Skip to main content

Siapa?


Sebuah laporan polis dibuat oleh seorang pekerja hotel wanita berumur 30 an bahawa seorang ahli politik kanan telah bertindak mencabul beliau pada 14hb April yang lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Kejadian memalukan itu berlaku di Kelab Havana hotel Maridien di KL Sentral ketika gadis itu sedang melayan dan menyediakan minuman keras untuk menteri berkenaan.
Bekas menteri berkenaan yang dalam keadaan mabuk dikatakan telah memegang tangan pelayan berkenaan tetapi dimarahi pelayan itu sambil berlalu dari situ.

Ketika pelayan itu berlalu bekas menteri berkenaan mengekori dari belakang dan meraba punggungnya menyebabkan pelayan itu menjerit dan memanggil teman lelakinya yang kebetulan bekerja di situ.


Teman lelaki pelayan tersebut telah bertindak membuat satu laporan polis.

Gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Ia meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen mengenai rupabadan seseorang, persiulan, pujuk rayu yang berterusan untuk keluar bersama atau untuk hubungan intim, ataupun pemaparan gambar lucah. Gangguan seksual juga boleh berbentuk ugutan, misalannya pernyataan yang mengenakan syarat berbentuk seksual atas keadaan di tempat kerja, samada penentuan gaji, kenaikan pangkat dsb. Gangguan Seksual adalah penyalahgunaan kuasa. Gangguan seksual tidak sama dengan mengurat. Ia tidak diundang dan adalah kelakuan yang tidak menghormati mangsanya. Jika anda ingin memikat hati seseorang, anda akan menghormati dan peka kepada perasaannya. Mengurat memang seronok untuk kedua pihak, tetapi gangguan seksual menyakiti dan memberi kesan buruk kepada mangsa.Selain itu gangguan seksual tidak boleh dipandang ringan. Ia mengganggu kesihatan emosi dan fizikal seseorang. Wanita yang menghadapinya melaporkan bahawa ia menyebabkan mereka mengalami tekanan jiwa, sakit kepala, gangguan tidur dan kerisauan.Ini menurunkan produktiviti kerja, merendahkan semangat dan keyakinan di tempat kerja dan memberi kesan negatif kepada sesiapa yang menyaksikan atau mendengar mengenainya.

Siapakah bekas Menteri tersebut? Masih rahsia lagi.Buletin Utama menggambarkan bahawa beliau mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU12 tetapi tidak dilantik menjadi ahli kabinet dan kini berada di luar negara.

Kepada mereka yang gemar melakukan gangguan seksual ini, hentikanlah kerja gila dan memalukan ini. Anda bukan sahaja menjatuhkan air muka sendiri, tetapi juga mencemarkan maruah anda sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w