Skip to main content

Kambing

Khabarnya, kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain.

Kasihan binatang bernama kambing ini. Sejak sekian lama, kambing menjadi mangsa  persepsi orang ramai terhadap dagingnya yang dikatakan penyebab utama penyakit berbahaya. Makan daging kambing boleh dapat darah tinggi! Ramai orang kata begitu.

Pak Husin mengundang saya ke majlis perkahwinan cucunya. Saya sudah lama kenal Pak Husin. Dia tukang kebun sekolah ketika saya bersekolah rendah. Sudah lebih 30 tahun namun Pak Husin masih ingat saya. Dia masih kuat dan sihat. Dia juga rakan rapat arwah ayah. Banyaknya lauk di rumah Pak Husin. Saya rencam, namun kari daging membuat saya teruja. Pastinya daging lembu.

Di meja makan, saya sempat berbual dengan seorang tetamu yang baru dikenal. Kambing jadi mangsa lagi. Dia kata dalam pinggan saya ialah kari kambing selain acar nenas dan ayam goreng yang saya ambil tadi. Saya tidak tau pun daging kambing yang saya sauk masuk ke dalam pinggan saya. Dan kalau pun ia daging kambing saya tidaklah kisah sangat. Tiada salahnya daging kambing. Saya lihat seorang lagi tetamu di meja yang sama dengan kami sudah mula resah. Dia tidak tahu yang dia sudah memasukkan kari kambing ke dalam pinggannya! Dia tiada pilihan selain mengasingkan kari kambing dan berpuas hati cuma dengan acar nenas!

Sebelum mengangkat ponggong, saya berseloroh, "Lain kali letak label, senang nak pilih"

Pena Tumpul - Tidak tahan dekat dengan Manbelon yang tak suka mandi, bau kambing

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w