Skip to main content

Kerenah


Pak Utih merungut sambil marah-marah kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan bagi adiknya yang kelainan upaya masih tidak diluluskan sampai sekarang. Saya faham kemarahannya dan memang berasas. Pun begitu, di pihak yang satu lagi, kelewatan itu juga berasas. Ada prosedur yang perlu dipatuhi.

Walaupun peraturan dibuat untuk memudahkan sistem, namun janganlah kita begitu terikat dengannya sampai menafikan soal budibicara dan sikap toleransi. Pastinya ada perkara yang dapat dilakukan dengan baik dan memuaskan hati kedua-dua pihak sekiranya kita bertindak sebagai "manusia" dan bukan dikongkong oleh peraturan buatan manusia.

Pak Utih bukan seorang diri berdepan dengan kerenah birokrasi ini. Namun itu bukan bermakna kita harus memandang sepi perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini. Di mana-mana pun sentiasa ada ruang untuk memudahkan urusan tanpa menggadaikan rasa kemanusiaan yang seharusnya menjadi dasar kepada mana-mana sistem dan peraturan buatan manusia. Kita jangan jumud.

Pak Utih bercerita tentang permohonannya yang sudah makan tahun. Cerita tipikal tentang kelewatan. Tidak sangat menghairankan pun. Sudah lumrah sangat.

Ibarat kisah seorang pengemis yang kelaparan yang sudah berhari-hari tidak makan. Dia memerlukan bantuan segera. Lalu bertemu dengan seorang pegawai kerajaan di jabatan yang berkaitan. Bermula dengan isi borang. Kemudian berurusan pula di jabatan lain hanya untuk mendapatkan borang. Mengisi borang tidak bermakna urusan selesai. Borang permohonan perlu diteliti oleh pihak atasan sebelum sebarang tindakan meluluskan dapat dibuat. Kemudian perlu pula diselidik latar belakangnya oleh pegawai yang bertanggungjawab. Ia tidak habis di situ. Kena tunggu pula kelulusan bahagian kewangan. Kemudian diagihkan pula kepada bahagian pentadbiran yang akhirnya memaklumkan sama ada permohonan diluluskan atau sebaliknya dan tidak diketahui entah bila.

Pengemis itu bukan perlu banyak pun. Cuma sedikit makanan untuk hari itu sahaja. Malangnya dia perlu membawa sebilah gunting untuk melalui begitu banyak pintu yang perlu dipotong reben-reben merahnya!

Pena Tumpul - Memerhati ramainya Napoleon

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w