Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Hias

"Jangan jalan dengan saya kalau abang tak cukur muka tu"

Saya ingin berkongsi cerita yang amat menarik ini. Ia tentang perlunya pasangan suami isteri mengambil berat soal penampilan dan kekemasan diri. Penampilan diri yang sentiasa kemas dan rapi akan menarik cinta dan kasih sesama pasangan. Isteri perlu berdandan untuk suami dan begitu juga suami perlu menonjolkan macho buat isteri yang disayangi. Ia adalah keperluan timbal balik. Suami tidak sewajarnya kusut masai dan macam tidak terurus. Isteri pula cuma rasa perlu untuk mendandan dan menyolek diri bila mahu keluar rumah sedangkan suami di dalam rumah cuma disaji dengan penampilan kelas ketiga sahaja. Tidak elok begitu.

Ada risikonya kalau soal penampilan diri ini dikesampingkan dalam hubungan suami isteri. Ini digambarkan dalam kisah seorang isteri ini.

Suatu hari seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya be…

Lewat

Lelaki Kahwin Lewat Anak Kurang Bijak. Itu dapatan kajian yang disiarkan di akhbar Berita Harian beberapa hari lalu. Kalaulah hasil kajian ini dijadikan sandaran, pastinya ramai lelaki yang berkira-kira untuk menangguhkan perkahwinan mereka akan berfikir banyak kali.
Menurut kajian dari Washington itu,kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut. Kajian  yang dilakukan itu  mungkin ianya tidak semestinya tepat  kerana pastinya banyak lagi perkara yang boleh mempengaruhi faktor intelektual anak yang dilahirkan,

Apa pun kahwin lewat bukanlah lebih baik berbanding kahwin awal.  Ada satu sebab utama yang saya kira mengapa kahwin itu tidak wajar dilewatkan. Dengan mengambil kira jika seseorang lelaki itu berkahwin diantara umur 25 hingga 27 tahun misalnya, setahun atau dua tahun selepas perkahwinan dikurniakan anak. Seterusnya dalam tempoh lebih kurang 21 tahun akan datang, …

Pengertian

Hafiz dan Hadif diserang demam campak serentak.Bila saya berkunjung ke rumah ibunya ada cerita lucu tentang dua orang kanak-kanak ini.

Mereka berdua baru pulih dari demam ini setelah lebih seminggu menanggung rensa. Kata orang penyakit ini menyerang sekali seusia hayat. Namun ia tidak selalunya betul. Ada yang pernah mendapatnya lebih dari sekali juga.

Tok Moknya berkongsi kisah yang menggeletek hati tentang dua orang cucunya ini. Menurut orang tua-tua kalau ada sesiapa dalam rumah yang dijangkiti demam campak ini, aktiviti menggoreng memang tidak dibenarkan sama sekali. Kononnya dengan menggoreng akan mengaktifkan lagi pertumbuhan bintik-bintik merah di badan dan sekaligus merencatkan penyembuhan. Kalau hendak menggoreng juga, ia cuma boleh dilakukan di luar rumah. Sejauh mana kesahihan antara menggoreng dengan demam campak tidak dapat dipastikan.

Sebagai anak kecil yang tidak tahu apa-apa, Hafiz dan Hadif tersalah pengertian. Mereka mencuri masuk ke ruang dapor ketika Tok Mok sedang…

Sempit

Kita selalu mendengar ungkapan jauh berjalan luas pandangan. Sebaliknya kalau kurang berjalan pandangan pastilah sempit. Pemikiran juga tidak berkembang. Kalau pun untuk berjalan jauh itu di luar kemampuan kita ia boleh ditampung dengan cara menambah ilmu. Dengan membaca misalnya, banyak ilmu baru yang boleh kita perolehi.   Malah Islam menyuruh kita menambah ilmu setiap hari agar banyak yang kita tahu, dan akal boleh berfikir dengan betul. 

Lazimnya, pemikiran yang tidak berkembang berpunca dari ilmu dan maklumat yang terhad dan tidak bertambah. Namun ilmu menjadikan kita seseorang yang berbeza dengan orang lain, bahkan dengan diri kita sendiri dahulu yang banyak tidak tahu.

Saya suka untuk berkongsi kisah yang menarik ini tentang perlunya ada ilmu. Tentang seorang asli yang terhimpit dalam pandanganya yang sempit dan cuma tahu tentang kampungnya. Padanya, dunia luas ini seluas kampungnya sahaja. Jadi, bila dia dibawa keluar dari kampungnya bersiar-siar ke bandar satu hari, dia tidak…

Jentikan

Isteri bercerita tentang seorang kawannya yang tidak putus-putus dirundung malang. Lepas satu, satu. Ia bukanlah sesuatu yang diminta dan dijangkakan. Hidup ini memang bagai roda, sekali di atas, sekali di bawah, kemudian di atas semula dan begitulah seterusnya ia berputar. Kawannya pernah senang dahulu. Cuma cara dan jalannya untuk mencapai kesenangan itu yang menimbulkan sedikit keraguan. Pun begitu saya tidak berapa setuju bila isteri cuba mengaitkan malang yang menimpa kawannya itu dengan apa yang pernah dibuatnya. Tidak ada sesiapa pun cukup berhak untuk menghukum seseorang dengan apa yang dilihat begitu sahaja.

Saya lebih berminat dan terdorong untuk berkongsi dengannya sebuah kisah yang saya fikir cukup relevan dengan apa yang diceritakannya itu. Ia tentang hukum Ilahi terhadap perbuatan kita di dunia ini. Ia bukan hukum manusia. Ia juga tentang sayangnya Allah kepada hambaNya.

Ini kisah seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah dalam keadaan berlumuran darah. Nabi bertanyak…

Kajang

"Kalau makan sate kajang sedap ni"

Ayah mertua yang duduk di sebelah menyuarakan hasratnya sebaik-baik sahaja kami sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 9 malam.Saya tidak menolak kerana tiga sebab. Satu, saya memang sedang sangat lapar waktu itu. Dua, sate Kajang memang terkenal sedap. Dan sebab ketiga kerana saya cukup yakin ayah mertua yang akan belanja kami semua. Denko menjerit kegirangan kerana dia memang peminat sate nombor satu.

Pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk ke bandar Kajang yang cukup sinonim dengan sate ini. Saya pernah "bermain" di bandar kecil ini 25 tahun yang lalu. Empat tahun saya berada di daerah ini. Bandar ini adalah satu-satunya bandar yang paling hampir dengan UKM. Di hujung minggu, bandar kecil inilah yang saya kunjungi bersama rakan untuk membeli belah dan sekaligus menjamu selera di gerai sate.

Masih segar dalam ingatan, sebuah warong sate yang sering menjadi tumpuan…

Cameron

"Dah lebih separuh abad, Cameron Highland pun tak sampai-sampai lagi"

Saya dengar mak mertua menyuarakannya kepada isteri yang duduk di belakang dalam perjalanan kami pulang dari Langkawi. Saya sedar pasti dia terpandangkan papan tanda di lebuh raya yang jelas memaparkan susur keluar ke tanah tinggi ini. Saya tahu bukan mak mertua sahaja yang belum pernah mendaki tanah tinggi ini. Semua yang ada dalam kereta waktu itu memang belum pernah pergi pun. Saya tidak mahu menghampakan mereka. Walau mereka tidak meminta apa tah lagi mendesak untuk ke sana, saya tahu mereka akan gembira jika berpeluang ke sana walau untuk seketika.

Di susur keluar Tapah saya lencongkan arah kereta dan mendaki Cameron. Pemanduan yang meletihkan dan membosankan. Pergerakan kereta demut bagai siput. Kereta bertali arus. Perjalanan ke Tanah Rata yang sepatutnya memakan masa lebih kurang sejam melarat hingga dua jam lebih. Saya percaya jumlah kenderaan tidak akan sebanyak itu di luar musim perayaan. Tidak m…

Langkawi

Pelawaan dan ajakan untuk ke Langkawi pernah saya tolak berkali-kali. Alasannya mudah iaitu saya tidak cukup berani untuk berada dalam sebuah feri meredah air laut walau untuk beberapa minit. Ia kelihatannya macam tidak masuk akal. Saya takut diserang mabuk laut barangkali. Bertahun-tahun saya membekukan hasrat untuk berkongsi cerita seronoknya ke pulau lagenda Mahsuri ini. Isteri yang amat kepingin ke pulau ini cuma bersabar menahan lonjakan untuk membeli pelbagai pinggan mangkuk yang kononnya cukup murah, cantik dan pelbagai.

Namun hari ini saya menyiat segala ketakutan saya selama ini. Saya juga tidak mahu menghampakan harapan isteri yang menggunung tinggi. Sementelah saya berada di bumi Perlis adalah satu kerugian yang bukan sedikit sekiranya tidak menjengah ke pulau ini. Seawal tujuh pagi saya sekeluarga termasuk ayah dan mak mertua membonceng feri Lada Tiga berlayar menuju ke pulau yang sarat dengan sejarah ini. Perasaan bercampur baur. Takut dan teruja. Saya memujuk ketakutan s…

Tolak

Salah satu perkara yang sukar dilakukan adalah menolak idea, cadangan, syor dan permintaan yang dikemukakan oleh orang-orang lain kepada kita. Kita tidak pandai mengucapkan kata-kata yang sesuai bagi menolak harapan orang tanpa menyebabkan mereka berasa kecil hati ataupun kecewa. Kita seboleh-bolehnya ingin menjaga perasaan mereka agar tidak tersinggung. Namun kita tidak dapat menduga hati orang. Mereka juga walaupun mungkin berkata tidak tersentuh kalau idea mereka ditolak, namun untuk menjaga hati kita mereka juga akan menyembunyikan perasaan itu.

Selalunya, orang yang mengemukakan idea ataupun permintaan memang mempunyai harapan tinggi kita akan menerimanya. Jadi, kita berasa bersalah apabila terpaksa menolaknya.

Lalu apakah kaedah terbaik dalam menolak idea orang lain. Mari kita lihat apa yang Nabi buat. Dalam rekod sejarah terdapat banyak catatan yang menunjukkan teknik Nabi Muhammad menolak idea.

Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abdullah bin Umar melaporkan, se…

Psikologi

Saya sedang membaca dengan penuh minat beberapa petikan dari cara dan teknik Nabi dalam menyampaikan dakwah dan mendidik orang-orang di sekeliling beliau. Amat menarik kajian yang dihasilkan oleh kumpulan pengkaji ini dan ia memang satu usaha yang wajar diberikan pujian. Tidak perlulah kita taksub sangat dengan kaedah kaunseling yang didokong oleh pakar-pakar psikologi dari Barat.

Antara yang menarik perhatian saya ialah  apabila Nabi Muhammad memberi komen ke atas perbuatan yang salah, beliau menggunakan ayat penerangan. Beliau tidak menggunakan ayat teguran ataupun ayat larangan.

Ayat penerangan hanya menerangkan perbuatan yang betul ataupun yang salah. Kesalahan itu tidak dikaitkan dengan diri sesiapa. Manakala ayat teguran ditujukan kepada diri orang yang bersalah, oleh itu ia menggunakan perkataan 'kamu', dan ia menuduh diri orang yang ditegur itulah yang bersalah. Ayat larangan pula menggunakan perkataan 'jangan'.


Dalam rekod-rekod sejarah, terdapat ban…

Pesan

Pesan Dr Fadzillah Kamsah, ilmu itu ibarat cahaya..cahaya tidak masuk ke hati yang gelap!

Justeru, mari kita gilap hati .Cuci hati agar mudah kita menarik hidayah Allah, suka belajar, mudah faham, kuat ingatan, mudah buat keputusan, sangka baik. Bertindak ikut hukum Allah.

Seperti biasa kita cuci hati dengan jaga solat lima waktu, solat taubat, istighfar 100X sehari, maafkan orang, mohon maaf tiap hari, ingat mati, bersedekah, berdakwah setakat kemampuan, elak siksa binatang seperti kurung burung dalam sangkar, beri orang makan, berkawan dengan alim ulama' dan orang-orang positif,

Bagus untuk amalan!

Pena Tumpul - Hati memang perlu dicuci selalu

Hangat

Saya menunaikan permintaan Haziq dan dia dapat motosikal idamannya. Dia gembira bukan kepalang. Kegembiraaanya itu diterjemahkan dalam tindakannya. Apa sahaja yang saya dan mamanya suruh sepantas kilat dilakukannya tanpa banyak soal. Sebelum ini apa yang dibuatnya disulami dengan dengusan dan bantahan.

Saya nampak perubahannya sekarang. Rajin. Taat. Dengar kata. Tidak membantah. Saya dan isteri cukup senang dengan perubahan yang kami lihat ini. Sekurang-kurangnya berbaloi juga pelaburan kami pada motosikal yang tidak murah pun. Ucapan terima kasihnya menjulang tinggi untuk saya. Dilafaz berulang-ulang kali. Saya amat sedar Haziq memang amat gembira memiliki motosikal baru itu.

Namun bukan ucapan terima kasih yang sangat-sangat saya dambakan dari dia. Saya mahu lebih dari sekadar ucapan yang sangat mudah untuk dilontarkan itu. Saya mahu dia jadi seorang anak yang menyenangkan dan menyelesakan hati saya dan isteri dan seluruh keluarga. Saya mahu dia cemerlang dalam pelajarannya. Saya ju…

Sedih

Acapkali tuntutan kerja dan rutin harian yang semakin padat tanpa kita sedari mencuri banyak masa kita untuk bersama keluarga. Dahulu, kita biasa melihat seorang ayah masih boleh pulang waktu petang dan bermain dengan anak-anak hingga malam. Namun sekarang, keadaan begini sudah jarang dilihat lagi lebih-lebih lagi di bandar besar. Makin tinggi jawatan, makin sebok dan makin tidak punya masa untuk keluarga terutamanya anak-anak yang sentiasa ingin didampingi, difahami dan dimanjai. 


Saya membaca kisah yang menyayat hati ini. Ia kisah seorang anak yang diabai permintaan dan rayuannya oleh seorang ayah yang kononnya cukup sebok dengan kerjanya. Diakhirnya menyesali sangat-sangat tindakannya itu bila dipenghujung kisah si anak mengakhiri hidupnya sendiri meninggalkan kesedihan yang tidak tertanggung buat si ayah.

Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan hariny…

Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
Barang siapa memperbanyak istighfar maka A…