Skip to main content

Sedikit

Di Indonesia, kanak-kanak sekolah melalui jambatan yang teruk ini untuk ke sekolah
Acapkali kita dihinggap rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Kita rasa marah dan tidak senang hati bila apa yang kita inginkan, bukan itu pula yang terhampar di depan mata. Kita mula merungut dan melemparkannya pula pada orang lain. Dalam bahasa yang amat mudah kita tidak mahu bersyukur dengan apa yang kita ada. Sememangnya inilah yang banyak berlaku sekarang. Sedikit sangat yang bersyukur. Pagi ini Diko marah-marah dan enggan pergi ke sekolah. Sebabnya hanya kerana Atoknya menggunakan motor dan bukan kereta seperti selalu. Dia segan. Itu sahaja alasannya.

Ingin saya berkongsi cerita yang saya baca ini. Ia berkait rapat dengan sikap kita yang enggan bersyukur.

Suatu hari ,sedang Sayidina Umar bin al-Khattab berjalan-jalan,beliau terdengar seorang lelaki berdoa.Doanya:'Ya Allah,jadikan aku daripada golongan yang sedikit."Sayidina Umar kehairanan lalu beliau bertanya kepadanya: "doa apakah ini?"

Beliau menjawab : "Sesungguhnya aku pernah mendengar firman Allah s.w.t. yang bermaksud."Sememangnya sedikit sekali daripada golongan hamba-hambaKu yang bersyukur.'Maka, aku berdoa agar Allah menggolongkan aku daripada golongan yang sedikit itu."

Mendengar penjelasan lelaki tersebut,Sayidina Umar berkata:"masih ada lagi orang lain yang lebih mengetahui daripada beliau sendiri."

Betapa tuntutan bersyukur ini benar-benar dihayati oleh lelaki itu sehingga beliau bedoa agar beliau digolongkan sebagai seorang yang bersyukur.Begitu juga dengan sifat tawaduk yang ditunjukkan oleh Sayidina Umar apabila beliau mengakui ada juga perkara yang tidak beliau ketahui berbanding lelaki tersebut.

Kita bagaimana? Setiap hari kita sering berdoa minta ditambahkan itu dan ini berkenaan keperluan duniawi kita,namun amat jarang kita berasa cukup dengan setiap kurniaan Allah dan bersyukur walau sekecil mana pun pemberian yang Allah kurniakan. Marilah bermuhasabah,semoga kita berusaha menjadi golongan yang bersyukur dan yang sedikit itu.

Pena Tumpul - Syukur jadi rakyat negara ini

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...