Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

29Feb

Tarikh 29Feb memang istemewa. Ia istemewa kerana ia muncul dalam kalendar kita cuma sekali dalam empat tahun. Tarikh ini pernah muncul empat tahun yang lalu dan akan kita temui lagi penampilannya empat tahun mendatang.

Hari ini pagi-pagi lagi saya mengucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran kepada satu-satunya rakan karib yang pernah saya kenal yang saya cuma berkesempatan mengucapkannya empat tahun sekali. Dia lahir pada 29hb Februari.  Dia mula saya kenal ketika sama-sama belajar dalam Form 1.

Ada sesuatu yang susah sangat saya hendak lupa tentang dirinya. Setiap hari dia pasti meminjam dua puluh sen daripada saya. Hendak beli makanan di kantin.  Saya tahu dia memang datang dari keluarga yang tidak begitu sangat senang sekurang-kurangnya jika dibandingkan dengan saya yang juga memang tidak senang. Saya tidak pernah menghampakannya. Saya sedar kesukarannya. Dia pernah memberitahu saya, di tengah-tengah sebuah keluarga yang agak besar dengan sembilan adik beradik, adakalanya catuan …

Pupus

Rencana ini disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini dan juga blog Khairy Jamaludin dan juga portal SMDBD Segamat.

KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap saya lontarkan dalam semua kelas yang saya masuki pada setiap kali semester baru bermula. Soalan ini tidak dapat saya elak- kan kerana senario beginilah yang menangkap perhatian saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki langsung?

Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana.

Beberapa orang pelajar lelaki yang be- rat untuk bersetuju dengan pandangan nakal ini melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sis…

Cuka

Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Saya mendengar ceramah Ustaz Hanafiah Abd Razak dari Pejabat Mufti Johor yang diundang khas dalam sambutan Maulidur Rasul pagi ini. Ada beberapa perkara yang menarik hati saya. Di awalnya Ustaz tidak menyentuh sedikit pun tentang Nabi besar kita. Ustaz banyak bercerita tentang umur umat Muhammad akhir zaman yang semakin rapuh dan tidak sempat tua. Kata Ustaz salah satu penyebabnya ialah angkara syaitan durjana.

Syaitan memang licik permainannya. Kata Ustaz syaitan menyerang manusia melalui hembusan dan ludahnya. Kita perlu berhati-hati agar tidak sampai terkena hembusan dan ludahan syaitan ini. Hembusan syaitan ibarat angin yang menyelinap dalam tubuh manusia dan seterusnya menyerang organ-organ tertentu. Angin ini berwarna merah yang dalam bahasa Arabnya disebut …

Cukup

Acapkali dalam situasi tertentu kita mengeluh tidak cukup. Wang tidak cukup dalam poket untuk menampung hidup. Juga makanan yang tidak cukup untuk diagih-agihkan dalam keluarga yang besar. Ketika tiba-tiba datang tetamu tanpa dijangka adakah nasi yang ditanak cukup atau perlu ditanak lagi. Risaunya kita kalau segalanya macam tidak cukup.

Mendengar ceramah seorang Ustaz yang bercerita tentang Junjungan Nabi kita dalam sambutan maulid pagi ini ada satu yang menarik hati saya. Ustaz ini berkongsi  kisah yang berlaku semasa Peperangan Khandaq.

Ketika kaum muslimin membina parit sebagai kubu menyekat kemaraan musuh, mereka telah bertungkus lumus bekerja. Mereka juga menggali parit itu dalam keadaan panas dan lapar. Kebanyakan kaum muslimin mengikat perut mereka dengan batu, bagi mengurangkan rasa lapar mereka. Malah, ada beberapa orang sahabat, yang kelaparan, sempat mengadu kepada Rasulullah. Namun mereka tidak mengadu dengan bicara, mereka sambil tersenyum mengangkat baju mereka,…

Kiamat

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."


Kata Ustaz Dr Daniel dalam Tanyalah Ustaz Tv9, umat Islam tidak boleh dan tidak perlu terpengaruh dengan dakyah Barat bahawa Kiamat akan berlaku pada 2012. Mempercayainya jelas syirik. Kita wajib percaya kepada hari Kiamat tetapi tidak sampai percaya bila Kiamat itu akan berlaku. Itu urusan Allah. Lantas beliau mengutarakan ayat di atas sebagai panduan.

Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi data…

Melabel

"Awak memang tidak berguna. Tidak berhati perut dan awak kejam"

Salah satu perkara yang kita lakukan yang membuat orang benci hendak bercakap-cakap dan berbual-bual dengan kita adalah perbuatan memberi cap atau memberi label. Ayat-ayat di atas adalah antara contoh yang biasa kita dengar.

Melabel adalah tuduhan yang mengandungi  unsur di mana kita mengatakan seseorang itu mempunyai sifat yang negatif terhadap diri kita. Ini bermakna seolah-olah kita boleh nampak apa yang ada dalam kepalanya dan dapat membaca apa yang ada dalam hatinya. Hebatnya kita kalau itu boleh kita lakukan. Namun ia mustahil boleh dilakukan. Tidak ada orang yang tahu apa yang ada dalam kepala dan hati orang lain, sekali pun antara suami dan isteri.

Kita selalunya mudah dan pantas melabel berdasarkan apa yang kita lihat dan dengar walaupun hanya sekali. Misalnya, bila sekali suami tidak membelikan isteri sesuatu yang diminta dengan pantas dilabelkan begini oleh isteri kepada suami, "Abang kedekut"…

Kucing

"Entah sapalah yang buang kucing kat sini."

Kata-kata begitu sering terpacul setiap kali kelibat binatang kaki empat ini dilihat berkeliaran di kawasan rumah.Tidak dinafikan ada kalangan kita yang memang tidak senang dengan kehadiran kucing ini. Sebabnya mudah. Kucing bertabiat mengeluarkan bahan buangannya merata-rata dan ini merimaskan. Selain itu tabiat kucing yang suka bertenggek di atas kereta dan ini juga tidak menyenangkan. Takut kereta calar kononnya. Selebihnya kucing tidak pernah bawa masalah besar pun.

Saya bukanlah penggemar kucing dan tidak juga sampai tidak suka pada kucing. Kucing tidak merensakan saya selagi ia bersih dan "berdisiplin".


Perlu diingat bahawa Nabi kita menyanjung mereka yang sayang kucing. Diceritakan dalam suatu peristiwa  seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak…

Ilmu

Saya menghadiri ceramah Maulid Rasul di dua lokasi yang berbeza hari ini. Kedua-keduanya menyuntik ilmu tentang junjungan Baginda walau tidaklah banyak. Ada pengulangan maklumat dan sudah acapkali di dengar dari pelbagai sumber di sampaikan oleh orang yang berlainan, sama ada di radio mahu pun tv. Pun begitu ia tetap bermanafaat sebagai peringatan buat insan yang mudah lupa seperti saya.

Di Masjid Jamek Segamat ada satu perkara yang menarik disampaikan oleh Ustaz Najmi tentang Rasulullah. Bahawa kambing merupakan haiwan yang digembala Rasulullah dan bukan lembu dan sebagainya ada hikmah di sebaliknya . Menggembalakan kambing menuntut beberapa sifat daripada seorang penggembala. Antaranya sifat sabar .Penggembala dituntut menunggu dan menjaga serta mengawasi binatang gembalaannya sejak matahari terbit sampailah terbenam, sehingga dapat melatih kesabarannya. Hal ini dapat dilihat dari lambatnya kambing makan, sehingga penggembala memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dalam menghadap…

Sedekah

Pena Tumpul - Bagus

Mengampu

"Cantiklah mama hari ini. Pandai mama pilih baju. Lauk ayam paprik yang mama masak tadi pun sedap sangat. Banyak kali Haziq tambah."

Haziq memuji mamanya berlebih sangat petang ini. Luar biasa pujian yang dianugerahkan kepada mamanya. Walaupun dia memang pernah memuji sebelum ini namun pujiannya kali ini menghairankan seorang saya dan juga mamanya. Ia meragukan saya. Saya mula memikirkan yang bukan-bukan tentangnya. Adakah dia mengampu? Adakah pujian itu bermotif

Perbuatan mengampu dianggap oleh kebanyakan orang sebagai perbuatan yang salah. Ia dianggap begitu kerana dikatakan disebalik perbuatan itu ada udang di sebalik batu. Oleh itu perbuatan mengampu dianggap salah kerana tujuannya manipulatif. Biasanya apabila kita mengampu orang, kita sendiri tidak perasan kita sedang mengampu orang itu. Tujuan kita mengampu adalah supaya orang yang kita ampu itu suka kepada kita, dengan cara itu kita berharap kita akan dapat mempengaruhinya.

Ada pelbagai cara orang mengampu. Antarany…