Skip to main content

Kasihan

Berita seorang pensyarah IPTA yang dipaksa meletakkan jawatan kerana menggagalkan sebahagian besar pelajarnya begitu menarik perhatian. Ia ekoran keengganan pensyarah terbabit memberikan "markah kasihan" kepada pelajar-pelajar tersebut. Saya sering memberitahu pelajar bahawa untuk lulus malah cemerlang di universiti amat mudah dicapai. Sebabnya amat mudah - soalan yang diutarakan dalam kertas peperiksaan secara umumnya disediakan oleh pensyarah yang juga terlibat secara langsung dalam menyampaikan bahan kuliah dan sekali gus memeriksa kertas yang akhirnya bertanggungjawab juga memberikan markah dan gred yang sepatutnya. Ini tentunya berbeza apabila mereka berdepan dengan peperiksaan awam di sekolah seperti SPM yang melibatkan tiga individu yang berbeza; penyampai, penggubal dan pemeriksa. Namun tidak ramai pelajar yang mengambil kesempatan ini. Cuti selama seminggu "cuti mengulangkaji" dibiarkan berlalu begitu sahaja. Saya hampa tanpa dikunjung oleh seorang pelajar pun sekurang-kurangnya untuk mendapatkan tips di saat akhir menjelang peperiksaan. Mungkin mereka sudah tahu semua dan tidak punya masalah lalu tidak timbul keperluan untuk berjumpa saya. Saya harap begitulah disamping tidak menghadiahkan saya dengan mutu jawapan yang tarafnya layak untuk C atau paling baik setakat B semata-mata. Dalam kes yang agak terpencil, ada juga pelajar yang seolah-olah sudah putus harapan mencatatkan sebaris nota "kasihan" merayu di luluskan. Saya selalunya tidak akan melayan permintaan sebegini, kerana saya tidak akan berlaku adil kepada pelajar lain yang telah berhempas pulas membuat persediaan sekiranya saya termakan dengan rayuan pelajar begini.

Pena Tumpul - Ganjaran perlu setimpal dengan usaha

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w