Skip to main content

Ramadan

Ramadan datang lagi. Hadirnya memang sangat-sangat dinanti. Alhamdulillah kerana diketemukan lagi dengan bulan pesta ibadah ini. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Jika bulan Ramadhan tiba, pintu pintu syurga dibuka, sedangkan pintu pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu. (Al-bukhari & Muslim)

Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia yang berwajah iman. Topeng syaitan ditinggalkan seketika. Wajah berseri dek gembiranya melakukan ibadah yang digandakan hadiahnya. Ibarat mendapat bonus gaji layaknya. 

Namun ini hanya berlaku ketika bulan Ramadhan.Tiba tiba ibadah digandakan.Tiba tiba bangun qiamullail.Tiba tiba tahap kesabaran meningkat.Tiba tiba segala yang lagha semua ditinggalkan.Tiba tiba melakukan amalan sunat yang banyak.Tak mengapa andainya ibadah bulan Ramadhan dilakukan secara mengejut. Tak mengapa andai malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula bersenang lenang kerana tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadhan.

Namun. Jangan diulangi kejutan yang berupa “tiba tiba” seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadhan.Tiba tiba makan banyak.Tiba tiba mendedahkan aurat.Tiba tiba terlupa di mana Al-Quran.Tiba tiba meninggalkan amalan sunat yang dikerjakan sepanjang Ramadhan.Tiba tiba memulakan kembali semua agenda lagha.Lalu, apakah ini dikatakan perbuatan membalas dendam kerana telah berpuasa hampir sebulan lamanya. Tidak cukupkah peluang sebelas bulan untuk kita. 

Apakah ibadah sepanjang Ramadhan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah selama sebelas bulan berbaki?

Pena Tumpul - Mahu Ramadan kali ini lebih baik daripada yang lepas-lepas

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...