Skip to main content

Langsir

Mama mendapat kemahiran baru sejak dua bulan yang lalu. Dia begitu gembira dan berbangga dengan kebolehan menjahit sendiri langsir bagi memenuhi setiap jendela dan pintu Teratak Kasih. Selama ini dia sekadar berpuashati dengan langsir hasil jahitan
"bodoh"nya yang menjadi kemestian pada setiap kali lebaran tiba. Namun sejak dia berkunjung ke rumah salah seorang kawannya yang sememangnya mahir dalam menjahit langsir dan tidak menang tangan menyiapkan tempahan orang ramai, keinginannya untuk mencuba mendalami kemahiran menjahit langsir melonjak. Keinginannya tidak berhenti di situ; dia merengek dan meminta saya membelikannya sebuah mesin yang lebih baik daripada mesin yang sedia ada. Beliau berjaya dalam pujukannya itu apabila sebuah mesin jahit automatik mula menjadi temannya yang paling rapat kini. Saban malam masanya akan dipenuhi untuk menggantikan setiap helai langsir lama yang tergantung layu di jendela dan pintu yang ada. Dari Kuala Lumpur sehingga ke JB, termasuk Batu Pahat, Tangkak apatahlagi kedai-kedai langsir di Segamat merupakan fokus kunjungannya bagi mendapatkan langsir-langsir baru corak terkini. Teruja benar dia dengan kemahiran barunya itu sehingga tanpa disedari tidak kurang RM1000 telah dibelanjakan untuk langsir baru. Saya katakan padanya: Hanya tiga tahun selepas ini pertukaran langsir baru akan dibenarkan. Dia akur. Malam tadi ada kemuncak kepada kegilaannya dengan langsir. Helaian terakhir yang menghiasi kamar tamu berjaya disiapkan. Saya cadangkan kepadanya untuk berjinak-jinak dengan mereka yang lebih mahir dan kalau perlu hadiri latihan formal.
Saya mengharapkan selepas ini Mama juga akan mahir menghasilkan kemeja, seluar panjang dan sepasang baju Melayu untuk raya. Mana tahu, selepas ini sudah cukup yakin untuk menerima tempahan pula..

Pena Tumpul - Upah sepasang baju Melayu amat mahal, kalaulah boleh dijahit sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w