitkan justeru sebelum ini ganjaran setinggi RM160,00 pun tidak berupaya mengisi sebutir emas pun dalam kantung pingat kontinjen Olimpik negara empat tahun yang lalu. Memang tidak dinafikan, manusia perlu didorong dan disuntik dengan motivasi untuk menjana semangat agar dapat bertindak lebih hebat dan cemerlang. Atlet yang berjuang untuk negara juga tidak terlepas dari keperluan ini. Insentif dalam bentuk wang ringgit walaupun dilihat sebagai pendorong semangat namun selalunya motivasi yang bersifat ekstrinsik begini tidak kekal lama kerana ia akan lenyap sekiranya ganjaran ti

Orang dalam

Ketika berurusan di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN) Jementah hasrat saya untuk menukar kad ATM yang telah rosak hampir tidak kesampaian. Oleh kerana terlupa mengemukakan buku akaun saya disarankan oleh petugas untuk datang dilain waktu. Sebelum sempat saya beredar meninggalkan kaunter, saya disapa oleh seorang lagi petugas wanita yang memang saya kenal dan agak rapat dengannya lebih-lebih lagi dengan kakaknya. Cuma, pada awalnya tadi, saya tidak pernah menyangka yang Sharifah Shidah bertugas di pekan kecil ini kerana sebelum ini beliau lama di cawangan Segamat. Dengan bantuannya segalanya menjadi mudah dan saya mendapat kad gantian dalam masa tidak sampai pun sepuluh minit. Fenomena kenal orang dalam bukanlah asing di kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu. Bila kenal orang dalam, dikatakan memudahkan pelbagai urusan termasuk peluang dipilih mengisi jawatan kosong.Tidak hairanlah kerana orang dalam ini, sesebuah organisasi dilihat semacam dimonopoli oleh puak-puak terte

Belajar

S aya kembali lagi ke UTM hari ini. Saya pernah ke sini lapan tahun yang lalu atas kapasiti seorang pelajar sarjana. Hari ini bermulalah pertarungan saya sebagai seorang pelajar. Pertarungan kali ini tentunya lebih sengit dan mendambakan komitmen yang tinggi selain hati yang cekal dan kental. Belajar di peringkat falsafah tidaklah semudah yang disangka. Menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Mampukah untuk saya melalui semuanya itu hingga ke penghujung terowong masih terlalu awal untuk diberikan jawapannya. Hanya masa yang menentukan selain daripada ketentuanNya. Setibanya di Dewan Sultan Iskandar UTM sekitar 9.00 pagi, kelihatan ribuan pelajar sudah berkumpul bersiap sedia untuk pendaftaran. Manifestasi kegilaan untuk belajar tidak pernah luntur pada mereka yang sentiasa dahagakan ilmu. Rata-rata kelihatan pelajar perempuan yang saya kira masih terlalu muda, barangkali baru sejurus melengkapkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Saya rasa begitu tua di celah-celah mereka. Pela

Resume

Berita yang dipaparkan dalam Harian Metro hari ini begitu menarik perhatian saya. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ada segelintir siswazah yang tidak pernah tahu apa itu resume. Amat mengejutkan. Tidak hairanlah mengapa siswazah gagal "menjual" diri mereka di pasaran pekerjaan. Tidak tahulah di mana silapnya. Tentunya tidak masuk akal sekiranya selama empat tahun belajar di universiti, pelajar tidak pernah didedahkan dengan penyediaan resume, lebih-lebih lagi menjelang tamat pengajian. Saya kira pihak universiti juga menerusi Unit Kerjaya dan Kaunselingnya pasti ada menganjurkan Karnival Kerjaya untuk mendekatkan mereka dengan bakal majikan. Inilah yang berlaku sekiranya para pelajar tidak peka tetapi sebaliknya pekak kepada limpahan maklumat di sekeliling mereka. Atau barangkali pelajar lebih tahu tentang Curriculum Vitae(CV) atau biodata agaknya! Apa itu Resume? Resume yang juga dikenali sebagai curriculum vitae (biodata) ialah surat pengen

Besan

Saya menunaikan hajat emak yang bukan kepalang tingginya untuk menziarahi besannya yang kini terlantar sakit di rumah anaknya. Perjalanan kami dari Segamat ke Kampung Parit Jayus mengambil masa lebih kurang dua jam. Jalan yang berliku selain daripada beberapa kali tersesat sebelum sampai ke destinasi melengahkan perjalanan kami. Besan emak berusia lebih kurang 70 tahun dan sering tidak sihat sejak kebelakangan ini. Sempat juga emak mengusap badan besannya. Seperti lazimnya emak tidak dapat menahan air matanya daripada bergenang melihat keadaan besannya begitu. Kami hanya mampu berdoa kepada Ilahi semoga Mak Edah akan cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Hafiz yang ikut sama, tidak dapat ditahan langsung dari bermain-main dalam parit di depan rumah yang begitu teruja dengan anak-anak ikan di dalamnya. Dia tidak jijik langsung berendam dalam parit. Seronok betul dia. Budak-budak begitulah. Nalurinya sentiasa bergejolak untuk bermain . Penduduk Parit Jayus memang beruntung. Di s

Memancing

Pada sebelah petang emak yang memang suka sangat memancing mempelawa saya dan isteri turut bersamanya.Kali ini memancing di Kuala Paya. Saya yang memang telah lama tidak berkesempatan, tanpa lengah menerima ajakan emak. Joran yang pernah saya beli lama dulu hilang entah ke mana. Mujurlah emak punyai lebihan joran untuk saya dan isteri. Mak Ngah dan sepupu saya Amir juga tidak ketinggalan. Kami menghabiskan masa hampir tiga jam memancing di celah-celah pokok getah yang ditenggelami air akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Amir menjadi juara memancing dengan jumlah ikan yang paling banyak. Amat menyedihkan saya cuma mampu " memperdayakan " seekor ikan lais kecil sepanjang petang itu. Lebih malang, isteri saya cuma mampu senyum pahit kerana pancingnya tidak menarik seekor ikan pun. Emak pula tidak sehebat selalu, sudah merudum prestasinya.Memancing ternyata amat menyeronokkan. Tidak disedari masa begitu pantas beredar. Menjelang tujuh petang kami bingkas beredar menuju

Beruntung

Kenaikan harga barang yang begitu terasa ekoran peningkatan harga petrol tidak mengubah cara hidup sebenarnya. Ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan saya di kampung Gudang Garam hari ini, pelbagai jenis lauk pauk tetap disajikan. Seperti biasa kelihatan pinggan-pinggan yang masih menampung sisa-sisa makanan yang tidak mampu dihabiskan. Pembaziran masih berlaku walaupun kita digalakkan untuk berjimat-cermat dalam keadaan sekarang.Mungkin masih kenyang selepas menghadiri jemputan yang lain, saya menelah. Kita masih beruntung sebenarnya. Kita masih diberikan peluang untuk menikmati rezeki yang melimpah ruah berbanding dengan rakan-rakan kita di negara lain yang terpaksa merusuh untuk mendapatkan makanan khususnya beras. Sebelum pulang, menjadi satu kecenderungan pula sekarang ini pengunjung dibekalkan dengan sebuah beg yang berisi makanan, bunga telur, gula-gula dan juga lauk-lauk. Kadang-kadang makanan yang dibekalkan itu tidak dimakan pun!Esok ada dua lagi undangan yang perlu dihad

Managing stress

Feeling like there are too many pressures and demands on you? Losing sleep worrying about tests and schoolwork? Eating on the run because your schedule is just too busy? You’re not alone. Everyone experiences stress at times - adults, teens, and even kids. But there are things you can do to minimize stress and manage the stress that’s unavoidable. What Is Stress? Stress is a feeling that’s created when we react to particular events. It’s the body’s way of rising to a challenge and preparing to meet a tough situation with focus, strength, stamina, and heightened alertness. Stress is the body’s reaction to a change that requires a physical, mental or emotional adjustment or response. Distress is a negative stress response. It occurs when stress continues without relief. Distress disturbs the body’s internal balance causing physical and emotional symptoms: headache, elevated blood pressure, chest pain, insomnia, depression, panic attack and anxiety. Stress is a part of life. Knowing ways

Budi dan cita

Saban petang mendengar alunan lagu ini diputarkan lewat Klasik Nasional, menyemai rasa cinta saya terhadap lagu Budi dan Cita ciptaan Zainal S.Abas yang didendangkan penyanyi suara lunak R.Ismail. Kalau kita menonton filem-filem lakonan almarhum Noordin Ahmad yang sering digandingkan dengan Latifah Omar keluaran Cathay Keris, suara beliau sering dipinjamkan kepada pelakon itu, kerana suara mereka berdua seakan-akan sama. Saya begitu meminati lagu-lagu dendangan beliau dari filem Laila Majnun (lagu: Menanti & Tak Mungkin , duet dengan Rosiah Chik), Jula Juli Bintang Tujuh (lagu: Nasib Malang ), Tajul Ashikin, Gurindam Jiwa (lagu: Gurindam Jiwa , duet dengan Rafeah Buang), Cucu Datuk Merah dan Airmata Duyung . Sebuah lagu beliau dari filem Anak Buloh Betong keluaran MFP Studio yang saya suka ialah Dari Hati Ke Hati yang dinyanyikan bersama Rafeah Buang. **************************** Sehari hujan dibendang, semusim padi menjadi sekali lagu berdendang, tenang hati semadi

Cacing

Bagi sesetengah orang, cacing adalah haiwan yang menggelikan kerana bentuknya yang panjang dan habitatnya di dalam tanah tanpa menyedari ia sebenarnya mampu membawa pulangan lumayan jika kena pada caranya. Bagaimanapun, sikap fobia kebanyakan orang terhadap haiwan itu tidak mendatangkan masalah kepada Norkadi Idris,(Pak Uteh) 46 yang baru memulakan projek dan yakin ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan menguntungkan. Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik. Dengan dibantu oleh isterinya, Sabariah Abdullah , 57 atau saya panggil Mak Utih, beliau kini mengusahakan ladang ternakan cacing secara kecil-kecilan tetapi masih berupaya memperoleh keuntungan lumayan menerusi penghasilan tahi cacing yang digunakan sebagai baja komposit bagi tanaman sayur, buah-b

Demam campak

Haziq mengadu gatal-gatal di badannya sejak dua hari yang lalu. Memikirkan mungkin itu sekadar gatal biasa akibat berpeluh saya biarkan sahaja. Namun semalam, ruam-ruam di muka lebih-lebih lagi di badan mula nyata dengan sedikit demam. Dia kelihatanya amat tidak selesa. Sejak lahir, Haziq memang tidak pernah dihinggapi demam campak ini. Dia di bawa ke klinik dan doktor menyarankan supaya dia tidak bersekolah selama seminggu mulai hari ini. Demam campak merupakan penyakit yang menular pada masa kanak-kanak tetapi juga menyerang orang dewasa. Penyakit ini mudah berjangkit di antara satu sama lain. Antara tanda-tanda demam campak ialah demam, badan akan ditumbuh dengan ruam-ruam merah adakalanya gatal dan hilang selera makan. Rawatan yang boleh diberikan ialah pesakit perlu rehatkan diri dan mendapatkan rawatan yang sesuai di mana doktor akan memberikan suntikan vaksin bagi mengurangkan demam campak yang berlarutan. Demam campak berpunca daripada virus campak. Ia sangat mudah dijangkiti

Jimat minyak lagi...

Dalam keadaan harga minyak yang begitu menggigit sekarang, sesuatu yang tidak pernah terfikir untuk dilakukan dahulu, sudah boleh dilakukan sekarang. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Cubalah kalau boleh...

Doktor

Masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan terus menjadi isu yang seolah-olah tiada penyelesaiannya walaupun pelbagai langkah telah diambil. Paling terbaharu,pelawaan Kementerian Kesihatan kepada doktor swasta untuk berkhidmat secara sambilan di hospital kerajaan selepas waktu pejabat pun cuma berupaya menarik minat seorang doktor sahaja sejak ia diuar-uarkan sebulan lalu. Mungkin kadar bayaran RM80 sejam tidak cukup tinggi agaknya. Atau barangkali lanskap persekitaran kerja yang tidak menarik dan kondusif selain daripada beban kerja yang berat. Agak memeranjatkan juga nisbah 1:600 doktor berbanding pesakit di negara ini yang ingin dicapai menjelang 2020 masih jauh untuk dijangkau. Keadaan ini tidak sukar untuk difahami justeru pertambahan jumlah doktor tidak selari dengan peningkatan bilangan pesakit setiap hari. Ini diburukkan lagi dengan penghijrahan doktor-doktor kerajaan untuk menikmati insentif yang lebih menarik di pusat perubatan swasta yang dilihat semakin berkembang p

Mengubah Sempadan Iman: Apresiasi Buku

Pada 3hb Januari lalu saya ke pejabat Pos UiTM dengan satu tujuan iaitu ingin mendapatkan buku bertajuk Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman . Dorongan untuk memiliki buku karya Prof Dr Kamil ini terbit setelah membaca kupasan demi kupasan yang cukup menarik dari mereka yang telah mula membacanya.Ternyata setelah menelusuri helaian demi helaian, pandangan mereka yang telah memabacanya tentang "keistemewaan"nya tidak mampu saya sangkal. Saya sendiri terpukau untuk terus membaca dan sekali gus mengutip pelbagai ilmu dan iktibar. Pengalamannya menunaikan Haji disampaikan dengan menarik sekali. Penuh jujur dan ikhlas, tanpa selindung. Saya berani mengatakan buku ini padat dan sarat dengan panduan yang tidak rugi untuk dimiliki bagi mereka yang sudah mendapat "surat jemputan" dariNya untuk menjadi tetamuNya. Saya kagum dengan kejujuran dan keikhlasan Prof. Dr Kamil Jujur sejujurnya. Malah begitu berani mendedahkan segala kelemahan yang ada dalam diri. Cepat saya menang

Solat Dhuha

Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit.Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat. Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah

Sanggupkah kita

Mandi air telaga Bercahayakan pelita minyak tanah Makan beras hancur Lauk ikan kering Sayur pucuk paku Tanpa sarapan pagi Kopi buatan sendiri Macam cerita PRamlee Tidor lantai kayu Tanpa tilam empok Tonggang basikal Tukar baju setahun sekali Rasa perit Tanggung sengsara Kongsi derita Mereka yang terpinggir Kais pagi Kais petang Tidak ketentuan Bahu yang memikul Tak terubat dek pandangan mata

Lompat

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan di pandunya. Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri. Tiba2 kapal terbang yang mereka semua naiki itu bergegar akibat 29 pesakit yang melompat-lompat itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain. 5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata..

Kongsi kegetiran harga minyak

Artikel pendek ini dimuatkan dalam Utusan Malaysia hari ini dan juga Malaysiaaktif Oleh AHMAD KAMIL MOHAMED CAKAP-cakap tentang harga minyak naik masih lagi kedengaran di sana sini. Merungut, mengomel, mengeluh, memberontak apatah lagi menyuarakan rasa geram dan berang dengan berdemonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah. Cuma apa yang diharapkan tidak akan berlaku kesan rantaian ekoran kenaikan harga minyak. Dalam kemelut ini pengguna akan terus menjadi mangsa yang tertekan dan terbelenggu sementara peniaga-peniaga akan terus mengaut keuntungan yang berlipat-lipat ganda. Jangan biarkan ini berlaku. Kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat untuk mengurus negara perlu melakukan sesuatu yang paling terbaik dan berkesan untuk membanteras kegelojohan pihak yang mengambil kesempatan ini. Kerajaan perlu tegas. Jangan bertindak bagai melepas batuk di tangga dan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Pendapatan yang dibawa pulang setiap bulan tidak akan membawa makna apa-apa kalau kuasa beli penggu

I'm in charge!

All the organs of the body were having a meeting, trying to decide who was in charge. "I should be in charge", said the brain , "because I run all the body's systems, so without me nothing would happen". "I should be in charge", said the blood , "because I circulate oxygen all over, so without me you'd all waste away". "I should be in charge", said the stomach, "because I process food and give all of you energy". "I should be in charge", said the rectum, "because I'm responsible for waste removal". All the other body parts laughed at the rectum and insulted him, so in a huff, he shut down tight. Within a few days, the brain had a terrible headache, the stomach was bloated, and the blood was toxic. Eventually the other organs gave in. They all agreed that the rectum should be the boss. The moral of the story? You don't have to be smart or important to be in charge ...

Pertunangan

Petang ini menghadiri majlis pertunangan sepupu saya NurFasha di rumah datoknya. Tiba di rumahnya setelah semuanya selesai justeru hujan yang agak lebat menggendalakan perjalanan. Namun sempat juga menikmati juadah yang enak dan lazat lebih-lebih lagi gulai rebung masak lemak. Sha,24 kini bertugas diUTM sebagai pembantu penyelidik dan dalam rangka melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Ibunya yang juga ibu saudara saya telah tiga tahun meninggalkan sembilan orang anak yang masih membutuhkan kasih sayang, lebih-lebih lagi adik Sha yang bongsu yang berusia 4 tahun. Bapanya Musa, 50, seorang bekas askar begitu kental dan tabah membesarkan anak-anak yang rata-ratanya sedang belajar. Dengar khabar Sha akan meninggalkan alam gadisnya pada bulan Jun tahun depan. Sempat juga saya bersembang dengan Encik Yusof (datok Sha) yang pernah menjadi kawan paling rapat arwah bapa saya dahulu. Sebelum pulang sempat juga saya singgah menjenguk atok dan secara kebetulan ada tok usu yang datang untuk

Jimat MInyak

Dalam menangani kemelut kenaikan harga minyak sekarang, beberapa langkah penjimatan dirasakan amat perlu. Selain daripada mengurangkan perjalanan, beralih ke kenderaan yang berkuasa kuda lebih rendah, berkongsi kereta, menggunakan pengangkutan awam, langkah-langkah yang tidak pernah pun kita terfikirkan selama ini mungkin juga boleh dilakukan. Kesannya penggunaan tenaga bahan bakar akan jimat sepenuhnya malah membantu kepada kebersihan alam sekitar.

Minyak lagi

Masih lagi berbicara tentang minyak justeru sana sini orang ramai masih memperkatakannya. Saya membaca Utusan Malaysia hari ini dan amat bersetuju dengan pandangan yang diluahkan oleh seorang pembaca Mohamad Radzwill Abdullah dari Kuala Lumpur.Antara lain beliau menyentuh tentang kerakusan para peniaga yang sentiasa ingin mengaut untung besar di atas kesengsaraan rakyat. Tiada langsung tanggujawab sosial. Asyik nak fikir untung besar sahaja. KENAIKAN harga petrol sebanyak 78 sen seliter dan harga diesel sebanyak RM1 seliter amat tidak dijangkakan. Di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 4 Jun 2008 terpampang bahawa minyak hanya akan dinaikkan pada bulan Ogos 2008, maka berita pengumuman kenaikan harga minyak pada lewat petang hari yang sama sungguh di luar jangkaan. Umumnya tidak boleh dinafikan harga pasaran minyak dunia naik mendadak. Nasihat Perdana Menteri agar rakyat mengubah cara hidup itu baik dan benar. Kita harus mengasimilasikan kehidupan agar terbiasa dengan ketiadaan elek

Definitions

Cigarette : A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end and a fool on the other. Lecture : An art of transferring information from the notes of the Lecturer to the notes of the students without passing through the minds of either. Conference : The confusion of one man multiplied by the number present. Compromise : The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got the biggest piece. Tears : The hydraulic force by which masculine will-power is defeated by feminine water power. Divorce : Future tense of marriage . Conference Room : A place where everybody talks, nobody listens and everybody disagrees later on. Classic : A book which people praise, but do not read. Smile : A curve that can set a lot of things straight. Office : A place where you can relax after your strenuous home life. Yawn : The only time some married men ever get to open their mouth.. Etc. : A sign to

Telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga.Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu. "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun.Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh

Perkenalan

Saya dijemput oleh Pak Jalil (Lim Kit Siak) ke rumahnya di Buluh Kasap untuk majlis merisik anak gadis sulungnya. Atikah yang masih belajar di Tingkatan Enam Rendah khabarnya mengenali jejaka dari Palong ini secara tidak sengaja. Yusri dikatakan tersalah menghantar SMS kepada nombor telefon bimbit yang dimiliki oleh Tikah. Lalu disitulah bermulanya perkenalan yang membawa kepada risikan dari pihak lelaki. Di zaman teknologi yang serba canggih sekarang, perkenalan antara pasangan nampaknya sudah jauh berubah daripada dulu. Kalau dulu perkenalan antara adam dan hawa diaturkan oleh ibu bapa, kini masing-masing sudah pandai bertindak mencari pasangan sendiri. Kemudahan teknologi komunikasi memungkinkan segala-galanya. Telefon bimbit menjadi penjalin paling efektif dan pantas. Laman-laman sembang di ruang siber juga menambah kepada peluang yang ada. Namun, kita perlu waspada dan lebih hati-hati kerana perkenalan dan hubungan maya adakalanya penuh penipuan. Baguslah, Tikah dan Yusri mengam

Pertemuan

Musim cuti sekolah amat sinonim dengan majlis perkahwinan mahu pun pertunangan. Belum pun hilang penat menghantar rombongan pengantin lelaki ke Kota Tinggi hujung minggu lepas, hujung minggu ini saya sanak saudara berkampung pula di Temerloh di rumah pihak lelaki. Dua hari dua malam di Temerloh walaupun agak meletihkan tetapi menyeronokkan. Sesampainya di rumah Pak Andak kira-kira jam 9 malam, Mak Andak terus mempelawa kami makan. Mak Andak memang tahu kesukaan kami. Gulai ikan patin masak tempoyak membuka selera kami semua yang sedang lapar. Bandar Temerloh memang terkenal dengan ikan patinnya. Keesokannya kami semua bekerja keras menyediakan apa yang patut. Pengalaman menyaksikan sendiri seekor kerbau di sembelih amat menarik dan tidak mungkin dapat dllupakan. Kemahiran mereka yang ditugaskan untuk melapah juga turut menarik perhatian. Selepas Isyak kami semua sama-sama mencincang daging-daging untuk dimasak buat jamuan. Saya perlu mengakui bahawa kari daging kerbau tidak seenak dag