Skip to main content

Ketua

Rupa-rupanya tidak semua orang suka jadi ketua ketika ada yang lain berebut-rebut untuk mendapatkannya.Ketua Kampung Gudang Garam sudah acapkali menyuarakan hasratnya untuk melepaskan jawatan yang telah dipegangnya sejak hampir 30 tahun itu. Memang sangat lama. Pun begitu hasratnya tidak pernah tertunai kerana tiada yang bersedia untuk mengganti tempatnya. Malah tidak ada yang dilihat layak juga untuk memikul tanggungjawab ini.

Sejak dua minggu lalu, kampung ini sedikit kecoh. Seorang yang difikirkan layak untuk menerajui pentadbiran kampung menolak jawatan di saat-saat akhir. Tindakannya ini memang mengecewakan Tok Ketua yang sudah berkira-kira untuk menyerahkan kerusinya kepada calon muda ini. Alasan penolakan macam tidak masuk akal sahaja iaitu masih belum bersedia untuk berdepan dengan penduduk kampung yang pelbagai gelagatnya. Dia juga khuatir orang-orang kampung enggan memberikan kerjasama kepadanya atas faktor usianya yang masih agak muda.

Tok Ketua sedia ada akhirnya tiada pilihan lagi tetapi terus dipujuk untuk memikul amanah itu untuk beberapa ketika lagi sehingga calon lain ditemui. Respons awal mendapati sebahagian besar orang kampung masih mahu Hj Muda terus mengepalai mereka. Kata mereka, Tok Ketua tidak berkira, mudah diajak berunding, boleh lebih kurang dan sangat senang didekati. Tiada banyak birokrasi juga.

Kesian Tok Ketua kena sambung lagi!

Pena Tumpul - Jadi Ketua Kampung jangan lokek keluar duit juga untuk orang kampung

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w