Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Bocor

Cuti hujung minggu yang pada perancangannya untuk dimanafaatkan bagi menanda kertas jawapan peperiksaan dan membersihkan kawasan rumah dipinggirkan buat sementara apabila teringat permintaan emak yang telah acapkali menyuruh saya membaiki atap rumah yang bocor. Tuntutan untuk membaikinya lebih mendesak berikutan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini ditambah lagi dengan hujan lebat yang mencurah-curah.

Dengan berbekalkan semangat suka melakukan sendiri saya menaiki atap rumah dan menghabiskan masa lebih kurang dua jam menampal dan meggantikan paku yang sudah longgar. Berpeluh juga duduk di atas atap lebih-lebih lagi melakukannya ketika cuaca panas terik. Namun keringat dan tenaga yang keluar berbaloi juga kerana selepas itu emak menyediakan sajian kegemaran saya iaitu rojak.


Saya berbesar hati dapat memenuhi permintaan emak pada hari ini. Pada saya, selagi kita boleh melakukannya sendiri, tidak perlulah kita mengupah orang untuk melakukannya kerana upahnya tentunya bukan sed…

Photoshop

Hidung kemek boleh dijadikan mancung. Bibir pucat boleh diserikan. Muka yang kasar menggerutu boleh bertukar licin. Pendek kata wajah yang tidak nampak cantik dan tidak menarik boleh sahaja ditransformasikan untuk menjadi lebih cantik. Segalanya mungkin dengan bantuan perisian canggih dalam dunia teknologi digital kini.
Saya mengikuti bengkel sehari Photoshop hari ini dan didedahkan dengan teknik memanipulasikan gambar ini. Teknik "super-impose" menarik perhatian ramai peserta. Biasa kita lihat dan dengar bagaimana ramai yang menjadi mangsa apabila gambar mereka dieksploitasikan untuk tujuan tertentu melalui kaedah ini. Muka orang lain ditepekkan pada tubuh orang lain. Tanpa penilitian yang rapi dan kemahiran dalam perisian ini, gambar yang dihasilkan tidak nampak celanya pun. Di sinilah kita menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab. Justeru kita perlu berhati-hati bila memuat naik gambar milik kita di mana-mana laman sosial yang makin ramai pengikutnya sekarang.

Ka…

Tanyalah

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu
untuk bermain –main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ,maka maha suci ALLAH raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia” - (Surah AlMukminun : 115-116)

Petikan ayat suci Alquran ini diungkapkan oleh Ustaz Abu Hasan Din lewat program interaktif "Tanyalah Ustaz" di TV9 awal pagi ini. Beliau berbicara tentang solat dan sekali gus melayan pelbagai permasalahan bersangkutan dengan ibadat paling penting ini. Yang samar-samar menjadi jelas, yang ragu dan keliru tidak lagi bercelaru hasil huraian hebat Ustaz Abu Hasan. Saya kira program ini amat bermanafaat untuk dilepaskan begitu sahaja.

Selama sejam tanpa ganjak di depan tv saya sempat menghadam kupasan menarik tentang kepentingan solat. Tentang mereka yang dianugerah nikmat kesenangan oleh Allah namun enggan mengucapkan rasa syukur dengan mengingkari perintah supaya bersolat. Sengaja Allah membe…