Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Bijak

Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan. Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akan kamu lakukan? Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi! Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa? Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya. Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir) Jeng! Jeng! Jeng! Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan... Pena Tumpul - Teringat saranan cawat besi untuk wanita satu ketika dulu

Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum Masuk Ke Rumah Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Ketika Sakit Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingg

Kaki

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah... Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorang pun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... Dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!" Melihat keadaan itu... pensyarah di dalam dewan marah dengan berkata.. "Hey! suka hati engkau aja hempas pintu itu ye?! Siapa nama kau !!!" Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata... "Ni kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?" Pena Tumpul - Beruntung dapat siswa yang baik-baik

Harta

Saidina Ali r.a pernah di tanya, "Antara ilmu dan harta, manakah yang lebih penting?" Dengan tegas Saidina Ali menjawab, "Ilmu tetap lebih penting dari harta kerana: * ilmu adalah peninggalan para anbia sedangkan harta adalah peninggalan Firaun, Qarun dan konco-konconya * ilmu memelihara kita tetapi harta terpaksa dipelihara * harta akan berkurang apabila dibelanjakan sebaliknya ilmu akan bertambah * orang yang mempunyai harta akan dihisab, tetapi ilmu dapat memberi pertolongan kepada tuannya di akhirat nanti * harta akan menjadikan seseorang itu keras hatinya sebaliknya ilmu adalah sebagai penawar dan penerang kegelapan hati * manusia kadang-kadang menjadikan harta sebagai raja tetapi ilmu menjadikan manusia lebih mengakui kedaifan dan kehambaan kepada Allah * orang yang berharta kadang-kala digelar bakhil tetapi orang yang berilmu akan dimuliakan * harta lama-kelamaan akan binasa tetapi ilmu kekal abadi * jika banyak harta banyaklah musuh sebaliknya akan banyak rakan d

Tips

Ants Problem: Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole. To get pure and clean ice: Boil water first before freezing. To make the mirror shine: Clean with spirit. To remove chewing gum from clothes: Keep the cloth in the freezer for an hour. To whiten white clothes: Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes. To give a shine to hair: Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair. To get maximum juice out of lemons: Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them. To avoid smell of cabbage while cooking: Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking. To rid the smell of fish from your hands: Wash your hands with a little apple vinegar. To avoid tears while cutting onions: Chew gum. To boil potatoes quickly: Skin one potato from one side only before boiling. To boil eggs quickly: Add salt to the water and boil. To check freshness of fish: Put it in a bowl of cold water. If the fish floats, its fresh. To check fresh

Jujur?

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000 . Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya. Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain! Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu . Aku hanya inginkan ayam gorengku." Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan

20 sen

Renung-renungkan dan selamat beramal... Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambi

Kaunseling

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar kaunselor menyusup masuk pasar jualan ikan... dan mencuri seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar kaunselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya?" "Tentu saja!" jawab pakar kaunselor... Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya i pagi tadi." Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar kaunselor tersebut... . kandungannya: " RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling" Pena Tumpul - Jangan ingat kita pandai

Azan

Sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh akal fikiran kita tentunya. Subhanallah. .. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan a

Gantung

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang seorang lagi bernama Tony. Mereka ni penghuni setia hospital Tampoi. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di hospital tersebut.Namun mereka berdua sebenarnya tidak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tidak habis-habis berlari-lari anak mengelilingi kolam renang itu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony terus melompat kedalam kolam... . apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ini dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Nasibnya baik dia tidak lemas. Memandangkan yang Si Tony sudah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannya dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka. Keesokkan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yan