Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Marah

Semua orang pernah marah. Malah kena marah juga. Kalau ada yang berkata bahawa dia tidak pernah marah itu satu pembohongan yang besar. Dan kalau ada yang mendakwa bahawa dia tidak pernah kena marah, itu juga satu penipuan hebat. Secara semulajadinya, manusia dijadikan Allah untuk memiliki pelbagai emosi. Marah juga emosi yang dialami oleh setiap manusia. Cuma yang membezakan antara mereka yang marah, ialah bagaimana perasaan marah ini berjaya kita bendung. Ada orang yang mudah sangat nak marah dan cepat melenting setiap kali emosi marahnya dijentik. Cepat marah walau kerana sebab yang sangat kecil.

Marah yang gagal dikawal bukan sahaja boleh memakan diri malah dalam keadaan ekstrim boleh sampai membunuh orang lain. Saya yakin tidak ada satu hari pun dalam kehidupan kita berlalu tanpa sedikit perasaan marah pun. Marah mungkin tidak dimanifestasi secara terbuka namun dipendam dalam hati. Itu pun tetap marah juga. Pagi ini saya juga marah. Marah kerana sebab yang mungkin kecil pada orang…