Skip to main content

Layan

"Mak manalah tahu Bahasa Inggeris"

Bila saya sampai di rumah adik lewat tengahari ini, saya lihat emak sedang melayan dua orang cucunya. Melayan pertanyaan Hafiz dan Hadif yang menyiapkan kerja sekolahnya. Kedua-dua cucunya ini lebih banyak masanya dengan emak berbanding ayah dan emaknya yang sangat sebok bekerja. Saya tahu emak tiada masalah membantu cucunya ini. Di peringkat tadika, tidaklah sukar sangat pun.

Emak memang tidak bersekolah tinggi. Kata emak, dia cuma sempat sekolah Melayu sampai darjah Tiga sahaja. Lepas itu emak diminta berhenti oleh Atok kerana tidak mampu kononnya. Pun begitu, emak boleh membaca, menulis dan mengira yang paling asas. Cuma emak agak hodoh tulisan ruminya. Jadi, emak lebih banyak menulis Jawi dan lebih selesa membaca Jawi juga.

Saya juga tahu emak tidak tahu bahasa orang puteh ini. Sebab itu, bila Hafiz dan Hadif minta bantuannya untuk subjek ini emak tidak boleh buat apa-apa. Selalunya, bila sesekali saya terserempak dengan dua orang anak saudara ini buat kerja sekolahnya, sayalah yang akan diminta emak untuk membantu mereka dalam Bahasa Inggeris ini.

Saya langkah kanan bila emak masak lauk kegemaran saya. Emak memang sangat tahu apa yang anaknya ini suka. Lobak putih goreng bersekali dengan sambal ikan bilis dan ikan masin buat saya makan cukup berselera sebelum membawa emak ke klinik untuk urusan temujanjinya secara berkala itu.

Dan klinik riuh rendah dengan suara Hafiz dan Hadif berkejaran. Saya seronok melihat keseronokan mereka!

Pena Tumpul - Emak sangat sayang cucu-cucunya

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...