Skip to main content

Makan


Isteri mempelawa saya bersamanya untuk makan-makan malam tadi. Sekitar jam lapan malam kami sampai di restoren Bonda. Menurut isteri saya, majikannya amat gembira kerana baru dinaikkan pangkat dan ingin berkongsi kegembiraan itu bersama guru-guru kanannya yang turut membantu dan bekerja keras menguruskan sekolah sepanjang ketiadaannya. Puan Tey cuti belajar dan cuma sekali sekala berada di sekolah. Selebihnya diuruskan oleh isteri saya, Guru Penolong Kanan 1 dan juga dua orang Guru Penolong Kanan yang lain, Encik Ali dan Puan Yati. Untuk tidak menghampakan isteri dan juga majikannya saya berbesar hati memenuhi ajakan tersebut. Lagi pun hubungan kami bagaikan satu keluarga - saling tolong menolong. Kata orang makanan yang paling sedap ialah makan "free". Rezeki tidak baik kita tolak. Restoren agak luar biasa sesaknya-tamparan malam merdeka tentunya. Agak lama juga kami menunggu tempahan makanan yang dibuat. Lebih malang lagi- tempahan orang lain disajikan di meja kami. Agak kelam kabut dari segi pengurusan lebih-lebih lagi dalam mendepani situasi sebok diasak pelanggan begitu. Namun saya puas dengan makanan kegemaran saya - nasi paprik selain kerang dan ikan bakar, tomyam. Terima Kasih kepada Puan Tey. Perpaduan jelas terjalin bagaikan satu keluarga dalam negara tercinta. Nikmat kemerdekaan 51 tahun tentunya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Hampir dua jam bersama, masing-masing beredar. Isteri mengajak saya ke Dataran, tentunya untuk turut sama dengan ribuan manusia menunggu detik 12 malam ambang merdeka. Saya agak keberatan justeru tidak begitu selesa dalam kesesakan ribuan pengunjung yang ada. Sekitar 1045 malam kami bergegas meninggalkan dataran justeru hujan yang turun tanpa dijangka. Ramai yang kelihatan meninggalkan dataran tersebut walaupun masih ada lagi yang mampu bertahan - teruja untuk menanti pertunjukan bunga api agaknya.

Pena Tumpul - Penggemar nasi paprik

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...