Skip to main content

Kenikmatan


Cakap-cakap tentang buat duit dengan menulis Dr Jeniri Amir masih lagi berbekas lebih-lebih lagi bila beliau berkata ada tujuh keseronokan dan kenikmatan dalam menulis. Sesuatu yang pasti ialah menulis menuntut pencarian maklumat-maklumat baru bagi memberi kekuatan dalam bahan yang ingin ditulis. Seperti kata Dr Jeniri, proses menggali maklumat amat menyeronokkan malah mungkin lebih dari nikmat seorang penggali emas! Menulis juga membawa penulis menjelajah satu dunia yang amat menyeronokkan malah mengasyikkan sehingga tanpa sedar belasan jam telah dipenuhi dengan menulis. "Saya pernah menulis 16 jam tanpa henti dan berjaya menghasilkan 86 halaman" Mengkagumkan. Macam sukar untuk dipercayai namun menurut Jeniri, konsistensi dalam menulis akan menjadikan segalanya mudah lambat launnya. Keseronokan tidak berhenti disitu kerana ibarat seorang ibu yang menatap bayinya yang baru lahir begitulah juga perasaan girang penulis melihat hasil canaian mindanya diterjemahkan dalam bentuk manuskrip dan keseronokan bertambah apabila ia diterbitkan dan meilhat nama sendiri terpapar dikulit buku. Saya yakin semua yang pernah menulis tidak boleh menyembunyikan rasa seronok begini yang mungkin sukar difahami oleh orang lain. Kenikmatan menulis meningkat apabila tulisan atau buku yang dihasilkan diterima baik oleh khalayak pembaca. Siapa sangka buah tangan Prof. Kamil melalui Travelog Hajinya dinobatkan sebagai buku yang paling laris di kalangan pembaca. Namun kita juga perlu sanggup berdepan dengan krtikan dan pehak yang mungkin rasa tergugat dengan apa yang ditulis. Bersedialah untuk situasi yang mungkin memeritkan ini. Namun itu adalah asam garam dalam penulisan.
Menulis buat kita dikenali walaupun tidak sampai terkenal. Seorang budak kampung yang membesar dengan ulat mulung dan umai di rumah panjang tidak mungkin dikenali seperti sekarang sekiranya dia tidak menulis. Itu katanya. Kerana menulis juga beliau sering di undang muncul di kaca tv- sesuatu yang tidak pernah dia fikirkan sebelumnya. Akhirnya, keseronokan dan nikmat ini akan datang dengan sendiri - wang ringgit. Jeniri mengakui dengan menulis dan ganjaran dari menulis beliau cukup senang walaupun poketnya tidak setebal Datuk K untuk menawan Siti Nurhaliza! Namun gurauan itu memberi gambaran betapa beliau betul-betul buat duit dengan menulis!

Pena Tumpul - Bukan semua boleh jadi "penulis"

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w