Wednesday, December 31, 2008

Bohong

Bagaimana ingin mengenali samada anda sedang dibohongi? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau sudah kaki pembohong, kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Pena Tumpul - Siakap senohong gelama ikan duri

Tuesday, December 30, 2008

Oranges


Chinese new year is drawing near. When buying Chinese oranges please beware of the worms inside. These worms are very similar to the texture of the orange and therefore can only be observed if you look carefully (long sighted person may not
notice).

The Chinese government had in fact made efforts to destroy hundreds of tons of these oranges and compensate the farmers for these. But however some culprit may still sell it illegally. That's why we need to be careful.

Whether the worms are harmful to the human body or not is still questionable. But generally if small quantities are consumed it should not cause any major harm according to doctors. It is advisable to be careful about it.

Pena Tumpul - prefers papayas to oranges

Monday, December 29, 2008

Muharam


Kita berada di tahun baru Hijrah hari ini.Ada beberapa peristiwa penting yang berlaku di bulan Muharam.
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Wednesday, December 24, 2008

Cantik


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Pena Tumpul - Setuju

Saturday, December 20, 2008

Kamera

Mama sudah lama memendamkan keinginannya untuk memiliki sebuah video kamera. Impiannya tinggal terpendam untuk beberapa ketika justeru keperluan kepadanya tidaklah begitu mendesak sangat. Lagi pun saya selalu berfikiran kamera digital yang kami ada rasanya sudah cukup "hebat" untuk memenuhi keperluan. Mama agak kecewa. Namun dalam diam-diam mama mengumpul wang dan bertekad untuk memiliki juga kamera idamannya. Segalanya terbongkar apabila apabila kami ke Melaka hari ini, Mama bersungguh-sungguh untuk singgah di salah sebuah kedai menjual kamera apabila kami melewatinya pagi ini. Saya terkejut apabila mama membeli secara tunai sebuah kamera video edisi terbaharu berjenama Sony berharga RM1.600.Tertunai juga hasrat mama memiliki barangan idamannya. Saya pun turut teruja kerana selepas ini kami akan dapat merakamkan pelbagai peristiwa menarik yang bakal menjadi khazanah memori kami sekeluarga.

Pena Tumpul - Percaya kepada pepatah sedikit-sedikit lama jadi bukit

Friday, December 19, 2008

Tanah

Permintaan seorang kawan, Long Lojot untuk mengusahakan tanah yang tinggal terbiar sekian lama tidak mampu saya tolak. Long Lojot tidak punya pekerjaan tetap selain daripada menoreh getah. Kejatuhan mendadak komoditi ini menurutnya memberi impak yang cukup kuat kepada punca pendapatannya selama ini. Kalau sebelum ini beliau mampu meraih pulangan yang agak memberangsangkan dengan harga jualan RM4.00 sekilo, kini terpaksa menerima pukulan hebat dengan harga tidak sampai pun RM1 sekilo. Beliau berhasrat menanam jagung dan beberapa jenis tanaman yang cepat mengeluarkan hasil. Saya yakin dengan kesungguhannya. Kekangan masa tidak mengizinkan saya untuk mengusahakan tanah seluas dua ekar itu sendirian. Pagi ini jentolak meredah semak samun dan pisang hutan yang tumbuh meliar dan yang mengejutkan upahnya kini RM380 berbanding dengan RM250 beberapa tahun yang lalu. Ini tidak termasuk kos membajak RM500. Tanahnya amat molek dan memang cukup sesuai untuk dicucuk dengan pelbagai jenis tanaman. Rasanya tidak rugi melabur RM20 ribu untuk mendapatkan tanah tersebut.

Pena Tumpul - Cadang tanam getah

Thursday, December 18, 2008

Barber


A guy sticks his head in the barber shop and asks, "How long before I can get a haircut?" The barber looks around the shop and says, "About two hours." The guy leaves. A few days later, the same guy sticks his head in the door and asks, "How long before I get a haircut?" The barber looks around the shop full of customers and says, "About two hours." The guy leaves. A week later, the same guy sticks his head in the shop and asks, "How long before I can get a haircut?" The barber looks around the shop an says, "About an hour and half." The guy leaves. The barber looks over at a friend in the shop and says, "Hey Bill, follow that guy and see where he goes." In a little while, Bill comes back into the shop laughing hysterically. The barber asks, "Bill, where did he go when he left here?" Bill looked up and said, "To your house."

Materialistic


One day, there was this lawyer who had just bought a new car, and he was eager to show it off to his colleagues,when all of a sudden an eighteen wheeler came out of nowhere and took of the driver's side door with him standing right there. "NOOO!" he screamed, because he knew that no matter how good a mechanic tried to fix it, it never would be the same. Finally, a cop came by,and the lawyer ran up to him yelling. "MY JAGUAR DOOR WAS JUST RUINED BY SOME FOOLISH DRIVER!!!" he exclaimed. "You are a lawyer aren't you?" asked the policeman. "Yes, I am, but what does this have to do with my car?!?!" the lawyer asked. "HA! Your lawyers are always so materialistic. All you care about is your possessions. I bet you didn't even notice that your left arm is missing did you?" the cop said. The lawyer looked down at his side and exclaimed "MY ROLEX!"

Wednesday, December 17, 2008

Dung

Two economists A and B are classmates. They are both reputable and wealthy, but they do not give in to each other. One day, they took a walk together. Seeing a pile of cattle dung on the roadside, A said to B, “Dare you eat it, I will give you 50 million dollars.” Hearing this, B was irritated at first. But soon he calmed down to evaluate this deal by using his knowledge of economics. After a careful consideration, B decided to eat it and A had to pay 50 million dollars to him. Later, they encountered another pile of cattle dung. Having eaten a pile of dung, B felt it was unbalanced if A did not eat it. So B retorted, “Dare you eat it, I will also give you 50 million!” After doing some calculation, A ate it and B paid the money to him. Finally, they both felt regretful after they found that actually they had gained nothing but only eating two piles of cattle dung.
With this puzzlement, they asked their tutor, “Why did we gain nothing from the economic activity under elaborate calculation?” To their surprise, their tutor was rather excited and even burst into tears on hearing this. A and B were more puzzled before their tutor told them in great excitement, “Well done! You two have just earned 100 million dollars GDP for our country by eating two piles of cattle dung!”

Pena Tumpul - Never trust economists

Tuesday, December 16, 2008

Petrol

Harga petrol turun lagi hari ini buat kali ke tujuh. Saya percaya ramai yang girang apabila harga bahan bakar kini cuma RM1.80 seliter, lebih rendah daripada harga sebelum dinaikkan secara mendadak dahulu, RM1.97 seliter. Girang tetapi tidak seronok. Membeli belah di supermarket misalnya tidak lagi seseronok dulu. Kehendak begitu dibatasi oleh harga yang melambong tinggi. Penurunan harga minyak tidak membawa makna apa-apa sekiranya harga barang keperluan terus dijual pada harga ketika minyak berada di paras RM2.70 seliter. Logiknya, apabila harga petrol turun, harga barang juga sepatutnya turun, justeru formula inilah yang diguna pakai oleh peniaga apabila harga minyak dinaikkan dahulu. Malangnya, bila harga petrol telah turun sebanyak tujuh kali, formula ini dipinggirkan. Saya sendiri sudah mual, jemu dan bosan dengan sikap setengah peniaga kita. Begitu bermaharajalela memanipulasikan harga. Rakus. Tamak dan haloba. Namun, kita sebagai pengguna tidak punya banyak pilihan. Saya melihat dengan penuh bimbang sekiranya harga minyak mentah di pasaran naik semula, sebarang kenaikan harga minyak yang akan dilakukan oleh kerajaan cuma mengundang petaka kepada pengguna. Harga barang yang sepatutnya turun tidak turun, malah akan terus naik dan naik dan naik. Justeru memang begitu sikap peniaga kita. Tangkas bingkas menaikkan harga tetapi liat lembik menurunkannya. Kerajaan perlu berfikir seribu kali sebelum bercadang untuk menaikkan harga minyak selepas ini kerana pengguna bakal menjadi mangsa kerakusan kegelojohan peniaga untuk kesekian kalinya!

Pena Tumpul - Tidak nampak penguatkuasa KPDNHEP bekerja

Renovasi (2)

Hari ini adalah hari ketiga kerja-kerja ubahsuai dapor emak. Tidak banyak kemajuan kerana cuma seorang pekerja yang datang. Dia cuma dibantu oleh isterinya. Kegigihan wanita ini melakukan kerja-kerja yang selayaknya dibuat oleh lelaki begitu menarik perhatian saya. Dia menolak kereta sorong berisi batu bata selain membancuh simen- kerja yang saya kira tidak mahu dan mampu dilakukan oleh wanita negara ini.

Monday, December 15, 2008

Wujud

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara.Namun bila mereka mula berbicara mengenai Allah,tukang gunting itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''''kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

'' Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan kepada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sangat orang sakit di luar sana? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud,sudah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tetapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud?'
"Kenapa kamu berkata begitu? sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi''.kata tukang gunting.

''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''Kalau tukang gunting wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu''.'

'Ah! tukang gunting memang wujud! lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang kepada saya untuk menggunting rambutnya!''.kata tukang gunting.''Tepat sekali!''. ujar si lelaki tadi.'

'That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yg terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatiNya dan kembali kepadaNya untuk memohon pertolongan.'

Pena Tumpul -

Sunday, December 14, 2008

Berjalan

Hadif yang diragui kemampuannya untuk berjalan akhirnya berjaya meyakinkan kami semua pagi ini. Hadif sering dibandingkan dengan abangnya Hafiz yang lebih cergas dan tangkas. Di usia 1 tahun 2 bulan, kami begitu bimbang dengan Hadif yang nampaknya begitu lambat untuk berjalan. Pagi ini Hadif mengejutkan malah menggembirakan kami, lebih-lebih lagi atoknya. Dia berjalan yakin bergaya melangkaui 10 langkah. Atoknya tidak putus-putus berniat memasak bubur pulut merah sekiranya Hadif mampu berjalan. Hadif membuktikannya. Saya mengingatkan emak dengan niatnya itu. Saya sendiri yang sememangnya menggemari bubur ini, menyediakan ramuan yang diperlukan; beras pulut, gula melaka dan kelapa parut dan emak tidak menunggu lama untuk menyajikannya kepada kami semua. Sekali-sekali menikmatinya memang sedap. Saya melihat Hadif tidak jemu-jemu berjalan sejak memiliki lesen barunya itu. Keyakinannya makin tinggi.

Pena Tumpul - Menunggu Hadif bercakap

Saturday, December 13, 2008

Renovasi (1)

Sudah agak lama juga emak memendam hasrat mengubahsuaikan dapor rumahnya. Kurang selesa katanya, lebih-lebih lagi apabila di"serang" kami adik beradik. Impian emak tercapai juga apabila kami berpakat dan berkongsi membantu emak dari segi ongkosnya. Lagi pun simpanan emak saban tahun hasil dari dividen Felcranya sudah mencecah ribuan ringgit dan dikirakan lebih dari cukup untuk merealisasikan impiannya itu. Kak Long dan Utih tidak keberatan menyumbang sebanyak 3 ribu. Achik dan saya sendiri berkongsi wang dan tenaga untuk kerja-kerja mengecat. Ani pula dengan senang hati menghulurkan sebanyak 2 ribu kepada emak. Kami ingin melihat emak gembira memenuhi impiannya sekian lama. Pagi ini kerja-kerja memecah bermula dan jangkanya dalam masa dua minggu dari sekarang emak akan tersenyum di dapor barunya.










Pena Tumpul - Semuanya membantu emak kecuali....

Football


Why football is played for 45 minutes, not 30 minutes or 1 hour?
Even the sports scientist and some of the senior players could not give the right answer. In that confusing situation one person came up with a reasonable answer.

He said... ... .
"The reason people play this game for 45 minutes is...

There are 2 teams and there are 11 players in each teams, Each player brings his own "2 balls" So in total there are 44 balls. There is one ball on the field itself. Thus the grand total is 45". Question Answered !!! Sometimes there is extra time of 2mins which is the referee's balls!

Pena Tumpul - Laughter is the best medicine

Friday, December 12, 2008

Kiamat

Adakah kiamat semakin hampir? Antara tanda-tandanya...Marilah kita fikirkan dan renungkan...mungkin ada benarnya.
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara alal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain. 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Pena Tumpul - Hanya Allah yang lebih mengetahui

Thursday, December 11, 2008

Turkey


A turkey was chatting with a bull. "I would love to be able to get to the top of that tree," sighed the turkey, "but I haven't got the energy."

"Well, why don't you nibble on some of my droppings?" replied the bull. "They're packed with nutrients."

The turkey pecked at a lump of dung and found that it actually gave him enough strength to reach the first branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he reached the second branch. Finally after a fortnight, there he was proudly perched at the top of the tree.

Soon he was promptly spotted by a farmer, who shot the turkey out of the tree.

Pena Tumpul- Bullshit might get you to the top, but it won't keep you there.

Tuesday, December 09, 2008

Boss


When you take a long time, you're slow.
When your boss takes a long time, he's thorough.

When you don't do it, you're lazy.
When your boss doesn't do it, he's too busy.

When you make a mistake, you're an idiot.
When your boss makes a mistake, he's only human.

When doing something without being told, you're overstepping your authority.
When your boss does the same thing, that's initiative.

When you take a stand, you're being bull-headed.
When your boss does it, he's being firm.

When you overlooked a rule of etiquette, you're being rude.
When your boss skips a few rules, he's being original.

When you please your boss, you're apple polishing.
When your boss pleases his boss, he's being co-operative.

When you're out of the office, you're wandering around.
When your boss is out of the office, he's on business.

When you're on a day off sick, you're always sick.
When your boss is a day off sick, he must be very ill.

When you apply for leave, you must be going for an interview.
When your boss applies for leave, it's because he's overworked

Monday, December 08, 2008

Raya

Saya dan mama melakukan sesuatu yang luar dari biasa pada sambutan hari raya haji kali ini. Biasanya, sebaik-baik sahaja selesai melaksanakan solat sunat raya kami akan bergegas ke rumah emak untuk sama-sama menziarahi pusara dan kemudiannya berkunjung ke rumah atok di kampung. Kami merancang untuk melakukan kelainan apabila seawal lapan pagi kami meninggalkan rumah lengkap berpakaian baju Melayu; berhariraya di Melaka.Kami sempat singgah di salah sebuah surau untuk solat sunat sebelum meneruskan perjalanan dalam hujan yang tidak henti-henti sejak malamnya lagi. Bukan berkunjung kerumah sesiapa pun tetapi menghabiskan masa sehingga lewat tengahari ronda-ronda di bandar Melaka sambil singgah membelibelah apa yang patut..Kami sebenarnya tidak begitu teruja untuk berhariraya seperti lazimnya, justeru tiada kemeriahan untuk berkumpul bersama mereka yang sepatutnya pulang berhariraya. Kak Long diJB, begitu juga yang berada di KL tidak dapat pulang kali ini. Dalam perjalanan pulang ke rumah, emak menelefon saya untuk turut bersama-samanya berkunjung ke rumah atok. Istemewa sekali hidangan hariraya di rumah atok kali ini. Bukan kerana rendang Mak Itam, tidak juga kari daging Mak Ngah, bukan juga lemang Mak Usu. Tetapi gulai masak lemak cili padi ikan salai lampam masakan Mak Utih dan nenek baru yang diperkuatkan dengan ulam jering. Tidak saya sedari tiga pinggan nasi berjaya saya habiskan malam itu. Sedapnya.

Pena Tumpul - Teringat Atok Senah dan Mak Cik yang telah pergi. AlFatihah.

Thursday, December 04, 2008

Tani

Keinginan untuk mengusahakan tanah dengan tanaman kontan seperti sayuran dan buah-buahan sudah lama tersimpan. Namun tidak lagi dapat diterjemahkan ke atas tanah yang sudah lama terbiar. Apabila saya berhasrat membelinya dulu, semangat amat berkobar-kobar untuk mengusahakan tanaman getah, maklumlah harga getah yang agak tinggi .Namun hasrat tinggal hasrat. Harga getah tiba-tiba merudum teruk. Saya mula memikirkan untuk menanam tanaman yang cepat hasilnya; tentunya pisang, jagung dan sayuran. Peningkatan harga sayuran menyemarakkan lagi semangat saya dan mama untuk mula mencuba dengan cili dan kacang botol. Nasihat dari mereka yang pakar perlu diraih. Saya ke Jabatan Pertanian dan sempat diberi penerangan lebih kurang 45 minit oleh salah seorang Pegawai Perkembangan Pertanian sebelum dibekalkan pulang dengan hanya sekampit baja dan dua paket benih sawi. Terbakarkah semangat untuk bertani?

Pena Tumpul - Suka ulam kacang botol

Wednesday, December 03, 2008

Lembab

Saya seboleh-bolehnya ingin mengelakkan diri dari berurusan dengan kaunter Pos di Segamat. Insiden mengecewakan kira-kira 3 bulan yang lalu di mana saya terpaksa menunggu sehingga satu jam hanya untuk satu urusan kiriman wang masih lagi tebal dalam ingatan. Namun saya tidak punya pilihan untuk tidak berurusan di kaunter Pos tengahari tadi. Bayaran rebat patrol hanya boleh dilakukan di kaunter Pos. Amat mengecewakan setelah 3 bulan berlalu, Pos Segamat tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melancarkan pergerakan urusan di kaunter. Sepatutnya pihak pengurusan Pos perlu sensitif dengan waktu dimana jumlah pelanggan yang berurusan melebihi kadar biasa. Pastinya sewaktu rehat untuk makan tengahari. Ketika inilah jumlah petugas di kaunter perlu di tingkatkan dan sekaligus setiap urusan perlu lebih pantas dan efisien. Bayangkan sebaik-baik sahaja saya mengambil tiket giliran saya, di depan saya ada sekitar 40 orang yang sedang menunggu giliran mereka,dan lebih memilukan cuma dua orang petugas sahaja yang nampaknya terkial-kial melayan pelanggan yang kelihatannya resah menunggu! Saya amat tidak suka menunggu, lantas saya meninggalkan Pejabat POs Segamat dengan kecewa untuk kembali setengah jam kemudian melihat perjalanan kaunter yang masih lagi lembab.

Pena Tumpul - Kagum dengan kepantasan bak kilat kaunter Public Bank

Tuesday, December 02, 2008

Putrajaya

Mama dan dua orang rakan sekerjanya, Lela dan Syikin meminta saya menghantarnya ke Putrajaya. Ada urusan dengan Jabatan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran, katanya. Perjalanan amat ringkas dan lancar. Dalam perjalanan, saya cuma mampu diam sambil tersenyum mendengar pelbagai cerita tiga perempuan ini apabila sudah berjumpa. Antaranya perihal "lady boss" mereka yang kerapkali kelam kabut. Lela pula bercerita tentang insiden pecah rumah yang semakin berleluasa di kawasan kediamannya. Syikin yang datang dari Kelantan pula dengan kesah banjir yang menimpa kampung halamannya dan menggendalakan hasratnya untuk balik kampung. Bertolak dari Segamat kira-kira pukul 8 pagi dan sampai semula jam 2 petang. Memang sedari awal saya sudah mencadangkan kepada mereka untuk tidak singgah di mana-mana walaupun sekejap.

Pena Tumpul - Sudah letih memandu

Monday, December 01, 2008

Gigi


Mama mengadu sakit gigi sejak semalam lagi. Namun tidaklah sampai mendodoi bagai anak kecil. Masih di peringkat awal barangkali. Pagi-pagi lagi saya membawa Mama ke salah sebuah klinik swasta yang beliau sendiri cadangkan. Alasannya, kawan-kawannya yang mengesyorkannya bahawa mencabut gigi di klinik yang satu ini tidak terasa sakit langsung! Saya menjangkakan kos rawatan yang menjanjikan sifar sakit ini pastinya mahal berbanding klinik-klinik yang lain. Jangkaan saya tidak meleset. Agak mengejutkan bahawa kos mencabut sebatang gigi RM120! Wajarkah atau saya yang tidak mengikuti perkembangan.


Pena Tumpul -Tidak tidor malam bila sakit gigi

Menjerit

" Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan meng...