Skip to main content

Meniru

Perbuatan meniru dalam peperiksaan bukanlah baik. Cubaan untuk meniru itu punsudah dianggap salah apatah lagi meniru. Saya melihat adanya cubaan untuk meniru di kalangan segelintir pelajar yang menduduki peperiksaan yang saya awasi baru-baru ini. Ia memang cubaan yang sangat nekad dan berani dari pelajar ini.

Kenapa meniru? Jawapan paling pasti pelajar ini mungkin tidak cukup bersedia untuk menduduki kertas peperiksaan tersebut. Dorongan untuk mendapat markah yang baik mungkin sangat tinggi, lantas untuk menyajikan jawapan yang terbaik ketika otak sangat kosong dengan jawapan yang diperlukan, jalan pintas ialah meniru. Kaedah meniru berubah mengikut peredaran masa. Kalau dulu, meniru dilakukan dengan menyeludup nota ke dalam dewan peperiksaan atau pun menulis di tapak tangan. Kalau nasib baik memang boleh terlepas dari pandangan pengawas peperiksaan. Di zaman teknologi serba canggih kini, kaedah meniru makin bergaya. Telefon bimbit selalunya gajet perantara yang amat membantu dalam meniru. Pun begitu, lama kelamaan kaedah ini berjaya dipatahkan. Meniru bukan lagi mudah walaupun dengan bantuan gajet canggih ini.

Di zaman sekolah rendah dahulu, ada juga saya sesekali meniru dalam ujian-ujian yang kecil sifatnya. Pengawasan guru tidak ketat sangat dan saya dapat merasakan bahawa kami seolah-olah diberi peluang untuk meniru. Guru yang mengawas macam pandang tidak pandang sahaja walaupun kami tahu dia tahu kami sedang meniru.

Kata orang, kalau mahu meniru pun perlu ada kemahiran supaya jangan sampai tertangkap!

Pena Tumpul - Tiru perbuatan yang baik sahaja

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...