Skip to main content

Buku


Hari ini 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995 untuk menyemarakkan aktiviti pembacaaan, penerbitan dan juga hakcipta.

Tarikh 23April dikaitkan dengan buku dilakukan pada 1923 oleh penjual buku di Catalonia, Sepanyol bagi menghormati kematian penulis Miguel de Cervantes pada tarikh tersebut.

Pada tahun 1995, UNESCO memutuskan menyambut Hari Buku Sedunia sebagai mengenang ulang tahun kelahiran dan kematian William Shakespeare, kematian Inca Garcilaso de la Vega dan Josep Pla, kelahiran Maurice Druon, Vladimir Nabokov, Manuel Mejía Vallejo dan Halldór Laxness (Sumber: Wikipedia)

Tidak dapat dinafikan, buku menjadi sumber bacaan penting khususnya bagi penggemarnya. Tabiat gemar membaca mencerminkan kemajuan tamadun bangsa dan negara. Rakyat negara yang kemarok membaca selalunya dilihat pantas memacu kegemilangan bangsa dan negara. Jepun merupakan contoh yang paling ketara. Dilaporkan, rakyat Jepun akan membaca tanpa mengira masa dan tempat. Di negara ini, sekiranya statistik UNESCO yang mendedahkan rakyat Malaysia cuma membaca dua buah buku setahun masih lagi relevan, jelas ia amat memilukan. Dengan prasarana yang dilihat mendokong industri perbukuan negara dan jumlah buku yang melimpah ruah dalam pasaran,dijangkakan statistik ini pastinya meningkat dan akan terus meningkat. Persoalannya apakah bahan bacaan yang digilai oleh pembaca, mungkin majalah hiburan, komik atau bahan bacaan ringan yang tidak membantu dalam pengembangan minda. Ledakan teknologi maklumat pula menyajikan pelbagai bahan maklumat dan bacaan bentuk baru dan bersifat online. Cabaran pada buku konvensional pastinya. Golongan muda dan pelajar khususnya lebih terpaku di depan skrin komputer mengakses maklumat yang sememangnya lebih pantas, terkehadapan dan menyeronokkan daripada mengulit buku yang secara fizikalnya mendugalkan.

Dikalangan pelajar IPT, trend membaca juga amat membimbangkan. Amalan membaca buku tambahan di kalangan pelajar universiti di negara ini masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pelajar universiti di luar negara iaitu secara purata mereka hanya membaca 12 buah buku selama tiga tahun pengajian.Berdasarkan satu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah).


Mengapa kita kurang atau tidak gemar membaca? Adakah kita tidak punya masa? Adakah kita lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti lain seperti menonton tv, bersembang dan sebagainya? Adakah buku dalam bentuknya yang ada tidak lagi menarik untuk didampingi? Adakah harga buku yang semakin mahal? Sama-samalah kita cari jawapannya.

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w