Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Rezeki

S aya ke kedai alat tulis lewat petang ini. Sedang asyik mencari kertas, saya tercicir kunci kereta. Saya mula mencari-cari kunci tersebut. Badan saya sudah mula berpeluh. Kedai tersebut pula sudah mahu tutup. Dalam tekanan yang amat itu saya bernazar untuk memberikan RM10 kepada anak yatim seandainya saya menjumpai kunci tersebut. Alhamdulillah dengan pertolongan tuan punya kedai, saya akhirnya berjaya menjumpai kunci kereta kembali. Dalam perjalanan balik ke rumah, kepala saya ligat berfikir. Dari mana saya mahu mencari anak yatim? Saya takut akan terlupa dengan janji saya pada Allah. Saya singgah di bank. Bagai sudah dijanji sedang menanti seorang budak lelaki. Dia kata dia anak yatim dan ditugaskan untuk memungut derma bagi pihak sekolahnya. Saya beri RM10 khas untuknya dan juga beberapa ringgit lagi untuk kutipan dermanya itu. Saya belajar tentang rezeki lagi hari ini. Allah menjamin rezeki hambaNya. Allah menjamin rezeki anak kecil itu. Hebat perancangan Allah.

Pengkhianatan

S ayu sangat saat melihat gambar ini. Seorang anak Palestin sedang membersihkan kesan-kesan pembunuhan ahli keluarganya. Namun wajahnya memaparkan ketabahan yang luar biasa. Palestin dizalimi Israel dan juga sebenarnya dikhianati oleh mereka yang satu aqidah dengannya. Pengkhianatan pertama adalah pengiktirafan negara Israel oleh Turki yang saat itu dipimpin oleh kuasa-kuasa sekularisme. Negara Turki adalah negara Islam pertama yang mengiktiraf Israel. Kemudiannya adalah Iran yang saat itu memusuhi Mesir dan menjalin hubungan dengan Israel. Dan kemudiannya pengkhianatan Mesir sendiri sehinggalah terjatuhnya kerajaan Hosni Mubarak. Rakyat Palestin tidak akan pernah menagih simpati kita. Mereka juga tidak pernah mengharapkan duit-duit kita. Namun kitalah yang berhutang dengan mereka. Kita menyerahkan tanggungjawab membebaskan AlQuds yang sewajarnya menjadi tanggungjawab kita sepenuhnya kepada mereka. Kitalah yang berhutang dengan mereka. Mudah-mudahan sumbangan kita mam

Ubat

S aya menemui fakta menarik tentang kolestrol. Ia sangat berguna untuk diketahui umum. HMG CoA Reductase adalah enzim yang digunakan dalam penghasilan kolestrol di dalam tubuh manusia. Ubat kolestrol (Statin) yang sedang saya ambil dan orang lain juga yang menghadapi masalah kolestrol rupa-rupanya  digunakan untuk merencat aktiviti enzim ini. Ubat ini menjadi azimat yang tidak terkira dalam bidang perubatan. Sebiji ubat ini khabarnya berharga kira-kira RM5.60 Lebih menarik lagi tentang ubat ini ialah, khabarnya juga terdapat syarikat-syarikat besar di dunia ini yang menggunakan ubat ini untuk memperolehi pendapatan lumayan dan seterusnya keuntungan tersebut digunakan untuk melakukan pembantaian ke atas umat Islam di Iraq dan Palestin. Tanpa sedar pemakanan kita sehari-hari menjadi punca kepada penderitaan saudara seIslam kita. Salah satu rancangan Zionis adalah menyerang kita dari sudut makanan. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menjaga pemakanan mereka da

Laknatullah

Bayangkan kalau yang bergelimpang ini anak kita S aya tidak pernah mengekpresi rasa geram saya kepada Yahudi. Itu tidak bermakna saya tidak benci perbuatan Yahudi ini. Hati mana yang tidak tersentuh melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa mati di tangan kekejaman Yahudi. Rasa benci yang melampau kian bertambah bila membayangkan anak-anak itu adalah anak-anak kita sendiri. Saya ingin berkongsi sesuatu tentang Yahudi ini. Ingin tahu apa yang diperkatakan oleh Yahudi Laknatullah itu dalam petikan Talmud? Talmud adalah kitab Taurat yang telah diubah. Israel bertanya kepada Tuhannya : Mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanmu (Yahudi)? Ingin tahu apa kononnya jawapan yang diberikan oleh Tuhan dalam kitab Taurat yang telah diubah itu? Kononnya Tuhan menjawab : Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yang dibangunkan. Khabarnya, doktrin ini disuntik dalam benak setiap Yahud

Sebenar

Kata Selalu kita dengar orang berkata  peribadi sebenar seseorang ialah bagaimana tingkahlakunya bila sendirian, ketika tiada sesiapa pun yang melihatnya. Baik di depan belum tentu baik juga di belakang. Jujur ketika dihurung ramai orang belum tentu jujurnya kalau bersendirian. Tutur kata yang lembut gigi dari lidah lagi bersantun bersama orang, belum tentu juga begitunya bila seorang diri. Klip video di atas menerangkan segalanya. Berhati-hatilah kalau mahu melepaskan gas pemual hidung. Seumur hidup menanggung malu! Pena Tumpul - Tuhan Maha Melihat

Perang

"Anak awak dapat berapa A?" Lazimnya, pertanyaan beginilah yang akan terpacul dari mulut kita setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Bermula dengan UPSR, kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Kalau UPSR pastinya yang dapat 5A akan dijulang bangga. Bukan anak sahaja yang girang bukan kepalang tetapi ayah dan ibu sama menumpang riang. Satu kampung kalau boleh mahu dicanang. Kalau PMR, lebih pula bilangan A yang dipertaruhkan dan didambakan. Paling maksimum dapat 8A. Sedikit lebih meriah berbanding UPSR. Namun keputusan SPM lebih dinanti-nantikan lagi kerana lebih banyaknya jumlah A yang bakal dinobatkan. Beginilah senario pendidikan kita sekarang. Pendidikan dilihat bagaikan persaingan memburu jumlah A. Pertarungan untuk mencari yang kalah dan yang menang. Mereka yang lemah akan tersingkir dan dipinggirkan manakala yang menang akan dijulang bagai juara. Adakalanya bukan anak-anak yang menduduki peperiksaan itu yang dilanda bimbang tetapi ibubapalah yang lebih-lebih l

Tanah

H ari ini saya didatangi oleh seorang yang sangat-sangat memerlukan tanah. Dia pernah datang empat bulan dulu tetapi hilang tanpa sebarang kata putus Dia mungkin tidak sangat bersetuju dengan harga yang saya cadangkan. Saya pula tidak terdesak lantas tidak cepat bersetuju dengan cadangan harganya yang saya kira tidak munasabah. Tiba-tiba tanah menjadi komoditi yang sangat penting dan dihambat orang. Memang tanah menjadi buruan pun lebih-lebih lagi dalam keadaan tanah yang sangat-sangat terhad sekarang. Ada yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan tanah. Keperluan terhadap tanah adalah pelbagai. Ada yang cuma memerlukan sebidang tanah seluas tapak rumah, selain dari yang memerlukan berekar-ekar tanah untuk tujuan pertanian misalnya. Tidak dinafikan bahawa tanah sangat terhad ketika permintaannya pula sentiasa meningkat. Sebab itu, orang tua selalu berpesan tanah yang ada janganlah dijual. Sekali dijual bukanlah mudah untuk mendapatkannya semula. Tanah walaupun sek

Baling

S aya melihat seorang budak lelaki ini membaling batu ke arah beberapa kumpulan lelaki. Dia mulakan dengan membaling sekelompok lelaki yang sedang leka bermain gitar sambil menyanyi. Dia di kejar namun masih sempat membaling batu lagi ke arah beberapa orang lelaki yang sedang sembang-sembang di kedai kopi. Dia terus dikejar oleh dua kumpulan tadi sambil terus membaling ke arah sekumpulan lelaki lain. Dia terus dikejar dan dikejar. Dia berlari sepantasnya dan lariannya tamat di ruang solat sebuah masjid. Beberapa orang jemaah masjid terpinga-pinga menyaksikan apa yang berlaku. Lelaki-lelaki yang mengejar juga berhenti tanpa bertindak apa-apa pun pada budak lelaki yang sudah berada di depan mata. Budak lelaki itu memang bijak. Dia tahu di masjid, dia selamat. Lelaki-lelaki yang sedar dirinya Islam tidak akan buat sesuatu yang boleh mencemarkan kekudusan Rumah Allah. Namun, bukan tujuan untuk menyelamatkan dirinya dari lelaki-lelaki itu yang membuat budak lelaki ini memilih masjid. Bu

Tempias

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka". (Surah AlKahfi: 18) Pernah baca Surah Kahfi? Banyak sangat kisah yang ada dalam itu. Semuanya adalah kisah yang amat berat. Antaranya berkenaan perihal dakwah, perjuangan menyelematkan iman, kisah roh, kisah seorang pemimpin dunia yang hebat dan banyak lagi. Pernahkah kita terfikir, kenapa dalam kisah-kisah yang begitu berat itu, tiba-tiba Allah menyebutkan perihal anjing di dalam ayat yang ke 18? Apa yang ada pada anjing itu sampai Allah rakamkan dalam Quran? Boleh sahaja Allah tidurkan pemuda-pemuda itu, biarkan sahaja anjing itu mati jadi tengkorak dan tidak perlu pun  dirakamkan di didalam AlQ

Branula

S aya jumpa doktor beberapa hari yang lalu. Seorang doktor yang saya kira sangat muda. Ujian darah yang saya lakukan mendapati tahap kolestrol saya agak tinggi. Doktor muda ini mencadangkan saya supaya mula mengambil ubat. Ketika saya sangat risau dan bimbang dengan status kesihatan saya, doktor muda ini memberitahu saya ia cuma perkara biasa. Katanya, ramai lagi seperti saya malah lebih tinggi lagi tahap kolestrolnya.Saya akur dengan cadangannya dan bermulalah hari saya dan seterusnya bersama pil-pil. Apa pun , kata-katanya itu melegakan hati saya. Kalaulah tujuannya untuk melegakan hati pesakit saya percaya memang itulah yang dilakukan oleh doktor pun. Namun saya berfikir dan melihat sebaliknya. Adakah mereka yang berada dalam bidang perubatan ini mungkin sahaja sudah kehilangan sensitiviti ? Soalan demi soalan menerjah kepala saya.Masih sangat pedulikah mereka dengan setiap titik darah yang menitis dari badan pesakit? Kisah sangatkah mereka kalau  brannula pesakit tercabut a

Hijrah

S atu Muharam menjengah lagi.Tahun Hijrah bertambah dan usia kita makin berkurang. Pena tidak mungkin mampu mengungkapkan segalanya. 1 Muharam, tarikh yang terlalu bermakna dalam rentetan sirah, tarikh yang terlalu bermakna dalam kehidupan sahabat, tarikh yang menentukan perjalanan sirah yang seterusnya.. Mengapa kita perlu berhijrah? Bertanya mengapa kita perlu berhijrah samalah seperti bertanya mengapa kita perlu berubah? Kita berubah ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk. Cerdik pandai ada mengungkapkan, "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam" Hijrah bermula dengan diri sendiri. Kita tidak berubah kerana melihat orang lain berubah.Kita perlu berubah kerana memang kita memilih untuk berubah dan sekaligus mengawal perubahan itu. Kita tidak berubah kerana dipaksa. Jangan har

Pagar

S aya selalu melihat anak-anak sekolah adalah bagaikan padi yang perlukan perlindungan dari guru-gurunya. Dalam konteks ini saya melihat guru pula bagaikan pagar yang sewajarnya melindung padi-padi yang sedang menghijau ini daripada ancaman anasir-anasir yang tidak diperlukan. Ia adalah musuh-musuh yang bakal merosakkan padi-padi ini. Malangnya, adakalanya apa yang berlaku, bukannya musuh dari luar itu yang dikhuatiri dan ditakuti tetapi pagar itu sendiri petualangnya.Anak-anak sekolah yang tidak tahu apa-apa diheret perasaannya dan dimanipulasi semahunya!  Kata peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi. Malangnya nasib padi sekiranya pagar yang diharapkan dapat melindunginya dari sebarang angkara, sebaliknya pula menjadi ancaman yang tidak pernah terduga oleh padi-padi yang tidak punyai kekuatan apa-apa. Rumpun-rumpun padi yang menghijau meliuk-liuk ditiup angin saujana mata memandang begitu mengharapkan pagar yang mengelilinginya mampu membentenginya dari sebarang anca

Singkatnya

"Umur Atok Dolah dah 92, masih sihat dan masih boleh solat" S aya kagum dengan Atok Dolah kerana kuantiti umurnya dan lebih dari itu kualitinya juga. Secara logiknya, angka 92 itu memang dilihat sangat besar. Sesungguhnyalah, masih kekal hidup adalah nikmat yang luar biasa. Umur ialah modal untuk kita menyediakan bekalan menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi. Bagi yang taat, umur ialah peluang untuk terus menambah sebanyak-banyaknya kebaikan dan kebaktian. Bagi yang derhaka pula, umur adalah kesempatan untuk bertaubat dan membetulkan diri. Walaupun usia 92 itu sudah dikira sangat panjang dan tidak ramai yang sempat menggapainya, pun begitu tidak ada yang pernah mencecah 200 tahun. Seperti sabda Nabi Muhammad yang bermaksud, " Umur-umur umatku berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu"   ( Direkodkan oleh Tirmizi) Kalaupun berjaya mencecah 63, 92 hatta 200 tahun sekalipun, ia sebenarnya

Hakim

"Kau nampak tak apa yang aku nampak, itu suami Bojong kan, dengan perempuan mana pulak tu, skandal lah tu" S alah satu penyakit masyarakat kita yang agak popular ialah mudah bersangka yang bukan-bukan terhadap orang lain. Kalau bersangka baik tidaklah memudaratkan sangat, namun apa yang kerap berlaku ialah kecenderungan untuk bersangka yang tidak baik. Lanjutan daripada sangkaan yang tidak menentu hala itu ialah untuk membuat kesimpulan dan seterusnya menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman sendiri. Fenomena menjadi hakim tidak bertauliah  ini bukan lagi luar biasa di kalangan kita. Hakim jalanan yang menjatuhkan hukuman tanpa siasat dan usul periksa. Sekadar melihat seimbas mata dan mendengar berita yang dijaja sesuka rasa, keputusan dibuat sekelip mata. Ia bukan sahaja tidak adil kepada mereka yang menjadi mangsa tetapi lebih teruk lagi ia bakal menghirukpikukkan suasana yang ceria dan selesa. Bayangkanlah gegak gempita yang bakal berlaku andai mereka yang melihat apa ya

Integriti

S aya kira ramai yang pernah bercakap tentang integriti tetapi mungkin tidak sangat jelas tentang pengertiannya. Secara mudah, integriti menjurus kepada maksud kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. Ia juga boleh merujuk kepada kualiti untuk menjadi seorang yang jujur. Dalam konteks seorang pekerja,integriti bermaksud seseorang yang  boleh dipercayai, amanah, menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa, komited menjalankan tugas dan berpegang pada janji. Encik Muhammad Diah Wahari selalu Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diundang berbicara tentangnya pagi ini mencerahkan lagi pengertiannya. Katanya, integriti itu "bila cakap serupa bikin, yang dikata dikota, di depan dan di belakang orang cara kita tetap sama". Sangat jelas. Kalau kita tidak memenuhi ciri-ciri tadi, kita tidak ada integriti. Paling mudah lagi, kita boleh menilai integriti bila kita keseorangan. Kalau kita pijak semut pun tidak mati bila kita di depan orang, jangan di belakang orang kita samp

Syyyyyy

S eorang pekerja dilihat letih dan mengantuk di tempat kerja pagi itu lantas di sapa oleh rakan sekerjanya lantas dia menjawab, "Saya bangun tahajud malam tadi"  Dalam situasi yang lain pula seorang kelihatan bergegas keluar lalu ditanya ingin kemana dan pantas dia menjawab, "Saya dah lewat ni, nak solat Duha" Syyyy! Senyap-senyap dan  jangan diheboh-hebohkan apa yang kita buat lebih-lebih lagi dalam soal beribadah. Selain ditegah daripada bersifat riak atau menunjuk-nunjuk dan ujub atau kagum dengan diri sendiri kita juga ditegah bersifat sum’ah. Walaupun jarang orang bercakap mengenainya, realitinya penyakit jiwa ini tanpa kita sedari memang berlaku dalam soal beribadat. Ustaz Zul Ramly yang disaksikan kupasannya lewat program JOM atau Jalan Orang Mukmin di TV Hijrah memberikan contoh menarik perlakuan sum'ah ini. iaitu perbuatan seseorang yang menceritakan amalan-amalannya agar didengar oleh orang lain lalu mereka memujinya. Contohnya, orang yang men

Prasangka

S aya mahu menguji tahap prasangka para pelajar saya dengan menyajikan mereka kisah yang saya kongsi dari kawan saya melalui laman sesawangnya. Saya sedar sebagai manusia biasa kita sangat cenderung untuk bersikap prasangka atau prejudis pada orang lain. Kisah biasa mengenai A,B,C dan D . A merupakan seorang perempuan yang begitu cantik. Dia digilai oleh ramai lelaki. Akhirnya, A jatuh cinta kepada B dan mereka pun bertunang. Mereka dipisahkan oleh lautan kerana B tinggal di sebuah pulau yang begitu jauh. Namun lautan tidak sesekali mampu memisahkan mereka kerana rasa cinta yang saling berputik di dalam nurani hati mereka. Pada suatu hari, takdir Allah menentukan bahawa B jatuh sakit. B menghidap satu penyakit yang begitu kronik. A berasa sangat sedih. A ingin bertemu dengan B . Rasa cinta yang begitu menggunung menyebabkan A menebalkan muka bertemu dengan C kerana C sahaja yang memiliki bot. A merayu kepada C untuk meminjamkannya bot tersebut agar dia d

Bertarung

T idak lengkap belajar kalau tiada peperiksaan. Ia memang perlu dilalui untuk menguji tahap pemahaman dan pengetahuan kita. Ia memang tidak boleh dielakkan. Peperiksaan membangkitkan rasa gementar yang bukan kepalang. Digeruni juga lebih-lebih lagi bagi yang tidak benar-benar bersedia menghadapinya. Kalaulah diberikan pilihan rasanya ramai yang memilih untuk tidak menduduki peperiksaan. Haziq mula bertarung hari ini. Ia berdepan dengan peperiksaan yang bakal mencorakkan masa depannya. Sejak beberapa hari lalu, riak cemasnya amat ketara. Pecutannya lebih laju berbanding dulu. Saya sedar dia sangat risau dengan pertarungan besar ini. Senjatanya belum cukup lengkap lagi. Namun saya masih menyuntik semangat ke dalam dirinya. Dia belum terlambat lagi untuk menyiapkan diri. Saya dan mamanya melihat satu perubahan yang mengkagumkan. Benar kata orang, kalau anak yang berjuang di medan, ibu bapa lebih terasa resah dan gelisahnya. Ibu dan bapa semakin kuat berdoa mengiringi pertarungan ana

Daun

 "Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya." (Surah al-An'am: 59) H ampir setiap hari saya akan menyapu dan membersihkan daun-daun yang gugur sekitar laman rumah. Satu kemestian kerana hati ini rasa gundah melihat daun-dau berserakan dan mata pula tidak sangat selesa memandangnya. Sementelah lagi, selain saya tiada siapa yang cukup peka untuk melakukan sesuatu tehadap daun-daun itu. Saya tidak boleh melihatnya begitu sahaja.Inilah kelemahan saya agaknya! Ketika saya cuma tahu daun-daun yang gugur di sekitar laman rumah sahaja, Tuhan tidak pula begitu. Semua dan setiap helai daun yang gugur dari pokok-pokok seluruh maya pada ini dia tahu. Tidak ada yang tertinggal, walau sehelai pun. Kerdilnya saya dan kita pastinya. Malah bukan setakat daun itu sahaja yang Dia tahu gugurnya. Semua yang ghaib yang kita tidak tahu Dia tahu. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Rezeki kita pun Dia tahu bila datangnya. Berapa banyak rezeki kita, Dia sah

Keretapi

P erjalanan dengan keretapi sangat memenatkan.Itulah yang boleh saya simpulkan selama hampir 10 jam duduk melekat dalam jentera berat ini. Saya mengambil keputusan memilih keretapi untuk mengangkut saya, isteri dan mak mertua ke utara hari ini. Seingat saya kali terakhir saya menaiki keretapi 26 tahun yang lalu waktu saya belajar dulu. Selama empat tahun kenderaan inilah yang membawa saya ulang alik dari kampung ke tempat belajar. Setiap dua minggu sekali sekitar 9 malam saya akan tercegat di Stesyen Kajang menunggu keretapi. Saya ingat tambangnya sangat murah cuma RM3.40 sahaja. Tiket warna hijau yang agak keras. Bila di dalam keretapi, kalau berpeluang tidor, konduktor akan mengejutkan penumpang bertanyakan tiket. Kalau tidak bernasib baik, peluang sangat besar untuk berdiri sepanjang perjalanan. Sangat meletihkan. Keretapi dulu dan sekarang tidak banyak bezanya. Cuma agak selesa berhawa dingin dan tidaklah perlu berdiri macam dulu. Tidak juga berhenti lama di semua stesyen. Sa

Graduan

"Abang nanti nak jadi pensyarah, nak jadi arkitek" Hafiz dengan bangganya menyuakan potret ini pada saya sesamapainya saya di rumahnya malam tadi. Suka sangat dia dapat berpakaian begitu, bagai seorang graduan lagaknya. Saya katakan padanya, lebih kurang 16 tahun dari sekarang dia mesti berpakaian begini lagi dan menerima ijazah lebih bergaya di pentas konvo nanti. Dia kata, ok! Tadika adalah institusi pertama yang menawarkan pendidikan secara formal kepada kanak-kanak sebelum masuk ke dalam arus perdana pendidikan. Saya melihat peranan tadika ini sepatutnya lebih penting lagi dari sekolah malah lebih penting juga dari pendidikan di universiti. Oleh itu segala aspek perlu diberikan perhatian termasuk kurikulumnya, tenaga pengajar dan juga prasarana. Mengabaikan ketiga-tiganya dikhuatiri bakal memberi kesan jangka panjang kepada kanak-kanak di usia yang sangat kritikal ini, Kajian mendapati, di tahap usia tadika, kanak-kanak berpotensi untuk menerima apa sahaja yang dibe