Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

Pesanan Imam Hassan Al-Banna

Oleh Mohd Faizzudin bin Ghazali

IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal.

Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:

• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.

• Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

• Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Isl…

Perang Poster

Bahang pilihanraya semakin panas. Perang poster kelihatan di sana sini sehingga ke ceruk-ceruk kampung. Para calon pula bekerja keras berkempen segenap pelusuk kawasan untuk memancing undi dan sekali gus meyakinkan orang ramai supaya memilih mereka sebagai wakil rakyat nanti. Bukan calon yang bertanding sahaja yang nampak sebok tetapi para pengikut yang pastinya punya agenda tersendiri- barangkali bakal mendapat habuan sekiranya calon yang mereka sokong terpilih dalam pilihanraya nanti.

Semalam, Kampung Gudang Garam juga tidak terlepas dari menjadi sasaran dan medan calon BN menjalankan kempen mereka. Semua calon yang bertanding dalam kawasan Segamat nampaknya hadir termasuk Dr Lee Hong Tee (Jementah), S.Subramaniam (Segamat) dan juga Dato Othman Jais (Buloh Kasap) yang khabarnya bertanding untuk penggal ke lima. Hebat juga anak kelahiran Muar ini kerana masih mampu bertahan sehingga kini. Mungkin rakyat yang diwakilinya masih mahukan beliau terus berkhidmat di kawasan Buluh Kasap agak…

Air batu

Haziq sudah dua hari tidak ke sekolah.Dia demam dan batuk-batuk. Dr. Zohar menasihatkannya supaya jangan minum air batu. Memang air batu sentiasa mengiringi makanan yang diambilnya. Tidak kiralah waktu pagi, tengahari mahu pun malam. Selepas digertak oleh Dr Zohar Haziq semacam serik nak minum air batu lagi. Bagus juga, apa yang dia alami sekarang menjadi pengajaran yang berguna buatnya selepas ini. Air batu memang sedap untuk diminum lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas begini.

Tahukah kita bahana air batu ini.Kita boleh buat eksperimen yang mudah. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Cuba lihat apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan b…

Renungan: Ayat2 Al-Quran Untuk Diamalkan

Email drpd seorg kawan. Sama2 kita amalkan. Waalahuaalam.

* Elak suami/isteri dan anak2 bergaduh* Surah Al Baqarah - Ayat 102
* Supaya anak2 pandai belajar * Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
* Supaya anak2 lembut hati/elak panas baran *Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 & Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
* Elak anak2 malas sekolah *Surah Toha ayat 1-5
* Supaya suami setia *Surah Toha - Ayat 39 (mula dari tanda Jim kecil)
* Ayat pendinding *Ayat akhir Surah At Taubah
* Elak anak2 yg suka keluar malam *Surah Ar Ruum Ayat 31 (Baca 33x)
* Pendinding rumah *Surah Al Baqarah dibaca, tiup pd air dan semburkan keliling rumah

Kegilaan memancing

"Mil, kalau kau nak ikan kaloi tu ambiklah, ada dua ekor tu" begitu kata emak sebaik sahaja saya terpandang selonggok ikan yang belum disiang di dapor. Emak memancing lagi rupanya. Patutlah emak nampak letih bila saya sekeluarga berkunjung ke rumahnya malam tadi. Emak memang minat memancing. Saya masih ingat emak sudah mula gila dengan hobinya itu ketika saya masih bersekolah lagi. Pantang ada yang mempelawa, emak tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta.Kak Jah, Cikgu Lias antara kawan setia emak memancing. Katanya memancing memberi semacam ketenangan kepadanya setelah sehari suntuk melayan kerenah cucu, Hafiz dan Hadif.

Adakalanya emak memancing hampir setiap hari dalam seminggu dan segenap pelusuk yang diberitakan banyak ikan emak akan pergi. Paling tidak pulang dari memancing emak akan membawa sejumlah ikan yang dikira cukup untuk kami nikmati bersama. Tadi, emak nampak begitu letih tetapi dia kelihatan seronok dengan minatnya itu. Saya pernah mencadangkan emak s…

Jangan Persiakan Undi Kami

Kalau tidak silap pilihanraya kali ini adalah kali ketiga saya mengundi. Siapa yang hendak dipilih..rahsia. Yang penting calon yang dipilih tentunya boleh merubah lanskap pembangunan kawasan Jementah dan Segamat secara keseluruhannya. Pengundi mengharapkan Segamat tidak terus terpinggir dalam arus perdana pembangunan.Diharap calon yang terpilih nanti akan membawa banyak perubahan kepada daerah ini yang kelihatannya sudah ketinggalan jauh berbanding dengan daerah-daerah lain.

Kad Pengenalan : 610416015141 / 6197985
Nama : AHMAD KAMIL BIN MOHAMED
Jantina : L
Lokaliti : 140 / 02 / 04 / 001 - PEKAN BATU ANAM
Daerah Mengundi : 140 / 02 / 04 - BANDAR BATU ANAM
DUN : 140 / 02 - JEMENTAH
Parlimen : 140 - SEGAMAT
Negeri : JOHOR
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU ANAM
Saluran : 3
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : 1024

Bersyukurlah...

Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana
beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain

Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci
pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan
berpeleseran.

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna
kita masih mempunyai pekerjaan

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita
cukup makan.

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah
yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih
lagi boleh mendengar.

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu
bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana
itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu
bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

Untuk jam loceng yang berdering pada …

Kenangan Mengusik Jiwa

Hari ini saya sekeluarga termasuk emak berkonvoi ke Putrajaya menghadiri majlis perkahwinan Suhaina Azlin (Lin). Bertolak dari Segamat sekitar jam 9 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang 3 jam berikutnya. Majlis ini amat bermakna kepada kami sekeluarga lebih-lebih lagi emak. Lin adalah antara mereka yang pernah emak asuh dan didik seawal bayi lagi. Kalau tidak silap ingatan saya, lebih kurang 20 orang yang pernah membesar di dalam asuhan dan didikan emak. Mengimbas kenangan lalu amat menyentuh jiwa.

Lin, Ana, Ijoi, Hafiz, Ajin, Aida, Zaki, Huda, Hanim (yang saya masih ingat) kini sudah meningkat dewasa dan berjaya dalam hidup masing-masing. Saya juga menganggap mereka bagaikan adik sendiri. Malah hubungan yang pernah terjalin dulu tidak pernah putus. Kami sentiasa bertanya khabar dan juga bersua muka sekali sekala lebih-lebih lagi ketika hari raya dan majlis perkahwinan. Mereka tidak pernah lupa kepada ibu asuh mereka. Sesekali berjumpa tidak lokek memberi sesuatu kepada kepada em…

Susahnya nak menulis...

Semangat untuk menghasilkan sebuah novel begitu membara. Macam-macam idea yang telah menujah minda tetapi tidak termampu lagi untuk dimuntahkan atas kertas. Malah tajuk-tajuk datang mencurah-curah silih berganti..Antaranya Virus Kasih, Deraan Kasih, Kompartmen hati, Langau, Ultimatum. Namun sebaris ayat pun belum ditulis lagi...Bukan senang untuk menulis sebenarnya...

Sambal petai

Cuti-cuti ini banyak juga saya menerima undangan majlis perkahwinan. Hari ini sahaja ada tiga jemputan. Saya memilih untuk tidak pergi kesemua majlis itu atas faktor kesuntukan masa dan tempat yang agak jauh. Saya memenuhi undangan yang saya kira ada hubungan saudara, walaupun agak jauh. Perjalanan dengan kereta yang mengambil masa lebih kurang 20 minit membawa saya tiga beranak ke sebuah kampung kecil yang terkenal dengan aktiviti memancing.

Kampung Chodan yang terletak kira-kira 10 km dari bandar Segamat sering menjadi sasaran oleh mereka yang menggilai ikan sungai khasnya ikan baung. Sayang tidak ada juadah gulai baung dalam majlis itu. Saya tertarik kerana selain daripada menu tipikal majlis kahwin seperti ayam dan daging, disajikan juga sambal petai untuk para jemputan. Berselera betul saya makan hari ini kerana sambal petai memang kegemaran saya.
Bagus juga idea tuan rumah dengan sajian luar biasanya ini. Selain daripada dijamukan dengan daging yang ternyata tinggi kolestrolnya,…

Anak

Petang ini keluarga saya dikunjungi oleh adik saya yang paling bongsu beserta dengan suaminya dan juga dua orang anak yang kedua-duanya lelaki. Yang sulung berusia setahun lebih dan bakal mencecah dua tahun pada 16hb April ini. Kebetulan tarikh lahirnya sama dengan tarikh lahir saya. Hafiz namanya dan memang rapat dan manja dengan saya. Setiap kali berkunjung ke rumah adik saya, saya tidak melepaskan peluang untuk bermesra denganya. Keletah nakalnya benar-benar mencuri hati saya. Isteri saya juga turut menumpang seronok melayan kerenah si anak kecil yang baru pandai bercakap sepatah dua ini. Gembira rasanya mendengar sebutan yang masih pelat-pelat apabila dia memanggil saya "TE" untuk "UDA".

Adiknya pula bernama Adif baru berusia 4 bulan.Juga comel dan saya selesa mengulitinya. Sesekali merajinkan diri memnyediakan susu untuknya dan juga menyalinkan lampinnya.Seronok juga, hati saya berkata. Setelah lebih kurang 13 tahun Haziq begitu selesa menjadi anak yang begitu…

Kaedah KJ

Oleh Azree MH Studiomuslim

Ada satu kajian yang dibuat di Amerika, lebih sedikit kemalangan yang berlaku disebabkan pemandu yang memandu kereta lebih laju berbanding pemandu yang memandu keretanya perlahan.

Mendengar kenyataan ini membuatkan saya berfikir panjang. Tetapi memang betul apabila saya memandu kereta dengan lebih laju membuatkan saya lebih fokus terhadap selok-belok di jalan raya. Apabila memandu kereta perlahan pula kadang-kadang membuatkan mata saya sedikit letih. Mengantuk mungkin.

Samalah juga apabila kita membuat banyak kerja dalam satu masa. Dan samalah juga apabila kita mempunyai banyak matlamat untuk dicapai.

Semakin banyak kerja kita, semakin itulah kita fokus terhadap setiap satunya. Tetapi, ia bergantung juga kepada cara kita menguruskan setiap kerja tersebut. Kerana itulah seorang bekas engineer di Jepun, Kawakita Jiro, menyarankan supaya kita, manusia, kembali kepada fitrah berfikir yang asal.


Beliau kemudiannya memperkenalkan KJ Method. Apa dia KJ Method? KJ Method…

Noi

Hari ini genap 42 tahun usia adikku, Nor Azzah, namun lebih mesra kami panggil Noi sahaja. Sebagai seorang adik dia amat baik dan tidak pernah menyakitkan hatiku. Semua ahli keluarga senang dengannya. Dia rajin mengemas rumah dan tidak berat tulang membantu emak didapor ketika zaman remajanya dulu. Kini setelah 42 tahun berlalu Noi masih macam dulu, penyayang dan memang rajin membantu. Kami sekeluarga berbangga memiliki seorang sepertimu Noi.

Atok

Semalam saya sempat bersembang-sembang dengan Atok saya yang telah lama tidak saya kunjungi. Walaupun sudah 88 usianya, namun kudratnya mengalahkan mereka yang muda belia. Dalam usia begitu dia masih bertenaga mengerjakan kebunnya- pekerjaan yang menjadi darah dagingnya selama ini.

Katanya dia tidak mampu untuk sekadar duduk diam tanpa buat sesuatu atau dia akan cepat letih dan tidak bermaya. Dia seboleh-bolehnya menjauhkan minuman ais, malah sayuran di pasar pun menjadi satu kepantangan padanya. Ulam-ulam menjadi kegemaran malah satu kemestian dalam makanan hariannya. Saya akur bila menurutnya faktor makanan punca utama kepada pelbagai penyakit yang membunuh manusia secara senyap dewasa ini. Sayuran yang nampak segar di pasar tetapi tercemar oleh racun serangga yang membawa pelbagai komplikasi kesihatan dalam jangka masa panjang. Begitu juga makanan yang ditambah dengan bahan pewarna dan perasa pemancing selera. Saya memilih untuk setuju dengan pandangan atok justeru tubuh bertenaga …