Skip to main content

Raya

Saya dan mama melakukan sesuatu yang luar dari biasa pada sambutan hari raya haji kali ini. Biasanya, sebaik-baik sahaja selesai melaksanakan solat sunat raya kami akan bergegas ke rumah emak untuk sama-sama menziarahi pusara dan kemudiannya berkunjung ke rumah atok di kampung. Kami merancang untuk melakukan kelainan apabila seawal lapan pagi kami meninggalkan rumah lengkap berpakaian baju Melayu; berhariraya di Melaka.Kami sempat singgah di salah sebuah surau untuk solat sunat sebelum meneruskan perjalanan dalam hujan yang tidak henti-henti sejak malamnya lagi. Bukan berkunjung kerumah sesiapa pun tetapi menghabiskan masa sehingga lewat tengahari ronda-ronda di bandar Melaka sambil singgah membelibelah apa yang patut..Kami sebenarnya tidak begitu teruja untuk berhariraya seperti lazimnya, justeru tiada kemeriahan untuk berkumpul bersama mereka yang sepatutnya pulang berhariraya. Kak Long diJB, begitu juga yang berada di KL tidak dapat pulang kali ini. Dalam perjalanan pulang ke rumah, emak menelefon saya untuk turut bersama-samanya berkunjung ke rumah atok. Istemewa sekali hidangan hariraya di rumah atok kali ini. Bukan kerana rendang Mak Itam, tidak juga kari daging Mak Ngah, bukan juga lemang Mak Usu. Tetapi gulai masak lemak cili padi ikan salai lampam masakan Mak Utih dan nenek baru yang diperkuatkan dengan ulam jering. Tidak saya sedari tiga pinggan nasi berjaya saya habiskan malam itu. Sedapnya.

Pena Tumpul - Teringat Atok Senah dan Mak Cik yang telah pergi. AlFatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w