Skip to main content

Pertemuan

Saya ke Kg Spang Loi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak penulis novel terkenal Cikgu Abd Talib Hassan. Kesebokan melayan tetamu yang datang tidak memberi sedikit ruang pun pada saya untuk bersembang dengan penulis yang melonjak naik namanya lewat novel Saga 1976. Sekurang-kurangnya untuk bertanya karya terbaru daripadanya. Cikgu Talib sebenarnya bukanlah asing pada saya. Saya pernah menjadi anak muridnya sekitar 70an dahulu. Beliau merupakan kawan baik kepada arwah bapa saya. Saya masih ingat sekitar tahun 1970 beliau yang berasal dari Teluk Intan telah menggabungkan anak-anak muda yang berminat di kampung untuk satu pementasan teater purba yang amat menarik.

Sambil menyelam minum air. Saya tidak melepaskan peluang mengunjungi atuk saya yang nampak ceria di samping isteri baru yang dinikahinya sejak setahun yang lalu Di usia 88 tahun atuk nampak masih sihat dan bertenaga. Menurut Utih, atok amat manja dan sentiasa ingin dibelai oleh isteri barunya itu. Baguslah tu.

Perjalanan saya bertambah seronok dengan keletah Hafiz yang begitu terpegun dengan angsa dan itik yang baru pertama kali dilihatnya. Adif pula kelihatan tidak begitu selesa dengan cuaca panas terik yang semacam menggigit kulit halus dan nipisnya itu. Emak paling gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan lamanya.









Pena Tumpul - Seronok

Comments

Anonymous said…
salam...

en.kamil saya hazariah dari teluk intan,perak
nak bertanya mengenai cikgu abd talib hassan
kerana keluarga saya mempunyai pertalian persaudaraan dgn beliau...beliau adalah anak adik kepada datuk saya(Abdul Rashid@Pak Ngah).....kami telah terputus hubungan hampir 30thn....boleh en kamil bantu saya utk dapatkan alamat@phone number beliau atau apa cara sekali pun utk menghubungi beliau...alamat email saya aza_7578@yahoo.com.my no phone nanti saya berikan dalam email...saya tak jumpa alamat email en kamil...bantuan en kamil amat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w