Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Musang

"Berhati-hati dengan musang berbulu ayam"
Sejak beberapa pagi yang lalu, ketulan-ketulan bagaikan biji kopi di kesan berlonggok di atas lantai garaj. Hampir setiap pagi. Saya mengesyaki sesuatu. Malam tadi saya intai dari celah tingkap sekitar 1 pagi, namun tiada apa yang kelihatan.Kata isteri ada kemungkinan musang berdasarkan "benda" yang ditinggalkan itu. Binatang yang aktif di waktu malam ini barangkali ingin berehat sambil menunggu mangsa. Kalau ayam yang diburunya, ia tidak mungkin kerana saya tidak membela ayam pun.Menurut Yako, musang ini ada banyak jenisnya. Ada yang makan ayam dan ada juga yang makan buah-buah. Ia mungkin musang pulut yang bersaiz kecil dan boleh menyelinap masuk melalui lubang-lubang kawat pagar yang kecil sekali pun.Biarlah musang dengan sifatnya yang musang itu. Cuma yang dibimbangkan kalau ada musang yang berbulu ayam. Musang jenis beginilahlah yang amat ditakuti. Susah dikesan dan licik tindakannya. Ia bagai gunting dalam lipatan. Mem…

AsmaulHusna

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari.


(Fadhilat ini dipetik dari buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. “Ya Allah!” apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kek…

Tebas

"Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri"
Saya ditegur isteri untuk kesekian kalinya pagi ini. Dia tidak selesa melihat saya yang serabai dan bagai tidak terurus. Sejak beberapa hari lalu saya secara sengaja memilih untuk tidak mencukur jambang dan janggut yang sudah mula melebat di muka. Wajah kelihatan kusut masai dengan misai yang dibiarkan tumbuh melata. Sudah sangat lama saya menyimpan keinginan untuk membiarkan bulu-bulu di muka tumbuh semahunya. Namun kesempatan itu tidak pernah saya dapat pun. Isteri amat mudah mengesannya dan sekaligus "mengarahkan" saya "menebasnya". Rimas dan selekeh katanya. Saya akur.

Sesekali terlintas juga difikiran bahawa kita tidak berlaku adil pada isteri sebenarnya. Ketika kita mendambakan isteri tampil kemas, cantik dan menawan suami pula adakalanya tidak begitu. Sepatutnya, suami juga perlu menjaga personaliti atau perwatakan peribadinya. Isteri perlu dipersembahkan seoran…

Zikir

"Zikir itu pelita hati"
Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam).

Firman Allah (subhanahu wata’ala) yang maksudnya;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(Surah al-A’raaf, ayat 205)

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesun…

Bunuh

Kantung email dibuka awal pagi ini dan saya menemui kisah yang cukup menarik ini. Ia tidak mungkin kisah benar dan sekadar rekaan semata-mata namun tetap terselit pengajaran. Umum mengetahui betapa orang Melayu kita begitu berhati-hati dalam membicarakan perkara ini. Cukup malu. Pernyataan secara terbuka dianggap taboo. Lain kali kalau terdengar dek telinga kita ada yang menyatakan hasratnya hendak bunuh syaitan fahamlah kita apa maksudnya.

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri ya…

Keupayaan

"Setiap manusia lebih kuat daripada apa yang dia sendiri jangkakan"

Diko cukup berpuas hati dengan pencapaian 4A dan 4B yang diperolehinya dalam peperiksaan akhir baru-baru ini. Emaknya juga mengiktiraf kejayaannya itu yang sepatutnya boleh lebih baik daripada itu. Emaknya menyangka bahawa itulah pencapaian terbaik yang boleh dimanifestasikan oleh anak perempuannya itu. Lalu Diko diberikan hadiah sebuah komputer riba. Ia bagus dan tidak salah pun. Diko memang berhak untuk itu berkat usaha gigihnya itu.

Saya tidak mahu Diko hanyut dalam pencapaiannya yang tidak seberapa itu. Saya perlekehkannya supaya dia tidak berpuas hati di takuk itu sahaja. Apalah sangat 4A itu. Diko dilihat tercabar. Memang itu pun tujuan saya dan saya berjaya. Saya selalu percaya Diko boleh buat lebih baik daripada itu pun. Cumanya, Diko mungkin anggap kemampuannya setakat itu sahaja, walaupun sebenarnya ia boleh capai 8A malah 10A kalau dia mahu!

Saya merangsangnya dengan kisah wanita dengan anjing garang…

365

"Tidur yang belebihan memekatkan darah. Ini menambahkan risiko serangan jantung dan angin ahmar. Tidur yang menyihatkan adalah dua jam selepas makan malam dan bangun antara jam tiga hingga empat pagi. "

Itu kata Dr Mohammad Ali Toha dalam bukunya 365 tip sihat gaya Rasullulah. Ada 364 tip lagi yang cukup menarik dan boleh diamalkan. Setiap manusia memang dambakan kesihatan bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial.

Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 36…

Umur

Zizi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga pada Hari Raya Haji. Saya dirayu emaknya supaya hadir dan membawa bersama emak. Tidak sampai satu jam pun kami sampai di Serting. Ia tempat yang menarik. Sebuah petempatan yang cukup terancang. Ia bermula dari sebuah petempatan Felda yang ditransformasi kepada sebuah bandar yang lengkap segalanya. Ada sebuah masjid bernilai 8 juta tersergam dan sebuah hospital juga.

Bertambah lagi umur Zizi. Umur sesiapa pun sentiasa meningkat setiap hari. Semakin hampirlah juga untuk dijemputNya semula setelah seketika berada di bumi yang fana ini.

Ketika yang lain tidak putus-putus mengucap serta mendoakan supaya Zizi dimurahkan rezeki, dikurnia kesihatan yang baik dan semoga panjang umur, ucapan saya sedikit berlainan. “Selamat pendek umur,” saya bergurau. Semua tersentak. “Kenapa pula ucapan pendek umur?” tanya Adah, emak Zizi . Dia amat hairan

“Yalah… bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin …

Dialog

Kantung e-mail di intai dan saya menemukan kiriman yang amat menarik ini. Cukup elok untuk dikongsi bersama.

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan, "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab, "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi, "Tetapi di sini didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa.Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kam…

Pertemuan

Saya ke Kg Spang Loi memenuhi undangan majlis perkahwinan anak penulis novel terkenal Cikgu Abd Talib Hassan. Kesebokan melayan tetamu yang datang tidak memberi sedikit ruang pun pada saya untuk bersembang dengan penulis yang melonjak naik namanya lewat novel Saga 1976. Sekurang-kurangnya untuk bertanya karya terbaru daripadanya. Cikgu Talib sebenarnya bukanlah asing pada saya. Saya pernah menjadi anak muridnya sekitar 70an dahulu. Beliau merupakan kawan baik kepada arwah bapa saya. Saya masih ingat sekitar tahun 1970 beliau yang berasal dari Teluk Intan telah menggabungkan anak-anak muda yang berminat di kampung untuk satu pementasan teater purba yang amat menarik.

Sambil menyelam minum air. Saya tidak melepaskan peluang mengunjungi atuk saya yang nampak ceria di samping isteri baru yang dinikahinya sejak setahun yang lalu Di usia 88 tahun atuk nampak masih sihat dan bertenaga. Menurut Utih, atok amat manja dan sentiasa ingin dibelai oleh isteri barunya itu. Baguslah tu.

Perjalanan say…

E-mails

There are a lot of ways to make mistakes while working with the computer. The most embarrassing one is when you send an email to the wrong person….above all when this person is the object of insults the email is referring to! Forget about it and lets share this joke.
A man checked into a hotel.
There was a computer in his room,
So he decided to send an e-mail to his wife.

However, he accidentally typed a wrong e-mail address,
and without realizing his error, he sent the e-mail.

Meanwhile... Somewhere in Houston ,
a widow had just returned from her husband's funeral.
The widow decided to check her e-mail,
expecting condolence messages from relatives and friends.


After reading the first message, she fainted.
The widow's son rushed into the room,
found his mother on the floor,
and saw the computer screen which read:
*
*
*
*
*
*
*
To: My Loving Wife
Subject: I've Reached
Date: 5th November 2010



I know you're surprised to hear from me.
They gave computers here,
and we are allowed to send e-mails to …

Bongkar

Persoalan yang berlegar di minda saya sejak sebulan lalu terjawab hari ini. Seorang sahabat lama ini yang pernah saya bersama dengannya semasa di UKM lebih dua dekad lalu merungkaikan kekusutan yang menyemakkan fikiran. Saya berjaya menjejaknya semula di laman sosial FB. Kami pernah senang dan susah bersama bila secara kebetulan menghuni bilik yang sama. Pernah berkongsi sepinggan mee segera bersama. Pernah membonceng motor buruk saya untuk ke kelas bersama. Kami berjumpa semula.

Lantas, bagai orang mengantuk di sorong bantal kehadirannya semula membawa kelegaan yang bukan sedikit kepada saya. Sahabat baik ini berjaya membantu saya menelanjangkan identiti seorang pembaca blog ini dan sekali gus menyiatkan topeng kepalsuan yang dipakainya selama ini. Pembaca blog yang seorang ini cukup selesa meninggalkan komen-komen berbaur negatif dan amat tidak ikhlas. Pedas. Tajam. Menjengkilkan. Komen yang terbit dari hati yang busukkkkkkk. Penuh dendam. Dengan berselindung di sebalik nama Pena Taj…

Pujian

"Sedap betullah gulai ketam ni, siapa yang masak ni". Hari ini saya tidak dapat menahan diri saya untuk mengekspresikan bahawa masakan isteri pada hari ini memang luar biasa sedap dan enaknya. Indikatornya saya menambah nasi sampai tiga kali. Tiada siapa yang boleh menahannya. Selera begitu meluap-luap justeru di jana keenakan gulai ketam. Teruknya. Gulai ketam masak lemak kuning cili api memang kegemaran saya. Ia begitu sedap bila isteri yang memasaknya.

Bukan isteri tidak pernah memasak yang dirasa sedap dan enak begini, cumanya dalam banyak keadaan saya memilih untuk tidak meluahkan pujian itu secara terbuka. Namun jauh di sudut hati, pernyataannya ialah sedap, enak dan lazat. Saya terjemahkannya dengan makan lebih daripada biasa. Dan Wati faham, tinggal lagi wanita tetap wanita.

Umumnya, wanita tidak seperti lelaki yang sentiasa dahagakan pujian. Dan, lebih teruk dari itu, kalau pujian sudah dilontarkan pun, ia masih menagih agar pujian itu diulang berkali-kali. Paling ket…

Pekak

Pemanduan ke Johor Bahru seawal 5.00 pagi agak lembab. Tidak boleh sangat memecut supaya akhirnya boleh sampai di OUM sebelum jam 8 pagi. Hujan renyai-renyai yang berterusan dari hujan yang merengek sejak malam tadi membantutkan sedikit kelajuan. Memandu seorang diri memang membosankan selain menyumbang kepada rasa mengantuk.Isteri dan anak tidak bisa menemani seperti selalu. Jalan masih basah dan sesekali perlu mengelak lopak air yang tidak diduga.

"Buat apa nak sebok-sebok sama ada saya sembahyang ke tidak. Kau nak sembahyang, itu urusan kau, lagi pun kubur masing-masing". Saya mendengarnya melalui radio IKIM pagi ini. Seorang ustaz yang saya kagumi ini memang seronok bila didengar berbicara. Dia bercerita ditanya oleh seorang yang memerlukan bantuannya bagaimana untuk menasihatkan kawannya yang begitu liat hendak sembahyang. Dan jawapan itulah yang diterimanya dari kawannya itu. Jawapan begini memang sudah biasa sangat kita dengar.

Namun yang menariknya saya tidak pernah …

Mengaruk

Pemilik kenderaan yang selama ini mengabaikan saman Pihak Berkuasa Tempatan atas kesalahan seperti meletak kenderaan sesuka hati, bakal disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) apabila pindaan Akta JPJ 1987 diluluskan kelak. Itu kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan.


Pindaan itu membolehkan semua PBT menyerahkan kepada JPJ senarai pesalah mereka yang gagal melunaskan saman untuk disenarai hitamkan. Selain itu katanya, pindaan juga antara lain mewajibkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu mengesahkan alamat terkini mereka bagi memudahkan segala urusan berkaitan penyerahan notis saman dan sebagainya.

Sehingga akta yang dimaksudkan itu dipinda dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang, pemilik kenderaan ada sebab yang cukup kuat untuk tidak berasa gusar. Kalau ke bandar sekarang, penguatkuasa Majlis Bandaran Segamat bagaikan mengaruk dan dilanda kemaruk. Kelibat petugas berpakaian biru gelap sentiasa dilihat terpacak di petak-petak par…

Tempayan

Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi, kami terserempak sebatang pokok kayu kecil merintangi jalan.Pastinya kesan ribut kencang berserta hujan lebat lewat malam tadi. Namun ia tidak sampai menyekat laluan. Ada kenderaan yang telah pun lalu sebelumnya dan membentuk laluan baru di bahu jalan. Saya hampir turun dari kereta untuk mengalihkan kayu tersebut ke tepi. Ia bukanlah batang kayu yang besar sangat dan saya tahu saya mampu menganjaknya dengan sedikit bantuan dari Haziq.

Namun isteri berpandangan lain. Waktu agak menghambat. Lalu tidak perlu buang waktu untuk melakukan sesuatu yang ada orang lain boleh buat sebenarnya. Ya, ada orang lain yang boleh buat. Saya percaya orang lain yang bakal melalui jalan ini juga akan berpandangan yang sama. Biar orang lain yang buat. Biar berpuluh orang pun yang lalu, pandangan mereka macam sudah diduga. Pandangan yang sama dan sama dan sama.

Tengahari ini bila saya sekali lagi melewati jalan yang saya sama tadi, keadaannya masih sama. Batang pokok ma…