Skip to main content

Kajang

"Kalau makan sate kajang sedap ni"

Ayah mertua yang duduk di sebelah menyuarakan hasratnya sebaik-baik sahaja kami sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 9 malam.Saya tidak menolak kerana tiga sebab. Satu, saya memang sedang sangat lapar waktu itu. Dua, sate Kajang memang terkenal sedap. Dan sebab ketiga kerana saya cukup yakin ayah mertua yang akan belanja kami semua. Denko menjerit kegirangan kerana dia memang peminat sate nombor satu.

Pucuk dicita ulam mendatang. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk ke bandar Kajang yang cukup sinonim dengan sate ini. Saya pernah "bermain" di bandar kecil ini 25 tahun yang lalu. Empat tahun saya berada di daerah ini. Bandar ini adalah satu-satunya bandar yang paling hampir dengan UKM. Di hujung minggu, bandar kecil inilah yang saya kunjungi bersama rakan untuk membeli belah dan sekaligus menjamu selera di gerai sate.

Masih segar dalam ingatan, sebuah warong sate yang sering menjadi tumpuan. Ia cuma sebuah warong kecil milik Haji Samuri. Kini, umum mengetahui jenama Sate Haji Samuri popular di seluruh Malaysia. Tidak sukar menjejak sate Haji Samuri walaupun saya tiba hampir jam 10 malam. Ia bukan lagi gerai kecil. Ia sebuah bangunan sendiri yang menempatkan dua tingkat ruang makan. Saya terperanjat dengan apa yang saya lihat. Ramainya pelanggan yang menunggu pesanan walaupun ada lagi beberapa buah restoren sate yang boleh dikunjungi. Keenakan sate terletak pada kuahnya dan ternyata kuah sate Hj Samuri tidak mengecewakan kami. Masih sedap seperti dulu juga. Saya tidak tahu berapa batang sate yang telah saya lunaskan tetapi saya tahu ayah mertua betul-betul mengenyangkan kami dengan sate malam ini.

Menjelang 11 malam saya meninggalkan bandar Kajang yang menggamit pelbagai kenangan silam bersama keenakan sate yang tiada tolok bandingnya!

Pena Tumpul - Teringat bas SUM dan Kampung Sungai Ramal Dalam

Comments

Farid said…
Sate willy di Kajang mmg the best!

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w