Skip to main content

Umrah



Emak bersungguh-sungguh benar dengan hajatnya untuk menunaikan umrah hujung Mei ini. Apabila emak menyuarakan hasratnya itu di depan saya, isteri dan Kak Long baru-baru ini kami tidak membantah malah amat gembira dengan niat emak. Kata emak, wang simpanan yang ada cukup untuk menampung sekurang-kurangnya kos penerbangan dan selebihnya emak mengharapkan ihsan kami adik beradik untuk mengongkosinya. Saya dan Kak Long tiada masalah kerana niat emak memang baik. Emak pernah mengerjakan fardu Haji kira-kira empat yang lalu.Pagi ini emak mengingatkan saya supaya tidak lupa janji kami untuk menemaninya ke Jabatan Imigresyen pada sebelah petangnya atas urusan paspot. Emak sempat sekali lagi menyarankan saya dan isteri supaya sentiasa menanam niat untuk menunaikan rukun Islam kelima ini atau setidak-tidaknya dimulakan dengan Umrah. Saya menyahut baik saranan emak, cuma belum bersedia sahaja lagi. Dengan izinNya sampai masa nanti akan ke sana juga nanti.

Pena Tumpul - Teringat ayah yang tidak kesampaian hajatnya untuk menjadi tetamu Allah

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
kenapa saudara delete pandangan dan teguran yang saya berikan...itu pandangan ikhlas... mungkin saudara tidak boleh menerima teguran dan nasihat atas apa sahaja kekurangan yang ada pada diri saudara...saudara hanya mahu orang lain tahu bahawa saudara adalah seorang yang hebat ataupun seorang yang sempurna yang tidak ada kekurangan....jikalau macam tu lebih baik tidak di sediakan ruang komen yang mana saudara sepatutnya bersedia menerima apa saja teguran samada positif ataupun negatif seperti blogger yang lain...kalau tidak berani lebih baik jangan jadi blogger...
Kamil said…
Wahai "Anonymous" Ikhlas kah saudara sekiranya berani menegur orang tapi cuba pula bersembunyi di sebalik lalang sehelai....
tie sgt said…
Alhamdulillah,blog yang begitu menarik dan banyak ilmu yang boleh diperolehi.Penuh kontroversi tetapi pada saya ia sesuatu yang memberi manfaat kepada kita.
Saya rasa abg dapat menerima kritikan daripada orang tetapi orang yang hendak memberi kritikan perlu berani menampilkan nama.Jangan hanya berselindung pada "anonymous" sahaja.Comment yang didelete itu sebenarnya pegangan prinsip empunya blogger yang sesiapa tidak berani menampilkan nama dibuang terus.Tak perlu dilayan. Tie sgt
Anonymous said…
apa yg penting adalah penerimaan teguran atau nasihat yg di berikan..dari mana atau daripada siapa itu tidak penting...adakah saudara bersedia menerima teguran atau nasihat...sebagaimana saudara mempercayai nabi muhammad s.a.w..saudara tidah pernah melihat baginda rasullullah tapi saudara percaya pada ajaran yang di bawa baginda rasullullah...konsepnya sama saja, adakah perkara yang disampai itu benar atau fitnah...tidak perlulah beritahu semua orang jika ingin membuat kebaikan...fikirlah sendiri
Kamil said…
Wahai saudari/saudari,
Adalah amat malang untuk menyamakan diri anda dengan junjungan besar Nabi. Isunya bukan apa yang dikata tapi siapa yang berkata...

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w