Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Bangsa

S atu Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Begitu bunyi gagasan yang dilontarkan oleh Najib sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri dan hampir setiap hari malah selang beberapa jam dikumandangkan lewat corong radio bersekali dengan lagu "Saya Anak Malaysia" milik dR Sam. Ia menggamit minda saya untuk mengulasnya sebaris dua. Gagasan tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara… Beliau menjelaskan Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang penting kata Najib, kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha yang beliau sifatkan sebagai satu transformasi besar. Diharap gagasan Satu Malaysia ini difahami dengan jelas dan diterjemahkan secara tuntas dalam bentuk tindakan dan tidak tinggal sekadar slogan kos

Kembali

Pak Itam (Aziz) selamat disemadikan di tanah pusara Kg Bukit Lintang jam 1130 pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disisi isteri tersayang (Mak Itam) sekitar jam 530 petang Sabtu setelah terlantar lebih kurang sebulan di hospital. Sepanjang berada di Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu saya, isteri dan Haziq sempat menziarahi beliau. Di kala usia 61 tahun beliau meninggalkan empat anak lelaki buat selama-lamanya.Haziq yang pernah di asuh oleh Pak Itam dan Mak Itam di usia membesarnya 1 hingga 3 tahun tidak dapat menyembunyikan rasa sedih yang teramat di atas pemergian ini. Haziq tidak dapat melupakan gurauan Allahyarham supaya memanggilnya Abang Tam dan bukan Pak Itam supaya tidak dilihat begitu tua. Begitulah ketentuan Ilahi. Yang tinggal kini cuma kenangan yang tidak mungkin terpadam buat selama-lamanya. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang dirahmati dan dikasihi Pencipta. AlFatihah. Pena Tumpul - Sedih

Brek

Ada seorang warga emas menaiki bas untuk pulang ke rumahnya setelah seharian bersiar-siar dan membeli belah di bandar. Jarak diantara rumahnya dengan terminal bas dianggarkan sekitar 45 minit. Setelah 10 minit berlalu, pakcik tersebut menekan loceng dan seperti biasa bas pun berhenti.. apabila melihat tiada penumpang yang turun maka pemandu pun meneruskan perjalanan. Pak cik tersebut menekan loceng bas berulang kali menyebabkan bas berhenti banyak kali tetapi tiada penumpang yang turun. Kejadian tersebut menimbulkan kemarahan pemandu bas..lantas pemandu tersebut memberhentikan bas dan bertanya dengan nada yang marah.. Siapa yang suka-suka tekan loceng bas ini..hah!!! Apabila mendengar pertanyaan pemandu tadi..pakcik tersebut pun bangun dan mengangkat tangan menandakan dia yang melakukan perkara tersebut.. Pemandu : Kenapa pakcik menekan loceng..bila bas berhenti Kenapa pakcik tak turun?? Pakcik : Saya menekan loceng bukan nak turun tapi saya nak memastikan brek bas terletak di mana, se

TV

I read with great interest the challenge come from FOMCA urging Malaysian to turn off TV for a week. Sounds funny. I believe that not many of us are willing enough to let go their habit of watching tv. Even if someone offered us a million dollars to give up television for the rest of our life, would we do so? I doubt we would. A survey asked men what they wanted most. The majority said that they desired peace and happiness. But this came second on their wish list. What they wanted first in life was a big-screen television! Television is immensely popular throughout the world. Love it or hate it, television plays a major role in people’s lives. I myself realized so much time that I have devote to television. It is indeed astonishing. A global study showed that, on average, people watch TV for just over three hours each day. North Americans watch four and a half hours daily, while the Japanese top the list at five hours per day. Those hours add up. If we watch four hours daily, by age

Ilmu

M ampukah kita melarik minda kelas pertama di kalangan warga bangsa di tengah-tengah keruntuhan budaya ilmu? Adakah industri perbukuan negara mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan sebagai pemangkin kepada penjanaan warga berilmu? Apakah indikator kepada pembiakan budaya ilmu di dalam negara? Persoalan ini sebenarnya menjadi intipati kepada wacana ilmu lewat saluran TV1 malam tadi. Diskusi yang tentunya mengambil kira pesta buku antarabangsa yang sedang berlangsung sekarang. Dengan bertambahnya jumlah pengunjung hampir setiap tahun seolah-olah menggambarkan bahawa masyarakat negara semakin menggemari buku. Namun realitinya tidak begitu. Seperti kata Nisah Harun, berkunjung ke pesta buku seterusnya membeli buku tidak mencerminkan bahawa rakyat negara ini kemaruk untuk membaca buku. Justeru ada yang sekadar membeli buku tidak lebih hanya untuk hiasan semata-mata. Keadaan ini memang berlaku. Sayed Munawar pula secara berseloroh mengatakan bahawa pesta buku saban tahun

Kenikmatan

C akap-cakap tentang buat duit dengan menulis Dr Jeniri Amir masih lagi berbekas lebih-lebih lagi bila beliau berkata ada tujuh keseronokan dan kenikmatan dalam menulis. Sesuatu yang pasti ialah menulis menuntut pencarian maklumat-maklumat baru bagi memberi kekuatan dalam bahan yang ingin ditulis. Seperti kata Dr Jeniri, proses menggali maklumat amat menyeronokkan malah mungkin lebih dari nikmat seorang penggali emas! Menulis juga membawa penulis menjelajah satu dunia yang amat menyeronokkan malah mengasyikkan sehingga tanpa sedar belasan jam telah dipenuhi dengan menulis. "Saya pernah menulis 16 jam tanpa henti dan berjaya menghasilkan 86 halaman" Mengkagumkan. Macam sukar untuk dipercayai namun menurut Jeniri, konsistensi dalam menulis akan menjadikan segalanya mudah lambat launnya. Keseronokan tidak berhenti disitu kerana ibarat seorang ibu yang menatap bayinya yang baru lahir begitulah juga perasaan girang penulis melihat hasil canaian mindanya diterjemahkan dalam bentuk

Menulis

J adilah pembaca yang rakus dan anda akan menjadi penulis yang hebat. Begitu kata-kata Jeniri Amir sebagai penyuntik semangat kepada mereka yang berkobar-kobar sangat ingin jadi penulis. Penulis prolifik dari Sarawak ini berkongsi pengalaman peribadinya sebagai penulis yang buat duit dalam siri syarahan intelektual II yang berlangsung di UiTM pagi ini.Menurutnya, dalam masa dua puluh tahun, beliau telah menulis hampir seratus judul buku dan beratus-ratus rencana untuk akhbar dan majalah sehingga dianugerahkan dalam kategori penulis Malaysia paling prolifik melalui Anugerah Buku Malaysia 2005, selain mendapat hadiah dalam Anugerah Buku Unimas 2007. Satu pencapaian yang amat mengkagumkan. Katanya beliau memang rajin menulis dan mendapat banyak wang dengan menulis malah ‘gila’ membeli buku. Dalam apa juga profesion dan kerjaya, disiplin adalah perkara utama. Demikian juga dengan penulisan kita mesti mendisiplinkan diri dengan pelbagai perkara daripada mengaturkan masa hinggalah memaksa d

Kasihan

B erita seorang pensyarah IPTA yang dipaksa meletakkan jawatan kerana menggagalkan sebahagian besar pelajarnya begitu menarik perhatian. Ia ekoran keengganan pensyarah terbabit memberikan "markah kasihan" kepada pelajar-pelajar tersebut. Saya sering memberitahu pelajar bahawa untuk lulus malah cemerlang di universiti amat mudah dicapai. Sebabnya amat mudah - soalan yang diutarakan dalam kertas peperiksaan secara umumnya disediakan oleh pensyarah yang juga terlibat secara langsung dalam menyampaikan bahan kuliah dan sekali gus memeriksa kertas yang akhirnya bertanggungjawab juga memberikan markah dan gred yang sepatutnya. Ini tentunya berbeza apabila mereka berdepan dengan peperiksaan awam di sekolah seperti SPM yang melibatkan tiga individu yang berbeza; penyampai, penggubal dan pemeriksa. Namun tidak ramai pelajar yang mengambil kesempatan ini. Cuti selama seminggu "cuti mengulangkaji" dibiarkan berlalu begitu sahaja. Saya hampa tanpa dikunjung oleh seorang pelaj

Kereta

I steri begitu teruja dengan MPV keluaran Proton, Exora yang dilancarkan malam tadi.Seperti biasa mencadangkan supaya memiliki kereta baru ini.Saya tidak fikir itu satu cadangan yang baik justeru kami baru saja menukar kereta baru kira-kira empat bulan lepas. Apabila saya mendapat lesen memandu, Honda Civic tahun 1974 berwarna merah adalah kereta pertama saya. Setelah beberapa tahun, saya bertukar ke kereta Toyota KE70 namun hanya bertahan selama 2 tahun sebelum saya beralih ke kereta Proton Saga. Ketiga-tiga kereta tersebut adalah kereta terpakai yang mampu saya miliki ketika mula-mula bekerja. Setelah beristeri, hasrat untuk memakai kereta baru tercapai dan Proton Saga Iswara Sedan berwarna putih bernombor pendaftaran CAP8931 merupakan kereta yang saya ingat paling lama saya pakai sebelum bertukar untuk kereta yang kelima, Wira Aerobacak JFU2708. Amalan menukar kereta semacam tidak boleh dibendung lagi. Kereta berganti kereta sehinggalah saya menyedari bahawa saya telah bertukar-tuka

Kulai

K ulai adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 30 km dari Johor Bahru. Menurut cerita, Kulai pada awalnya lebih dikenali sebagai Gui Lai bermaksud kedatangan kura-kura. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak kepekan.Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya sebagai Gui Lai atau pun Kulai dan panggilan itu kekal sehingga kini. Kewujudan Kulai tidak dirasakan sehinggalah berlakunya kebakaran besar sekitar tahun 80an yang memusnahkan ratusan buah bangunan. Pembinaan lebuh raya Utara Selatan meminggirkan pekan koboi ini buat seketika. Pagi ini saya berkunjung ke Kulai atas permintaan isteri yang dikehendaki menghadiri mesyuarat di salah sebuah sekolah di bandar yang amat asing baginya. Saya faham beliau akan berdepan dengan masalah sekiranya dibiarkan keseor

Palsu

Palsu terserlah dalam pelbagai bentuk dan tujuan. Cinta palsu bukan cinta sejati. Memiliki wang palsu adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang. Gigi palsu penting untuk memberi keyakinan kepada mereka yang telah hilang gigi asal untuk senyum di depan ramai. Begitu juga kaki palsu dan tangan palsu yang memiliki peranannya yang tersendiri.Panggilan palsu juga semakin berleluasa sekarang ini selari dengan perkembangan canggih dalam teknologi komunikasi.Tidak kurang juga yang memalsukan tandantangan untuk kepentingan sendiri dan bahana kepada yang lain. Tandatangan saya pernah dipalsukan dan berakhir dengan beban ribuan ringgit pinjaman bank yang perlu saya lunaskan. Begitu juga PhD palsu, doktor palsu, Datuk palsu yang entah dari mana diperolehinya. Ada juga yang memalsukan identiti untuk mengelakkan diri dari dikenali. Pengarah menyentuh tentang dokumen palsu dalam mesyuarat akademik petang ini. Antara lain beliau mendedahkan perbuatan segelintir di kalangan kakitangan yang men

Read

“ I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn’t mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit any porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? Yaeh and I awlyas thought slpeling was ipmorantt” This is actually sent to me via email. I however still believe that spelling is most important in a word. But it is interesting though. A few conclusion I can draw from this experiment are - * I believe only English will have this effect since English words are usually very specific. If a Bahasa Malaysia word “Memahami” is changed, I doubt we will be able to read it - Mmamhaei * Maybe it is imprinted in our way of thinking that what matter are only the beginning and the end. That is why when w

Existence

T here was one Muslim guy named Adam. One day he went to a barber to get his hair trimmed. The barber loved to chat with his client on all topics until suddenly he talked about God. Barber : I don’t really believe there is a God. Just look at all the suffering around the world. There are wars everywhere and people are dying. Adam even though feel like he should answer that, remain calm and in silence. There’s no point arguing about it just yet when he’s holding a knife hehe. When the barber finished his work on Adam, Adam paid him and walk out the shop. Not long after that, he came back rushingly. Adam : Oh my God, there seem to be no barber at all in the world. Barber : (looking rather confused) Hey, didn’t I just cut your hair? Im a barber. Standing right in front of you. Adam : Really? How come? Since there are so many people out there with long hair and untrimmed beards. Barber : That’s because they didn’t come to my shop to cut. If all of them do that, all will be nicely cut. (He

A

P eperiksaan semakin hampir di gerbang. Pelajar kelihatannya begitu bersungguh-sungguh menyiapkan diri agar setiap soalan yang diutarakan dalam peperiksaan dapat ditangani tanpa masalah. Hari ini saya memberi peluang kepada pelajar saya meluahkan hasrat mereka dan meletakkan sasaran terhadap kursus "Organizational Behaviour". Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini. Saya minta mereka menyenaraikan beberapa sebab yang menyokong sasaran begitu. Dalam lain perkataan, kenapa mereka layak untuk dianugerahkan gred yang telah mereka sasarkan itu.Pelbagai alasan mereka kemukakan, ada yang menarik dan tidak kurang juga menyentuh perasaan dan sedikit melucukan. Seperti yang telah saya duga dari awal, semua pelajar mendambakan A. Ada yang memerlukan A untuk menggembirakan emak ayah di kampung. Tidak kurang juga kerana ingin dicalonkan sebagai penerima Anugerah Dekan. Macam-macam ada. Saya katakan kepada mereka bahawa saya boleh bagi A kepada semuanya kalau saya mahu tanpa mengambil

Kabinet

K abinet Najib yang baru mengambil alih tampuk pemerintahan negara menyaksikan beberapa nama besar digugurkan. Tindakan Najib tidak mengekalkan Azlina Othman tidak mengejutkan kerana beberapa faktor kebelakangan ini yang dilihat tidak menyebelahi beliau seperti gejala rasuah yang dikaitkan dengan beliau selain faktor tidak terpilih untuk menganggotai MT UMNO dalam pemilihan baru lalu. Syed Hamid Albar tidak lagi berada dalam kabinet kali ini dan ini mungkin ada kaitannya dengan masalah keselamatan dalam negeri sebelum ini yang gagal ditanganinya dengan berkesan, namun faktor untuk merehatkannya yang telah agak lama berada dalam kabinet boleh juga menjadi sebab. Pengguguran Muhamad Md Taib juga sudah dijangka justeru kemasukannya dalam kabinet Pak Lah sebelum ini pun tidak lebih hanya kerana menghargai kesetiaannya kepada parti. Beberapa nama baru yang memang telah dijangka akan membarisi kabinet sulung Perdana Menteri keenam ini turut tersenarai, antaranya Mukhriz Mahathir, Razali I

Fever

W ith exam week just around the corner, I could easily notice that students are getting stress. Some are worried about piles of assignments yet to be submitted, series of tests to be encountered and of course notes to be revised and absorbed. Poor kids. What to do,as exam has been one of the effective means adopted to asses students' performance. I just can share with them some useful tips on how to cope with the exams stress. I remind them to believe in themselves. They wouldn’t have been given a place on the course if they didn’t have the ability to do it. Therefore, if they prepare for the exams properly they should do fine, meaning that there is no need to worry excessively. They seem agree. Secondly, don’t try to be perfect. Yes, It’s great to succeed and reach for the stars. But keep things in balance is much better. If you think that “anything less than A+ means you've failed” then you are creating mountains of unnecessary stress for yourself. Aim to do your best but re

Kaya

S ewaktu Mantoba dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?". Mantoba menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh Mantoba, "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati Mantoba berkata, "Hai, siapalah orang tua ni orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Mantoba tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?" Mantoba pun menjawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pu

Umrah

E mak bersungguh-sungguh benar dengan hajatnya untuk menunaikan umrah hujung Mei ini. Apabila emak menyuarakan hasratnya itu di depan saya, isteri dan Kak Long baru-baru ini kami tidak membantah malah amat gembira dengan niat emak. Kata emak, wang simpanan yang ada cukup untuk menampung sekurang-kurangnya kos penerbangan dan selebihnya emak mengharapkan ihsan kami adik beradik untuk mengongkosinya. Saya dan Kak Long tiada masalah kerana niat emak memang baik. Emak pernah mengerjakan fardu Haji kira-kira empat yang lalu.Pagi ini emak mengingatkan saya supaya tidak lupa janji kami untuk menemaninya ke Jabatan Imigresyen pada sebelah petangnya atas urusan paspot. Emak sempat sekali lagi menyarankan saya dan isteri supaya sentiasa menanam niat untuk menunaikan rukun Islam kelima ini atau setidak-tidaknya dimulakan dengan Umrah. Saya menyahut baik saranan emak, cuma belum bersedia sahaja lagi. Dengan izinNya sampai masa nanti akan ke sana juga nanti. Pena Tumpul - Teringat ayah yang tidak

Procrastinate

I ’d better start working on my thesis now. It has been long overdue. I met Dr Azmi (my supervisor) this morning and had reminded me to speed up on my paper.Yes, I admit that I have been delaying in writing my paper. Wait, what is that? Oh I still have plenty of time ahead! Well, it wouldn’t hurt for me to spend a couple of hours watching P.Ramlee's movie on TV, then start on the paper. All that reading has made me tired, I think I should have a nap so I can be refreshed when I start on the paper. Whew! That was one good nap, I think I need a cup of coffee now to revive my brain. I think I should make a trip to the supermarket to pick up some goodies then I can start working on my paper in peace. Sounds familiar? We all find ourselves being victims of procrastination – some more often than others – but it is becoming increasingly common to delay the undesired work in this electronic era. Almost everyone procrastinates. It is just so easy to push forward something boring or difficu

Kuasa

K hutbah Jumaat hari ini amat menarik perhatian saya. Ia berkisar tentang kepimpinan dan kuasa yang saya kira bertepatan sekali dengan peralihan pucuk kepimpinan negara dari Pak lah kepada penggantinya, Datuk Najib. Satu peralihan kuasa yang amat licin dan paling aman serta tanpa telingkah. Ia lancar kerana tidak ada pihak yang tamak dan mabuk kuasa. Ia juga mudah kerana adanya kesanggupan untuk menerima kenyataan bahawa isyarat dari rakyat perlu difahami dan dihormati. Juga kesediaan untuk menerima kenyataan bahawa bila sudah sampai masanya kerusi empuk pemimpin perlu diserahkan kepada orang lain pula dan tidak terlalu memikirkan bahawa tiada orang lain yang lebih layak selain diri sendiri. Sindrom tidak mahu melepaskan kuasa ini memang kerap berlaku di mana-mana pun sehingga menyekat peluang orang lain untuk menunjukkan kebolehan mereka. Kedegilan untuk turun berakhir dengan perbalahan yang tidak berkesudahan.Seperti yang disampaikan dalam khutbah tadi, antara faktor utama kekacauan

Gossip

You hear a juicy tidbit from a friend, who heard it from another friend, who heard it from a person in the common room, who read it on a note passed in class, which was written by somebody who probably just made it up.Chances are, rumors and gossip are always floating around your workplace or community. That’s totally normal. After all,everyone gossips…even parents, celebrities, and politicians. It is part of how we communicate and stay connected with other people’s lives. Sometimes, this is harmless, but at other times it can be very hurtful to individuals, friendships, and whole groups of people. To me, rumor or gossip is harmless when it glorifies or exaggerates something good a person might have done. A rumor becomes ugly, on the other hand, when it hurts feelings or tarnishes the image of the person the rumor is about. When someone is spreading rumors about me, I try to find out who started them, and why. If it’s a really outlandish rumor, I usually don’t care, because not too man