Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Jagung

"Umur baru setahun jagung, tapi caranya mengalahkan pokok getah tua yang tunggu masa untuk ditebang"
Pak Itam yang masih punya sekitar dua tahun berbaki sebelum bersara melahirkan rasa kurang selesanya dengan beberapa orang pekerja yang baru melaporkan diri di jabatannya. Saya terserempak dengan Pak Itam di pasar tani pagi ini. Sempat juga dia meluahkan rasa hatinya.

Pak Itam cuma seorang kerani biasa namun cukup kaya dengan pengalaman. Setelah lebih 30 tahun bekerja saya tahu Pak Itam memang cukup arif dan cukup masak dengan selok belok tugasnya. Saya kenal benar dengan cara Pak Itam. Mudah diajak berbicara dan tidak lokek ilmu.

Saya faham perasaan Pak Itam. Di ambang persaraannya, Pak Itam pastinya dibungkam dengan pelbagai perasaan. Rasa seperti dipinggirkan dan tidak diperlukan. Pak Itam rasa dirinya tidak ubah seperti Quran buruk saja. Pak Itam yang didewasakan dengan mesin taip dan mesin cetak guna stensil dan dakwat hitam yang menyelekehkan tentunya tidak "sewak…

Tabiat

"Apabila ada yang kata kita hendak "buang tabiat" bila kita dilihat melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan kita, jawablah bahawa kita sebenarnya hendak "tambah tabiat"

Syahrul Nizam Junaini memberi saranan ini dalam bukunya Seni Bahasa Badan apabila beliau membicarakan tentang hebatnya kuasa sentuhan. Kata beliau, sentuhan adalah elemen bahasa badan yang lebih mujarab daripada batu gemala hikmat. Walaupun ungkapan begini sudah saya dengar banyak kali dilontarkan oleh pembicara motivasi namun ia tidaklah sampai saya begitu sangat teruja untuk melakukannya. Saya sering melihatnya sebagai biasa-biasa sahaja.

Namun sejak beberapa pagi lalu saya menterjemahkannya dalam tindakan saya. Saya melakukan sesuatu yang diluar dari tabiat saya. Saya berfikir berkali-kali sebelum mengambil keputusan melakukannya. Bukan saya kekok untuk melakukannya. Bukan juga kerana malu. Tidak juga kerana tidak biasa melakukannya sebelum ini. Saya cuma khuatir tindakan "luar tabii&q…

Susu

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah yang sedang membesar cukup menarik perhatian sekarang. Kata pakar perubatan masalah ini sepatutnya boleh dibendung andainya bayi dibesarkan dengan susu ibu dan bukan susu lembu.

Semua orang tahu khasiat susu ibu. Islam pun mengiktiraf manafaat susu ibu ini malah amat menganjurkannya. Ia cukup baik untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Ia ada kaitan dengan perkembangan bayi dari sudut fisiloginya, minda, psikologi dan juga perwatakannya. Ringkasnya, bayi yang membesar dengan susu ibu logiknya akan sempurna tumbesarannya serba serbi.

Saya tidak tahu sama ada saya membesar dengan susu ibu. Tidak pernah terlintas pula untuk bertanya emak soalan ini. Namun mengambil kira, emak saya yang tidak bekerja selain hampir tiadanya susu tiruan waktu itu, saya yakin susu ibulah yang banyak menyumbang kepada pembesaran saya.

Di sekitar lewat 60an dan lewat 70an dulu, susu tepung berformula dengan pelbagai jenama hampir tidak ada. Kalau pun ada, orang ramai…

Bekal

Khabarnya ada pengusaha kantin yang bising-bising kerana peraturan baru tentang apa yang boleh dijual dan tidak boleh dijual mulai bulan Mei ini. Nasi lemak dan segala jenis mee antara yang tersenarai. Nasi lemak dikatakan tidak akan dibenar dijual begitu kerap sampai hampir setiap hari seperti sekarang. Ia bakal diselang selikan dengan makanan lain yang mempunyai nilai permakanan dan kesihatan yang tinggi berbanding nasi lemak.

Saya melihat langkah kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran untuk membendung masalah kegemukan tahap tinggi atau pun obesiti cukup murni.

Memang baik membenterasnya di peringkat umur persekolahan. Justeru kalau dibiarkan, natijahnya sepuluh dan 20 tahun akan datang kita bakal menyaksikan warga pelapis negara yang tidak sehat. Warga yang berisiko dihinggp penyakit negara maju seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan sebagainya. Sekarang ini pun penyakit-penyakit inilah yang menjadi pembunuh senyap sebahagi…

5:50

Allah memberi kesempatan lagi kepada saya untuk meraikan ulang tahun keputeraan yang ke 50. Istemewanya masih lagi berkongsi kegembiraan itu bersama Hafiz yang juga lahir pada tarikh yang sama. Bezanya saya 50 dan Hafiz 5 tahun.

Menyambut hari lahir bagaikan tidak lengkap tanpa kek. Saban tahun saya tidak perlu susah-susah untuk kek itu. Ani, ibu Hafiz cukup pemurah menyediakan kek yang boleh tahan besarnya. Emak masih tahu kesukaan saya. Mee kari dan buah melaka. Tiada siapa boleh lawan mee kari dan buah melaka buatan emak. Agak ramai yang datang meraikan, termasuk Atok Dolah yang menggagahkan dirinya di usia 90 tahun.

 Atok Dolah sempat bercerita tentang rakan-rakan sebayanya yang telah lama dijemput Ilahi. Dia menyebut Tok Sentol, Tok Ghani dan beberapa nama yang saya kira sudah lama benar pergi. Atok bersyukur kerana dikurniakan usia yang luar biasa panjangnya itu. Saya lihat Atok nampak sangat uzurnya.

Sesuatu yang tidak dapat disangkal bahawa panjang pendek umur manusia tidak s…

Jemput

Banyaknya pilihan sarapan yang ada. Malah tidak kurang banyaknya juga gerai-gerai yang boleh dilabuhkan punggung untuk sarapan pagi. Hampir semua warong ada nasi lemak. Kalau ke restoren mamak pula, roti canai dan pelbagai jenis roti lagi memang tidak boleh dilepaskan.Bukan masalah untuk menjejak warong bagi bersarapan pagi di bandar Segamat ini.

Setiap gerai ada kekuatannya sendiri-sendiri. Ada yang hebat dengan nasi lemaknya, sambal yang sedap. Tidak semua gerai yang jual nasi lemak sedap sambalnya. Kalau nak sambal yang sedap, pergi ke warong Pak Daud di Kg Tengah. Sambal itulah kekuatannya. Lambat sedikit, hampalah jawapannya. Cukup laris. Kalau nak rasa nasi goreng kampung yang sedap, kunjungi gerai Bakar bomba di Jalan Temenggong yang mula dibuka petang membawalah ke malam. Nasi paprik dirasa sedap di Restoran di Taman Bendahara. Mee Bandong pula di gerai Idayu di Bandar Putra.

Sedapnya makanan pun tidak bermakna kalau perlu menunggu lama. Ada sebuah restoran di persimpangan l…

Tanya

"Kalau kita menyoal kita kelihatan 'bodoh' 5 minit, tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya"
Saya ungkapkan kata-kata ini kepada Haziq sebelum meninggalkannya di kelas tuisyen Matematiknya malam tadi. Kalau di sekolah dia mungkin tidak cukup berpeluang untuk bertanya soalan. Malu dengan kawan, katanya. Jadi saya kata, di kelas tuisyen inilah dia perlu lebih banyak bertanya. Bertanya untuk melangsaikan keraguan dan memecahkan kebuntuan yang bersarang di kepala. Biarlah kita nampak macam bodoh dengan soalan-soalan yang ditanya sedangkan hakikatnya kitalah yang menuai manafaatnya. Kata orang tua-tua, malu bertanya sesat jalan. Malu makan perut lapar dan kalau malu berkayuh, perahu hanyut.
Pagi ini banyaknya soalan yang ditanya oleh Haziq kepada saya. Dia mula sedar perlunya bertanya barangkali. Seusai solat Subuh bertalu-talu soalan tentang solat yang diajukannya.
"Betul ke solat boleh buat kita jadi baik". Saya tanya dia semula kenapa so…

JBM1125B

Tidak ada apa yang lebih menggembirakan selain daripada diberi kesempatan untuk mencecah usia 50 tahun ini. Setahun lagi umur bertambah meninggalkan sisa-sisa usia yang terus berkurang. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepadaNya kerana nikmat yang tidak terhingga. Nikmat usia yang diberkati. Nikmat kesihatan dan juga nikmat kebahagiaan di samping keluarga.

Pagi ini nikmatnya melimpah lagi. Tanpa saya duga dan jangka sekumpulan pelajar-pelajar yang saya kasihi menyajikan juadah yang amat menyelerakan. Ada mee goreng. Kek cokelat pun ada. Malah yang lebih menariknya ada pulut kuning bersama kari yang cukup sedap. Saya makan bersama mereka bagaikan satu keluarga. Saya amat terharu dengan mereka. Tiada kata yang dapat saya ucapkan untuk menyatakan betapa saya amat sangat berbangga dengan mereka.

Saya akan sentiasa mengingati mereka setiap kali melihat hadiah yang diberi meniti hari-hari berlalu saat demi saat!

Pena Tumpul - Semoga mereka berjaya cemerlang dalam peperiksaan yang men…

Hukum

Mantoba yang sudah hampir 10 tahun bekerja melahirkan rasa kurang selesanya dengan beberapa orang pekerja baru di tempat kerjanya. Kata Mantoba, mereka ini belum sampai pun setahun bekerja.Namun lagak dan gayanya bagaikan sudah bertahun-tahun. Sudah memandai-mandai walaupun belum cukup sangat pandai. Pekerja lebih lama tidak diumpamakan.

Tidak sabar-sabar hendak naik ke atas. Darah baru setampuk pinang. Masih setahun jagung. Ubun-ubun masih lembik. Belum duduk sudah berlunjur. Belum merangkak sudah berlari. Ular lidi nak jadi naga. Ia berlaku di mana-mana organisasi pun.

Ustaz Umar berkisah tentang anak murid kesayangan Imam Abu Hanifah iaitu Abu Yusuf. Setelah merasakan dirinya pandai sangat Abu Yusuf meninggalkan majlis Abu Hanifah dan membuka majlisnya sendiri. Abu Hanifah tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Abu Yusuf. Dia menghantar seorang ke majlis Abu Yusuf untuk mengujinya dengan beberapa permasalahan. Ternyata ilmu Abu Yusuf masih lagi dangkal kerana gagal mengutarak…

Palsu

Banyaknya yang tiruan dan palsu sekarang. Ada rambut palsu, gigi palsu, bulu mata palsu. Bukan itu sahaja, orang palsu pun ada. Entah-entah dalam kehidupan kita sekarang, lebih banyak yang palsu daripada yang tulin dan asli.

Bila heboh fasal telor tiruan yang khabarnya ia di kesan di Pulau Pinang ia tidaklah memeranjatkan sangat. Mungkin juga kehadiran telur ini di kalangan kita sudah lama, cuma kita yang tidak menyedarinya. Banyaknya kepandaian orang sekarang sehingga telur pun boleh dipalsukan. Motifnya tentu tidak lain kecuali untuk untuk banyak dan cepat. Yang menjadi mangsanya ialah orang ramai.

Teknologi pembuatan telur palsu ini tidak tahulah entah dari mana datangnya. Namun di China, dilaporkan pembikinan telur palsu ini sudah bertapak agak lama. Ada kemungkinan ia datang dari China yang memang cukup bijak menghasilkan barang-barang palsu dan murah. Sementelah lagi sejak beberapa tahun lalu, kemunculan kedai dua ringgit di serata pelusuk bagaikan cendawan di musim hujan.

Sek…

Pisang

Pokok pisang bukan kuat sangat pun. Sekali tumbuk dan kalau tepat sasarannya ia pasti menyembah bumi. Kalau penumbuk tidak cukup kuat guna parang dan tetak tepat ke batangnya, tumbanglah ia. Itulah yang kita lihat pada pokok pisang ini. Lemah dan mudah ditewaskan.

Tiga hari lalu saya tebang pokok pisang yang tumbuh meliar dalam kebun. Bukan itu sahaja diracun juga. Bergelimpangan batang-batang pisang. Hati puas. Saya berjaya menamatkan riwayatnya. Saya fikir saya menang.

Saya memang selalu silap tentang pokok pisang ini. Cepatnya ia bangkit kembali. Petang ini saya melihat pada tunggul yang terdedah ada pulur baru warna hijau muda terjulur. Pisang belum tewas lagi rupanya.

Dari dulu pun memang begitu cara pisang. Cincanglah walau sebanyak mana sekalipun, sebanyak itu jugalah pulurnya menghulur keluar kemudian.

Degil betul pokok pisang. Di pancung dan dicincang masih bangkit semula. Malah kalau dibakar pun tunggul yang tinggal, pisang tetap tumbuh semula. Begitulah kentalnya semangat…

Praktik

Banyaknya yang kita belajar melalui apa yang kita baca, dengar dan lihat. Ilmu tentang sesuatu boleh dipelajari secara formal dan juga tidak formal. Ia diperolehi seawal di sekolah dan setinggi universiti. Di dengar juga melalui cakap-cakap orang. Luasnya ruang dan peluang untuk belajar sesuatu. Tiada batasannya. Kemunculan media baru seperti internet menyemarakkan lagi pencarian ilmu ini.

Namun ada yang kelihatan kurang. Selalunya banyak yang kita tahu tetapi setakat itu sahajalah. Ia tidak sering sangat dikuti dengan menterjemahkannya dalam tindakan dan perbuatan. Kita begitu mendalam di teori namun amat dangkal di praktiknya. Ia tidak sepatutnya begitu. Teori dan praktis perlu berjalan seiring.

Ilmu tanpa amal tidak ada ertinya. Ibarat pokok tanpa buah. Daun sahaja yang lebat dan akhirnya kering layu tanpa boleh dimanafaatkan pun. Banyaknya buku resipi yang dimiliki dan pengetahuan tentang cara masak itu dan ini tidak menyumbang apa-apa selagi tidak diterjemahkan dalam bentuk hidan…

Dengar

"Ruku' dan sujud tidak perlu dalam solat....",

Adakalanya kita cepat sangat membuat kesimpulan sebelum mendengar sampai habis apa yang kita dengar. Belum habis lagi cakap orang yang kita dengar, kita cepat memintas. Hasilnya berlakulah salah tafsir, kekeliruan dan kekecuhan yang tidak sepatutnya berlaku pun. Bukan itu sahaja, sesuatu yang kecil akan dibesar-besarkan, yang pendek akan dipanjangkan yang tiada akan ditokok tambah.

Kenyataan di atas itu saya percaya pastinya amat mengelirukan dan boleh menimbulkan keraguan yang bukan sedikit. Itu kenyataan Abu Nawas.Ia menerima padah. Kenyataan ini telah menyusahkan dirinya dan sekaligus membangkitkan kemarahan orang ramai. Malah  Khalifah Harun al-Rasyid marah besar pada Abu Nawas dan ingin menghukum mati Abu Nawas setelah menerima laporan bahwa Abu Nawas mengeluarkan fatwa: tidak mau ruku’ dan sujud dalam salat. Ini ditambah lagi dengan hasutan para pegawainya yang berkata Abu Nawas memang patut dihukum. Dan ini memang sel…

Model


 Tanpa dijangka saya terserempak dengan Pak Man di sebuah kedai makan. Lalu kami makan tengahari bersama sambil Pak Man tidak henti-henti bercerita tentang pengalaman lalunya. Pak Man adalah cikgu pencen dan pernah rapat dengan arwah ayah. Mereka sama-sama bersekolah Inggeris.

Sekonyong-konyong masuk dua murid sekolah, lelaki dan perempuan. Berpakaian sekolah. Lagaknya bagai belangkas. Lelaki tanpa silu merokok. Pak Man mengeluh panjang dan nampak sesal dan kecewa. Dua orang anak Melayu berfe'el begitu di depannya. Saya berkongsi rasa dengan Pak Man. Pak Man mula bercerita tentang zaman sekolahnya dulu. Guru-guru ditakuti juga dihormati. Kebanyakan guru masa Pak Man dan arwah ayah adalah orang putih dan guru-guru India yang mendapat pendidikan British.

 Kata Pak Man, ibu bapa waktu itu tidak pernah melenting kalau anak mereka dihukum malah dirotan kerana melanggar peraturan sekolah. Ia jauh berbeza dengan sekarang. Usahkan dirotan, ditegur sedikit si anak, alamat perang besarl…

Bila

"Pada tahun berapakah Tuhan kamu dilahirkan?", tanya ilmuan kafir itu.

Abu Hanifah yang rendah hati menjawab soalan itu dengan tenang.
"Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan"

Ilmuan tidak cukup puas hati dengan jawapan yang diberikan lantas bertanya lagi.
"Kalau memang Allah tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan, lalu pada tahun berapa Dia ada?

"Dia ada sebelum segala sesuatu ada", tegas Abu Hanifah.
"Boleh beri contoh yang lebih konkrit tak", tanya ilmuan bongkak ini lagi.

Abu Hanifah tangkas memberi jawapan. "Tuan tahu tentang nombor kan"
"Ya, sudah tentu saya tahu", jelas ilmuan ini angkuh.

"Apakah angka sebelum angka satu?"
"Tidak ada ", jawab ilmuan kafir.

"Sudah terang lagi bersuluh. Memang pasti tidak ada angka yang mendahului angka satu. Lalu, mengapa Tuan hairan bahawa sebelum Allah itu tidak ada sesuatu pun yang mendahuluiNya?" jelas Abu Hanifah.

Ilmuan itu termangu dan terpuk…