Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Berselawat

  N abi Muhammad Sal-Allahu-alaihi-wa-Salam bersabda “Tiga orang (tiga golongan manusia) yang tidak dapat melihat wajahku, iaitu “Orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang yang meninggalkan sunnahku dan orang yang namaku disebutkan di sisinya tetapi dia tidak berselawat untukku.”  Saya dan isteri terpanggil untuk turut sama dalam majlis beselawat ke atas Nabi Muhammad yang berlangsung di Dataran Segamat malam ini. Ia sangat bagus kerana kita sama-sama mempamerkan kasih sayang kita kepada Baginda yang telah menyebarkan rahmat Islam kepada kita. Baginda memang patut dingati dengan berselawat kepadanya. Pun begitu, lebih dari berselawat itu ialah tugas kita untuk mengamalkan segala sunnah Baginda. Mendengar kalimah-kalimah suci dialunkan memuji Nabi Muhammad memang tidak dinafikan sangat menyentuh perasaan. Saya bukanlah pandai sangat Bahasa Arab pun. Tidak semua yang disampaikan mampu saya faham. Saya percaya mereka yang hadir itu tidak faham semua juga. Saya melih

Kebaikan

K ata Ustaz yang sempat saya dengar di corong radio pagi ini, kebaikan itu perlu disebar kepada semua orang walau sekecil mana pun. Kita tidak boleh memilih apa, bila dan siapa yang akan menerima kebaikan tersebut kerana kita tidak mengetahui kemungkinan kebaikan tersebut berguna untuk selamatkan kita suatu ketika nanti. Kita mesti yakin bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan tidak akan hilang begitu sahaja. Malah sekecil apa pun kebaikan tersebut, kita pasti menerima balasannya sama ada di dunia atau pun akhirat. Kebaikan bukan dalam bentuk ibadah ritual semata-mata, bahkan sangat meluas sehingga meliputi semua kebaikan yang kita berikan kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga. Sesiapa yang berbuat baik kepada makhluk Allah,kebaikan itu pasti dibalas dengan kebaikan. Kebaikan juga dapat kita manafaatnya di akhirat nanti. Walau sekecil mana pun kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain, boleh menjadi penyebab kita terselamat daripada api neraka. Dalam hubungan ini

Basikal

S aya meletakkan sebuah basikal buruk di perkarangan rumah sebagai bahan perhiasan. Basikal itu masih boleh digunakan cuma ada sedikit-sedikit yang perlu dibaiki di sana sini. Ia sudah berada di situ hampir lima bulan dan tidak pernah mengundang sesiapa pun untuk mengambilnya apatah lagi mencurinya. Saya selalu percaya bahawa ada yang Maha Besar yang sentiasa menjadi pelindung dan pemerhati. Bertolak dari keyakinan itu saya biarkan saja basikal di situ tanpa dikunci pun. Basikal itu selamat. Saya lega dan kagum kerana tidak ada pencuri hak orang di kalangan saya. Saya silap sebenarnya. Tidak semua orang berfikiran seperti saya. Tidak semua orang menghormati kepunyaan orang lain. Petang ini, saya melihat sesuatu yang agak mencurigakan. Dua orang budak bermotor hampir berjaya melarikan basikal ini kalau saya alpa pagi ini. Rupa-rupanya basikal buruk ini pun ada yang berminat. Saya belajar satu perkara,bahawa kita tidak hanya boleh bertawakal sahaja mengharap semuanya dariNya. Kita

OPAL

S aya menghadiri satu taklimat tentang kaedah baru menilai prestasi kakitangan. Taklimat OPAL atau singkatan kepada online Performance Apparaisal adalah kaedah penilaian prestasi kakitangan melalui talian. Sekarang ini semuanya sudah bertukar kepada talian dan di hujung jari. Tidak perlu pakai borang lagi. Tidak perlu kertas dan tidak perlu pen. Taklimat disampaikan oleh Prof Dr Junaidah Ariffin dari UiTM Shah Alam yang bertanggungjawab membangunkan sistem ini. Walaupun kaedah baru ini mampu memudahkan penilaian disamping menjimatkan masa, namun sesuatu yang baru pasti ada yang kurang di sana sini. Yang paling ketara kelembapan internet yang menganggu kelancaran memuat naik maklumat ke dalam sistem. Walau apa pun sesuatu yang baru dan asing lambat laun akan jadi biasa dan memudahkan berbanding sebelumnya. Perubahan cuma sukar diterima di awalnya sahaja. Pena Tumpul - Alah bisa tegal biasa

Lidah

Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya. S epotong mutiara di atas saya petik daripada buku yang baru saya temui dan amat seronok membacanya. Penuh dengan cerita-cerita yang membangkit rasa. Tidak rugi memilikinya. Penulisnya mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan mengaitkan kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada saya dan sesiapa yang merasakan diri kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang ‘mungkin’ lurus tetapi sebenarnya tidak betul! Ada 39 lagi mutiara yang sedang saya santap dengan lazat untuk rohani yang lapar ini. Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunya dua lidah didunia maka Allah s.w.t. akan memberikannya du

Syukur

M asa berlalu begitu pantas kerana diam tidak diam umur sudah mencecah angka 54. Pun begitu bersyukur kepadaNya yang terus memberi kesempatan kepada hambanya ini untuk menghirup udara segar milikNya. Berpijak di atas bumiNya. Berlindung di bawah langitNya.Menikmati rezeki kurniaanNya. Moga umur sentiasa diberkati. Kalau pendek, bermanafaat dan kalau panjang melimpahkan kebaktian. Saya meraikan ulangtahun kelahiran untuk kesekian kalinya bersama Hafiz lagi, anak saudara yang kebetulan dilahirkan pada tarikh yang sama sembilan tahun lalu. Sejak beberapa tahun lalu, sudah menjadi tradisi pula untuk kami berdua menyambutnya bersama. Kalau tidak, ada sesuatu yang dirasa bagaikan tidak kena. Pada awalnya bercadang untuk tidak meraikannya, namun keputusan dibuat disaat-saat akhir majlis sambutan perlu diadakan. Bukan sangat untuk saya tetapi untuk Hafiz. Kesian dia, kalau tahun ini tiada sambutan untuknya seperti selalu. Sambutan yang amat sederhana namun cukup bermakna diadakan juga. M

Memujuk

" Sebenarnya tanpa kita sedari, kita terlibat dalam aktiviti berunding dan memujuk sejak kita keluar dari kantung perut ibu." I tu pandangan penulis buku Pengaruh Gaya Trump yang sedang saya baca sekarang. Ia diperkukuh dengan kenyataan Trump sendiri bahawa dengan menangis ia berjaya memujuk ibunya untuk menyusukannya yang sedang lapar. Yang pasti bukan Trump sahaja yang berjaya melakukannya malah kita juga. Lazimnya untuk mendapatkan sesuatu. kita perlu memujuk lebih dari sekadar meminta. Kalau setakat meminta, permintaan akan tetap tinggal permintaan. Adakalanya kuasa memujuk pun belum cukup untuk mengkotakan apa yang kita minta. Memujuk perlu ditukar kepada membujuk. Impak bujuk lebih kuat daripada pujuk. Seorang budak kecil ini menewaskan saya dengan pujukannya untuk kesekian kalinya. Hafiz tidak pernah gagal untuk mendapatkan permainan yang dimintanya daripada saya. Saya melihat kemahirannya memujuk dan membujuk saya. Dia tahu kelemahan saya lalu menundukkan sa

Doa

U stazah ini didengar lagi menyampaikan tazkirah lewat corong radio sejurus sebelum solat Zohor. Beliau berbicara tentang doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau menjelaskan lapan sebab berdasarkan kisah dari Saidina Ali. Direkodkan bahawa pada suatu hari Sayidina Ali berkhutbah di hadapan kaum Muslimin. Ketika beliau hendak mengakhiri khutbahnya, tiba-tiba berdirilah seseorang ditengah-tengah jamaah sambil berkata," Ya Amirul Mu'minin, mengapa do'a kami tidak diperkenankan (Allah)? Padahal Allah berfirman di dalam Al Qur'an, "Ud'uuni astajiblakum" (berdo'alah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan kepadamu) . Sayidina Ali menjawab, "Sesungguhnya hatimu telah berkhianat kepada Allah dengan lapan perkara, iaitu : 1. Engkau beriman kepada Allah, mengetahui Allah, tetapi tidak melaksanakan kewajibanmu kepada-Nya. Maka, tidak ada mamfaatnya keimananmu itu. 2. Engkau mengatakan beriman kepada Rasul-Nya, tetapi engkau

Aib

D alam mesyuarat hari ini saya melihat satu bentuk tindakan yang tidak sewajarnya berlaku. Di hadapan ratusan yang hadir, seorang yang memimpin mesyuarat mengaibkan seorang yang tidak hadir. Apa pun kesalahan yang dilakukan, ia tidak memberi kita tiket untuk menelanjangkan kesalahannya pada orang lain atas apa sebab pun. Aib tetap aib dan perlu disimpan baik-baik. Siapa pun kita dan apa pun kuasa yang kita miliki, aib orang lain memang tidak sangat wajar dicanangkan. Islam melarang keras kita menceritakan aib orang lain, malahan kita juga dilarang menceritakan aib diri sendiri. Berita gembira bagi orang yang menutup aib orang lain disampaikan oleh Nabi S.A.W. menerusi mafhum sabda baginda “ Seorang hamba yang menutup aib orang lain di dunia, Kelak Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat ”. (Riwayat Muslim) Betapa Rasulullah sangat-sangat menjaga aib sahabat-sahabatnya digambarkan dalam kisah ini. Seorang sahabat telah menjemput baginda dan sahabat-sahabat yang lain untuk me

Hebatkah?

S aya tertarik dengan bicara seorang Ustaz lewat corong radio pagi ini. Kata Ustaz tersebut kita sebagai manusia tidaklah hebat pun berbanding haiwan. Menurutnya, jika manusia kata, “Kami hebat kerana setiap kali kami bangun pagi, kami basuh muka,” kucing pun basuh muka setiap kali bangun tidur. Ada binatang yang apabila bangun pagi, ia akan ludah pada tangannya dan cuci muka. Ada juga binatang yang selepas makan, ia pandai untuk cuci tangannya. Jadi, membasuh muka bukan faktor kelebihan manusia berbanding binatang. Jika manusia kata, “Kami mulia kerana kami sentiasa mandi,” binatang pun mandi. Ada burung yang mandi di sawah. Jadi, mandi bukan faktor kemuliaan manusia berbanding binatang. Jika manusia kata, “Kami mulia kerana kami boleh mencari rezeki sendiri,” binatang pun pandai mencari rezeki sendiri. Bahkan mafhum hadis menyatakan, “Jika kamu ada sifat tawakal kepada Allah sepertimana sifat tawakal seekor burung yang keluar dengan perut yang kosong dan balik dal

Kasut

M alam ini berkesempatan bersantai depan tv dan sekaligus menonton sebuah kesah yang dikira menarik lewat sajian TV3. Tajuk ceritanya cukup mudah namun ceritanya meruntun rasa. Temanya mungkin sudah ragat sangat dihidangkan kepada penonton. Kisah anak-anak yang jadi yatim piatu kerana kematian ibu bapa kemudian di bela nenek. Sudah sangat biasa cerita bertema begini. Cuma pendekatannya sahaja yang sedikit berbeza. Menggunakan tajuk "kasut" sebagai intipati cerita, mungkin untuk memancing penonton. Saya lihat ia berjaya di situ. Selebihnya drama ini masih lagi berada di tahap yang memualkan. Tanpa menunggu hingga tamat pun penghujung cerita sudah boleh diduga. Drama Melayu sukar sangat nampaknya hendak lari dari unsur klise. Awal-awal lagi penonton sudah disuap dan disuap dengan lauk yang serupa. Sepasang suami isteri bergurau senda dalam kereta, suami hilang tumpuan dan.......mati dalam kemalangan. Sudah biasa sangat. Nenek yang hidup susah melarat meminjam wang

Dagang

H afiz hairan bila melihat seorang lelaki yang lalu di depannya dalam sebuah pasaraya dengan berjubah dan berserban. Di sampingnya pula seorang wanita (isteri pastinya) juga berjubah hitam dan bertudung litup dan cuma menampakkan mata sahaja.Dua orang kanak-kanak lelaki yang mengekorinya juga berpakaian seperti bapanya. Hafiz yang berusia sembilan tahun belum cukup berilmu untuk memahami apa yang dilihatnya. Apa yang dilihatnya tentunya sangat asing justeru apa yang dia selalu lihat bukan begitu. Inilah realitinya. Seseorang yang benar-benar berpegang  dengan ajaran Islam dilihat pelik dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.Mereka yang menutup aurat dilihat kolot dan tidak moden berbanding dengan mereka yang berpakaian yang menjolok mata. Justeru itu Rasulullah pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Ora

Hujan

H ujan yang tidak henti-henti sejak awal pagi mengingatkan saya ketika membesar di kampung dulu. Ada cerita menarik yang tidak mudah untuk dilupakan. Seronoknya setiap kali hujan turun waktu itu. Lagi lebat lagi bertambah seronoknya. Mana tidaknya kerana bermain bola dalam hujan memang amat menyeronokkan. Ketika usia 9 tahun apa lagi lah yang difikirkan kecuali bermain. Bila cuti sekolah buku tidak disentuh langsung. Sehari suntuk bermain. Penat bermain bola, main "jebat". Kadang-kadang main sorok-sorok. Kalau tidak dijerit, makan pun sampai tak kisah sangat. Bermain dan bermain. Namun pengalaman tinggal sehari dua dengan Mak Itam cukup "menakutkan". Semua tahu Mak Itam memang bengkeng. Kalau sudah berleter dan marah, saya dan abang saya pasti kecut perut. Itu belum lagi dengan cubitannya diperut. Bukan kepalang bisanya. Satu petang itu kami sengaja nak tunjuk degil. Main bola bagai tak nampak hujan. Mak Itam sudah menjerit bagaikan halalintar kuatnya. Kami bu

Hak

K ita selalu menyalahkan anak kita kalau dia degil dan tidak mengikut kata. Kadang-kadang bukan sahaja anak yang kita marahi malah sesekali rotan singgah di batang tubuh. Jarang sekali kita ingin menyalahkan diri sendiri di atas kelakuan anak kita yang sukar diurus itu. Sebenarnya kita sebagai bapa juga wajar disalahkan. Saya didengarkan kisah ini melalui radio pagi ini. Ia tentang Saidina Umar yang didatangi  seorang lelaki mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang di-katakan derhaka itu. Khalifah mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya. Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia. "Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setel