Skip to main content

Melayu (Revisited)

PRU12 dilihat menggugat orang Melayu yang memang sudah sedia tergugat. Pengaruh dan suara orang Melayu semacam sudah tidak didengar lagi. Melayu dalam keadaan tertekan. UMNO yang selama ini dianggap tunjang dan peneraju Melayu dan segala kepentingannya sudah tidak bertaring lagi. Mengapa Melayu terus terpinggir dan merempat di bumi sendiri? Adakah salah orang Melayu atau orang bukan Melayu yang semakin biadap dan seolah-olah melupakan hak ketuanan Melayu?

Saya melihat apa pun usaha untuk melonjakkan orang Melayu tidak akan ada hasilnya sekiranya orang Melayu terus bercakaran dan bertelagah sesama sendiri demi kepentingan politik masing-masing. Orang Melayu perlu bersatu dibawah satu panji yang bertekad untuk mendokong aspirasi bangsa Melayu dalam segenap bidang ekonomi, pendidikan dan tidak hanya tehad dalam politik kepartian yang tidak memartabatkan Melayu. Ketika UMNO ditubuhkan dahulu orang Melayu bersatu untuk mendaulatkan bangsa Melayu di tanah air sendiri.

Namun kerana matlamat perjuangan yang berbeza yang didorong oleh kuasa politik UMNO bagaikan sebuah pinggan kaca yang mula menyerpih. Lalu lahirlah PAS. Kemudian terserpih pula BERJASA. Krisis UMNO 1987 melahirkan pula serpihan Semangat 46. Pinggan UMNO serpih lagi pada 1999 apabila Keadilan lahir.

Ketika UMNO menyerpih satu demi satu, saya tidak melihat pun MCA bergolak seterok UMNO. DAP tidak pernah menyerpih malah terus membina kekuatan dan empayarnya. Jadi, sama ada PAS atau Keadilan tidak payahlah mendabik dada justeru kelahiran kamu dari perut ibu yang sama. Hormatilah ibu yang pernah melahirkan kamu. Kembalilah dan bersatulah dengan ibu mu untuk kebahagiaan bersama.Bermaufakatlah atas tiket bangsa Melayu kerana kita memang orang Melayu lainlah kalau kita malu mengaku Melayu.

 Melayu tidak perlu takut lagi. Tidak perlu bertolak ansur lagi. Justeru sikap tolak ansur lah yang meminggirkan Melayu selama ini. Saya masih ingat bagaimana atok bercerita kepada saya tentang kedatangan orang China ke Tanah Melayu. Datang hanya dengan sebatang cangkul ingin menumpang teduh dan bercucuk tanam di tanah orang Melayu. Maka diberikanlah keizinan. Bermula episod seterusnya. Si China mula bercucuk tanam dan tidak ketinggalan membela babi. Orang Melayu memang pantang dengan babi. Lalu beransurlah orang Melayu mencari petempatan baru, di dalam hutan yang belum diteroka, malah sepanjang tebing sungai. Lalu menjadilah nelayan Melayu. Tolak ansur akhirnya terhumban ke dalam sungai!

Bangkitlah semua orang Melayu. Hanya orang Melayu yang bersatu dibawah satu panji boleh menaikkan martabat orang Melayu kembali.

Pena Tumpul - Melayu memang mudah lupa

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...