Skip to main content

Bersila

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah makan di atas meja dan tidak pulak menggunakan piring kecil. baginda juga tidak pernah dijamu roti yang diperhaluskan.” Yunus (salah seorang periwayat hadis ini) berkata: “Saya bertanya kepada Qatadah, ‘Lalu di atas apakah mereka makan?’” Ia menjawab: “Di atas sufrah (kulit atau kain yang dihamparkan).

(Riwayat al-Bukhari, al-Tairmizi, ibn Majah dan Ahmad)

Mak Mentua masak luar biasa banyaknya petang ini. Adiknya, Mak Uteh Ros yang cuma balik kampung waktu raya datang dengan keluarganya. Oleh kerana jarang sangat bersua muka, Mak Mentua kata mereka perlu disajikan dengan makanan yang lain daripada hari-hari biasa. Tiada daging ayam, tiada rendang dan tiada juga ketupat. Cukuplah di hari raya pertama lalu. Sudah sangat menjemukan. Isteri cadangkan supaya masak ala kampung sahaja. Lebih menyelerakan.

Dan saya makan cukup berselera sekali petang ini. Ada sambal petai, ikan kering salai masak lemak kuning, sayur campur, ada goreng peria dan tidak ketinggalan ulam jering. Saya beritahu Mak Mentua, makanan yang banyak-banyak dan sedap ini akan bertambah sedapnya kalau dinikmati sambil bersila. Tidak berapa selesa sangat kalau duduk di meja makan yang tidak berapa nak besar itu nanti. Mak Mentua setuju cadangan saya.

Lazat dan nikmatnya rezeki kurniaanNya. Dek kerana segan di depan Mak Utih Ros, saya menahan keinginan untuk makan semahunya lebih-lebih lagi sampal petai yang tidak pernah saya tolak kehadirannya. Senyap-senyap selepas tetamu pulang, saya mengulang lagi!

Yako yang juga berpeluang balik dari Jepun minat sambal petai juga rupanya.

Pena Tumpul - Ingin lihat tiada daging dan ayam di hari lebaran, boleh kah?

Comments

Popular posts from this blog

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...