Skip to main content

Kesan

"Atok kata Milo ada cacing. Tak nak Milo lagi"
Begitu terpacul dari mulut Hafiz bila isteri menyuakannya secawan Milo petang ini. Dia menolaknya. Dia meminta minuman yang lain tetapi tidak sekali-kali Milo. Sebelum ini itulah minuman kesukaannya sejak beberapa tahun yang lalu. Kuatnya kesan apa yang didengar dan juga dilihat sehingga mampu mengubah sesuatu yang biasa. Lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil. Hafiz seorang anak kecil yang baru mengenal dunia. Di usia enam tahun, tentunya tidak sukar untuk mencorakkan laku tingkahnya.

Ketika anak kecil mudah dirombak fikirannya ia tidak sangat mudah pada orang dewasa. Apa yang dilihat dan didengar tidak mungkin sangat berkesan dalam mengubah pemikiran dan tindakan. Namun anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan ibarat kain putih bersih mudah menurut apa yang orang tua kata.

Saya pernah menunjukkan keratan akhbar ini kepada seorang rakan rapat saya. Dia seorang yang sangat kuat merokok. Perokok tegar saya kira. Saya sangat harap dia akan berubah selepas membacanya. Perubahan untuk tidak merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan merokok dan secara perlahan-lahan berhenti merokok sepenuhnya.

Reaksi spontannya tidak tersasar dari apa yang saya duga. Dia tidak percaya pun apa yang disampaikan dalam keratan itu. Tulisan itu tidak memberi kesan pun padanya. Katanya ia bukan fakta. Ia cuma tulisan kosong yang tidak berasas dan tidak layak untuk dipercayai pun. Dia akan terus merokok katanya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengubah tabiat puluhan tahunnya itu.

Sebatang rokok singgah lagi dicelah bibirnya!


Pena Tumpul - Berubah itu memang sukar tetapi bukan tidak boleh





Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...