Skip to main content

Khutbah

Masjid besar tetapi kosong
Isi khutbah Jumaat minggu ini sangat menarik dan perlu diambil perhatian. Imam Muda Hisham aka Angah di kalangan penduduk Kampung Gudang Garam menyampaikan khutbah yang menyentuh tentang kepentingan memakmurkan masjid. Kita sangat kaya dengan masjid namun miskin pengisiannya. Sesetengah masjid cukup meriah dengan makmum dan melimpah ruah pada ketika tertentu sahaja iaitu pada setiap hari Jumaat dan paling menyesakkan di waktu dua hari raya disambut. Namun ketika solat fardu lima waktu, bilangan yang datang ke masjid boleh dibilang dengan jari. Kadang-kadang untuk memenuhkan satu saf pun sangat sukar!


Bila gejala masjid kurang makmum ini berbangkit, siapa yang harus disalahkan? Selayaknya kita sendirilah yang disalahkan kerana tidak bersolat di masjid dan memilih untuk mendirikannya di rumah. Inilah yang banyak berlaku. Sebenarnya kita boleh melihatnya berasaskan dua faktor - penarik dan penolak. Selalunya apa yang ada di rumah tidak cukup kuat untuk menolak kita untuk bersolat di masjid. Solat di rumah mungkin lebih selesa dan tidak perlu bergerak jauh ke masjid. Ada kemungkinan juga solat dilakukan secara berjemaah di kalangan ahli keluarga. Atau ada juga kemungkinan ada yang memilih untuk bersolat jemaah di masjid yang menjadi pilihannya dan sekaligus menjadikan masjid yang lain macam kurang jemaah atau tiada jemaah langsung.

Adakalanya saya melihat, masjid tidak sangat "menarik" jemaah. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya masjid hanya untuk solat sahaja dan tiada majlis ilmu dianjurkan. Tiada ceramah misalnya. Tiada kuliah dan sebagainya. Masjid dilihat sangat hambar pengisiannya. Hasilnya, yang sudah sedia jauh dengan masjid akan makin jauh dan yang sudah mula berjinak dengan masjid akan liar semula. Jawatankuasa Masjid tidak mesra jemaah sebenarnya. Imam tidak proaktif untuk menarik orang ramai ke masjid.

Pena Tumpul - Kadang-kadang faktor alunan azan juga main peranan untuk tarik orang ke masjid

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w