Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Lesen

Hampir tiga bulan saya memandu tanpa lesen rupanya.Saya tidak menyedari pun bahawa lesen memandu saya telah tamat tempohnya awal Ogos lalu. Cuai atau terlepas pandang atau mungkin juga mengingati tarikh tamat sah lesen tidaklah sangat penting berbanding mengingati perkara lain.

Saya mungkin akan terus memandu di jalan raya berbekalkan lesen tamat tempoh sebebasnya kalaulah tidak diminta untuk menyerahkannya bersekali dengan kad pengenalan untuk difotokopi dalam satu permohonan baru-baru ini.

Memandu tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan. Nasib menyebelahi saya, sepanjang tempoh itu sejauh Johor Bahru dan Kuala Lumpur saya tidak terserempak dengan sebarang sekatan jalanraya pun pihak berkuasa.Sesuatu yang lazim saya lihat sejak memandu, tidak pernah pun saya diminta menunjukkan lesen memandu. Bukan sekali malah berkali-kali. Adakalanya terfikir juga, kalau begini memandu tanpa lesen tidaklah merisaukan pun kerana kebarangkalian untuk diperiksa lesen sangat-sangat rendah!

Mungkin …

Doa

"Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya."
(Hadis direkodkan oleh ad-Dailami)

Buku Dahsyatnya Doa Ibu sudah berkali-kali saya belek dan baca setiap kali berkunjung ke kedai buku. Namun tidak cukup kuat auranya menarik saya untuk membelinya. Saya ke perpustakaan pagi ini dan suasana agak lengang. Peluang untuk saya "menggeledah" semahu-mahunya buku-buku yang dikira agak baru terdampar di rak. Satu demi satu buku baru saya pegang dan belek sambil baca sepintas lalu, namun tiada sebuah buku pun yang benar-benar menarik hati saya untuk membaca sesantainya. Barangkali kesan menonton drama Melayu "Hilangnya doa seorang Ibu" masih kuat terasa, mata saya terpaku kepada buku ini. Saya capai, pinjam dan baca tanpa henti. Sangat menarik. Sangat menginsafkan. Sarat dengan pengajaran buat anak-anak yang cukup sedar yang dirinya masih punya seorang ibu.

Saya sangat terpaut dengan sebuah kisah yang dipaparkan dalam buku dan ingin saya kongsikan di si…

Korban

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."(Al-Hajj:37)

Hajat emak untuk melakukan ibadah korban tertunai juga setelah tertangguh agak lama. Emak berjaya menterjemahkan rasa syukur atas segala nikmat yang diberiNya dengan tumbangnya seekor lembu berharga RM2400 pagi Sabtu lalu. Syukur atas nikmat makan dan minum, kesihatan dan segalanya. Saya hadir dan menyaksikan dengan mata kepala sendiri istiadat penyembelihan dari…

Mulut

Kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa. Ia membawa mesej yang sangat jelas iaitu berhati-hatilah dalam menggunakan mulut nikmat Tuhan ini. Mulut selalunya dikaitkan dengan percakapan dan tutur bicara. Ada orang yang cakap lepas ikut sedap mulut tanpa mengambil kira perasaan orang yang menerima atau mendengarnya.

Pelbagai istilah yang dikaitkan dengan mulut ini. Antara yang kerap sangat didengar ialah mulut laser, mulut longkang dan tidak sayang mulut. Ia tentunya merujuk kepada aspek negatif mulut. Mulut laser yang tidak berhenti bercakap dan bisa panahannya bagaikan laser. Begitu juga mulut yang berbau longkang juga merujuk kepada mulut yang gemar menghamburkan kata-kata kurang baik dan tidak enak didengar atau lebih tepat mulut busuk. Bagi mereka yang sangat celupar ini dan tidak berkira-kira dalam melontarkan kata-kata sering disindir dengan ungkapan tidak sayang mulut.

Malam ini saya berjaya dipaksa untuk terpaku di depan tv menonton sebuah drama…

Pemurah

Kata seorang ustaz, AlQuran ini kaya dan begitu pemurah. Kita nak apa pun, kita akan dapat. Kita boleh sahaja nak buat air jampi dengan Quran. Kita boleh cari ayat Quran dan kaitkan dengan sains. Fasal gempa bumi pun, ada yang boleh kaitkan masa kejadian dengan ayat Quran. Macam-macam lagi yang orang dapat dari Quran. Ada yang baca dan dapat pahala. Ada yang buat majlis khatam Quran dan dapat pahala. Quran ini sangat pemurah dan manusia memperolehi pelbagai perkara dari Quran.

Ada satu analogi. Cuba bayangkan ada seorang manusia yang sangat kaya dan pemurah di dunia ini. Kita pun minta dari dia sikat, pemadam, pensel, botol air dan macam-macam lagi. Dia pun beri sahaja kita. Benda-benda yang kita minta itu sangatlah merepek tapi kita dapat. Sedangkan kekayaan orang itu lebih lagi dan kita ini pada hakikatnya tidak tahu pun hakikat sejauh mana kekayaan orang itu dan kita tidak tahu apa yang perlu kita minta.

Begitulah dengan Quran. Kadangkala kita hanya dapat melihat benda…

Guruh

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun". (Quran 17:44)

Ku dengar bunyi guruh
Dentumannya datang dari langit
Adakah langit membawa khabar?
Adakah guruh cuba menyedarkan?
Aku ingin mengetahui rahsia langit
Hatiku membuak untuk menyelongkarnya
Akhirnya aku sedar
Tidak mungkin manusia berdaya
Kerana diri hanyalah hamba

Tahu tak ada surah dalam quran nama Arra'd yang membawa maksud guruh? Allah abadikan mengenai guruh di dalam kalamNya. Bunyi guruh yang menakutkan kita itu zikir sebenarnya.
"Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepada…

Tekanan

Sana sini orang sibuk bercakap tentang tekanan yang pelbagai bentuk dan saiznya. Ada yang tertekan kerana kerja yang tidak pernah habis-habis. Tekanan kewangan juga kerana kuasa beli makin merosot sedangkan harga barang semakin naik.

Di jalan raya lain pula tekanannya. Tekanan dengan hiruk pikuk kenderaan dan berlumba dengan pemandu yang sentiasa hendak cepat. Yang memandu lambat macam kura-kura akan dipasak dengan bunyi hon yang membingitkan. Bagi yang belajar lain pula tekanannya lebih-lebih lagi yang mendepani peperiksaan yang penting dalam hidup seorang pelajar. Tekanan dari ayah dan ibu yang menuntut kejayaan yang adakalanya bagai tidak tertanggung.

Tekanan menjadikan kita sangat letih dan penat sebenarnya. Justeru itu saya sukakan kepenatan. Penat yang akan membuatkan tidur menjadi nikmat berharga. Cuma kadangkala saya seboleh-bolehnya ingin mengelak tekanan yang cukup terbeban di batu jemala.

Tetapi bukankah tekanan itu baik? Bukankah tekanan yang membawa kita kepada Allah? B…

Menyusu

Sekarang ini bukan luar biasa lagi untuk kita dengar dan lihat kisah benar anak-anak yang kurang menghormati ibubapanya. Anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa juga sering kita dengar. Derhaka dipamerkan dalam pelbagai bentuk. Mendengus dan merungut sehingga mengecilkan hati pun sudah dikira derhaka. Kata-kata yang terpacul dari mulut dan sampai mengguriskan hati ibu bapa juga sudah dikira derhaka. Kalau itu pun sudah dikira derhaka, apatah lagi dengan tindakan-tindakan yang lebih agresif dari itu yang dilihat kerap berlaku sekarang.

Fenomena Tenggang bentuk baru makin menular dalam masyarakat sekarang. Kes-kes ibubapa yang disisih oleh anak-anak juga bukan luar biasa lagi kini. Begitu juga kisah ibubapa yang dilayan bagai orang gaji oleh anak sendiri. Tidak kurang juga ibubapa yang menahan rasa perbuatan anak-anak yang enggan pulang menemui mereka di kampung. Tiada tanya khabar tentang ibu dan bapa. Juga menanggung rindu untuk bermesra dengan cucu-cucu sekali sekala. Malah ada yang l…

Cikgu

Bukan semua orang boleh jadi guru atau cikgu yang baik. Kelayakan yang sangat cemerlang dari sudut akademik bukan faktor penentunya juga. Bila ada cakap-cakap bahawa mereka yang mendapat 9A dalam SPM akan diberikan keutamaan dalam pemilihan calon guru pelatih pada masa akan datang ini, saya melihatnya sebagai satu cadangan yang agak sukar untuk diterima.

Tanpa menafikan bahawa kelayakan akademik yang bagus itu memang penting, jangan pula sampai kita lupa bahawa satu-satunya yang paling mendasar dalam menyumbang kepada guru yang berkesan ialah kecintaan yang bukan kepalang kepada kerjaya guru itu sendiri. Adalah satu kesilapan besar kalau dikatakan mereka yang cemerlang akademiknya bakal jadi guru yang sangat baik. 

Ketika makan tengahari di luar tadi, saya terserempak dengan bekas guru dan pernah mengajar saya. Pada saya dia seorang guru yang baik dan terserlah keguruannya. Dia sendiri kurang bersetuju dengan dasar pemilihan calon guru yang dicadangkan itu. Dia berkongsi pengalaman …

Khianat

Saya tersentak campur geram membaca laporan yang sangat memualkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini bahawa kantin di sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik/vokasional, teknikal dan sekolah agama bantuan kerajaan menyajikan daging kerbau beku yang diimport dan bukannya daging lembu segar seperti dalam kontrak yang dipersetujui. Saya rasa umum bersetuju bahawa ini adalah perbuatan khianat dan penipuan yang amat keterlaluan.

Mengikut kontrak, kontraktor hendaklah memastikan bahan makanan seperti bahan mentah dan bahan kering yang digunakan berkualiti, halal, tidak luput tarikh guna, mengikut spesifikasi, jenama dan tertakluk kepada akta makanan yang sedang berkuatkuasa. Daging lembu atau ayam mestilah bermutu dan disahkan halal oleh pihak berkuasa manakala ikan hendaklah dalam keadaan segar. Namun peraturan yang termaktub tidak dipatuhi.


Khabarnya, pengusaha kantin tidak menggunakan Horlicks seperti yang dinyatakan dalam kontrak, tetapi sebaliknya menggunakan Coco T…

Estetika

"Puisi yang baik ialah puisi yang sarat dengan nilai estetikanya dan puisi bukan sekadar wacana maklumat"

Itu kata Prof. Madya Dr Arbak Othman ketika berbicara tentang puisi di hari kedua bicara sastera. Sekonyong-konyong mendengar itu, hati saya sedikit terpukul. Hati juga berbolak balik. Tiba-tiba rasa kerdil juga berada di tengah-tengah kelompok "sasterawan" ini.

Saya bermonolog membelasah diri semahunya. Sejurus selepas bicaranya saya akan mendeklamasi sajak yang saya pilih sendiri. Kalau betullah sajak itu perlu tinggi nilai estetikanya, saya rasa saya telah memilih sebuah sajak yang tidak memenuhi kriteria itu. Sajak "Akasara Merdeka" pada firasat saya sangat mudah difahami. Tidak perlu perah-perah otak untuk menyingkap mesej yang cuba disampaikan oleh pencetusnya Wadiletta SA. Ia bukan sajak kabur. Penggunaan metafora amat minima. Keyakinan saya direntap terus.

Saya tewas sebelum berjuang. Ia kelemahan saya yang saya sendiri tidak dapat menerimanya…

Sasterawang

Sasterawan atau sasterawang? Persoalan yang sangat menarik untuk dibincangkan. Ia tercetus dalam forum bicara sastera hari ini. Saya sempat bersama mengikuti forum ini yang disertai oleh panelis yang tidak kurang hebatnya. Ada pemuisi Shapiai Ramly, penggiat teater Rahimah Muda dan juga Cikgu Talib novelis Saga. Zaid Aktar yang cukup popular dengan Salju Sakinahnya juga ada.

Mengapa sasterawang? Ia tentunya sangat berkait dengan motif keterlibatan kita ke dalam kancah sastera. Mengapa kita berkarya, adakah ia didorong oleh rasa cinta kita kepada sastera itu sendiri. Atau mungkin kita menulis untuk wang. Kalau menulis semata-mata untuk wang, indikatornya sangat jelas. Nilai sastera di dalam sesebuah karya dikesampingkan asalkan nilai komersialnya berada di kedudukan nombor satu. Justeru bila melihat lambakan karya-karya yang bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan kini, timbul keraguan kenapa ia dihasilkan. Sesekali berkesempatan membelek novel-novel yang sangat banyak judulnya di keda…

Pemimpin

Haziq meluahkan kehairanannya kenapa ramai sangat yang berebut-rebut mahu dipilih sebagai pemimpin. Perebutan berlaku di segenap peringkat namun paling hebat di tampuk negara. Mudah sangatkah untuk jadi pemimpin. Adakah semua orang boleh jadi pemimpin? Apakah sifat yang perlu ada seorang pemimpin? Soalan-soalan itu ditujahnya kepada saya.

Saya beritahu dia,salah satu sifat yang perlu dimiliki seorang pemimpin ialah amanah tanpa mengabaikan juga sifat-sifat adil dan bijaksana. Saya mengambil Khalifah Umar Abdul Aziz pemerintah dari Bani Umaiyah sebagai model pemimpin yang sangat amanah.

Diriwayatkan bahawa ketika sedang sibuk bekerja yang membabitkan urusan pemerintahan negara, Umar terdengar ada orang mengetuk pintu ruang kerjanya. Setelah dibuka dia melihat anaknya berdiri di depan pintu. Anaknya ingin membincangkan halnya dengan bapanya. Mendengar tujuan anaknya itu, Khalifah Umar terus meniup lampu minyak yang berada di meja kerjanya. Sudah pasti ruangan menjadi gelap.

Anak Umar h…

Melayu

Usman Awang adalah antara sasterawan yang sangat saya kagumi karyanya. Sajaknya yang bertajuk Guru Oh Guru sangat menarik. Sajak berjudul Melayu ini juga menarik. Secara sinis Usman Awang bercerita tentang sifat orang Melayu.
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehi…

Memuliakan

Seorang rakan saya mencoretkan di dinding Facebooknya dan ia menarik perhatian saya. Apa yang diceritakannya tidaklah luar biasa sangat pun, namun impaknya agak besar. Dia menganggap apa yang di alaminya itu sebagai ujian Allah kerana kecuaiannya.

Laptopnya tertinggal sebaik sahaja menjayakan kursus tiga hari di Putrajaya International Conference Centre (PICC). Menurutnya, setiap hari dia berusaha memuliakan para pekerja umum iaitu tukang sapu dan pelayan yang menguruskan makan minum peserta yang menyertai kursus yang dikendalikannya. Inilah amalannya setiap kali, memuliakan pekerja yang bertugas tidak kira apa pun kedudukan mereka, hatta seorang tukang sapu sekali pun. Rakan saya berpandangan mereka yang bertugas adalah bakal ahli syurga kerana sentiasa membekalkan makanan untuk taman-taman syurga (majlis ilmu).

Beberapa minit selepas majlis, ketika sedang memandu menuju ke Shah Alam, telefonnya berdering. Dua orang pekerja wanita yang dimuliakannya tadi memaklumkan yang dia tertin…