Skip to main content

Pertembungan

"Budak-budak ni jam bukan pandang pun buah-buah macam duku, langsat dan pulasan ni" 

Kata-kata emak mentua saya itu memang ada benarnya. Sebakul langsat yang saya petik segar-segar dan saya hamparkan di depan mereka tidak buat mereka teruja pun. Tidak juga Haziq, Diko dan Denko. Apatah lagi untuk mencubanya sebiji dua. Ini tidak menghairankan saya bila mengambil kira bahawa mereka bertiga dilahirkan hampir lima dekad selepas Tok Mak mereka. Jurang generasi yang bukan kecil. Lantas sudah tentu wujud perbezaan nilai, cara berfikir malah keinginan, kesukaan dan kehendak juga.

Jurang generasi memang wujud di setiap zaman. Dikatakan, anak muda yang berusia awal 30-an ke bawah, dikenali sebagai Generasi Y. Mereka yang mewakili  Generasi Y ini bukan saja boleh dikenali dengan fesyen dan muzik mereka, mereka juga generasi yang terlalu serasi dengan alam siber seperti laman media sosial. Ada kalanya mereka juga digelar Generasi Net. Ini hakikat yang tidak boleh ditolak.

Saya merujuk Wikipedia dan menemui fakta yang menarik ini tentang pelbagai generasi ini. Bermula dengan "Lost Generation" yang merujuk kepada mereka yang berjuang di dalam Perang Dunia Pertama. Di ikuti pula generasi yang dikenali sebagai  "Great Generation" iaitu mereka yang berjuang di dalam Perang Dunia Kedua dan dilahirkan  sekitar 1901 hingga 1924. Kemudian menyusul "Silent Generation" – lahir dari tahun 1925 hingga 1945. Juga digelar zaman kemelesetan teruk yang memberi kesan mendalam kepada generasi ini.

Generasi "Baby Boom" pula dilahirkan sekitar Perang Dunia Kedua dari tahun 1946 hingga 1964. Dinamakan begitu kerana pada masa ini menyaksikan pertambahan kadar kelahiran yang tinggi. Oleh kerana jumlahnya yang ramai, generasi ini telah banyak membuat perubahan di dalam budaya dan masyarakat Barat. Dilihat sebagai generasi yang “mewah” kerana lahir di dalam keadaan ekonomi yang lebih baik dari generasi sebelumnya. Kemudian muncul pula "Generation X" yang dikatakan dilahirkan di penghujung 1960 an hinggalah awal 1980 an tetapi tidak lebih dari 1982.  Diikuti pula "Generation Y" yang juga dikenali dengan pelbagai nama lain iaitu  "Millenial Generation", "Generation Next", "Net Generation", "Echo Boomers". Generasi ini dikatakan merujuk kepada mereka yang lahir  pada penghujung 1970 an hingga awal 2000. Diikuti pula "Generation I", atau dikenali juga "Generation Text" – tahun kelahiran dari awal 1990.

Paling terkini apa yang disifatkan oleh Professor Janna Quitney Anderson sebagai "Generation AO", atau Gen AO merujuk kepada mereka yang lahir pada awal  tahun 2000 dan selepasnya. Mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini dikatakan sangat kuat dipengaruhi oleh Internet. Generasi ini dikatakan juga mempamerkan sifat hilang kesabarab dan kurangnya kebolehan berfikir secara mendalam.

Pertembungan generasi memang tidak boleh dielakkan. Mana mungkin Generasi X senang bersekongkol dengan Generasi Y apatah lagi Generasi AO. Pemikiran amat pasti berbeza. Citarasa juga berbeza. Malah buah-buahan yang digemari juga berbeza. Kalau Tok Mak suka buah pulasan, Haziq pula suka buah anggur. Kalau Tok Yah suka ais kerim kacang, Diko pula minatnya pada "Ice blended" yang pelbagai perisa itu.Kalau si ayah cukup terpesona didendang lagu-lagu langgam, si anak pula lebih teruja dengan lagu-lagu yang rentaknya sukar untuk dimengerti pun!

Kentang goreng dan kerepek ubi tidak akan pernah sama pun seperti juga daging salai Tok Mak yang amat berbeza dengan Beef steak di restoran segera!

Pena Tumpul - Sedar memang sukar memahami pelajar Generasi Y dan Gen AO

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w