Skip to main content

Pengertian

Hafiz dan Hadif diserang demam campak serentak.Bila saya berkunjung ke rumah ibunya ada cerita lucu tentang dua orang kanak-kanak ini.

Mereka berdua baru pulih dari demam ini setelah lebih seminggu menanggung rensa. Kata orang penyakit ini menyerang sekali seusia hayat. Namun ia tidak selalunya betul. Ada yang pernah mendapatnya lebih dari sekali juga.

Tok Moknya berkongsi kisah yang menggeletek hati tentang dua orang cucunya ini. Menurut orang tua-tua kalau ada sesiapa dalam rumah yang dijangkiti demam campak ini, aktiviti menggoreng memang tidak dibenarkan sama sekali. Kononnya dengan menggoreng akan mengaktifkan lagi pertumbuhan bintik-bintik merah di badan dan sekaligus merencatkan penyembuhan. Kalau hendak menggoreng juga, ia cuma boleh dilakukan di luar rumah. Sejauh mana kesahihan antara menggoreng dengan demam campak tidak dapat dipastikan.

Sebagai anak kecil yang tidak tahu apa-apa, Hafiz dan Hadif tersalah pengertian. Mereka mencuri masuk ke ruang dapor ketika Tok Mok sedang menggoreng telur. Tok Mok menyangka dua cucunya ini tidak akan keluar dari bilik seperti yang telah diarahkan. Pada fikiran Hafiz dan Hadif, Tok Mok mungkin bimbang percikan minyak dari kuali yang perlu dielakkan lalu mereka ke dapor dengan menyarung plastik di muka!
Bukan percikan itu yang dibimbangi tetapi bunyi gorengan itu yang perlu dijauhi.

Walau apa pun akibatnya saya masih tidak nampak di mana logiknya menggoreng dengan demam campak!

Pena Tumpul - Banyak petua yang sudah tidak sesuai lagi

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...