Skip to main content

Poligami

Semalam saya digemparkan dengan berita yang amat tidak dienak untuk diketahui malah wajar dikongsi bersama sebagai iktibar. Saya mendapat berita ini dari adik ipar saya seorang Pembantu Perubatan di Dewan Bedah Hospital Segamat. Dia terkejut bila mendapat tahu salah seorang saudara rapatnya berusia sekitar 40an menjadi suami kepada ibu yang melahirkan anak secara pembedahan semalam. Sepanjang pengetahuannya, saudaranya tidak pernah memiliki isteri lain kecuali isteri yang telah dinikahinya sejak 15 tahun yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan seusia perkahwinannya. Semua terkejut, termasuk Wati, emak, Ani dan Kak Long yang duduk di JB. Namun malang bagi sang suami kerana menurut laporan doktor sang ibu yang berusia 35 tahun ini disahkan HIV positif sejak 2004 yang lalu. Khabarnya sang suami agak berang kerana tidak diberitahu oleh perempuan ini tentang keadaannya itu. Yang menjadi kebimbangan kami semua ialah betapa nasib yang bakal dihadapi oleh si isteri pertama akibat hubungan suaminya dengan perempuan malang itu. Tempiasnya sudah pasti dirasa. Nauzubillahi min zalik. Inilah akibatnya kalau peraturan dikesampingkan. Tidak salah untuk berkahwin dua atau pun berpoligami namun biarlah kena pada caranya dan mengikut saluran dan lunas yang betul. Poligami bukan sekadar memenuhi runtunan nafsu semata-mata tetapi perlu seiring dengan galasan tanggungjawab zahir dan batin yang cukup berat. Sebab itulah Islam menganjurkan supaya cukup dengan satu, kecuali kita boleh berlaku adil kepada isteri-isteri yang kita nikahi Adilkah si suami sekiraya isteri pertama dibiarkan merencana dan menanggung hidup keluarga dan anak-anak malah sehingga menagih belas ihsan ibunya sendiri untuk sesuatu yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suaminya untuk menyediakannya! Kesian si ibu yang terpaksa mengorbankan hasratnya untuk menjadi tetamu Allah hanya kerana simpati dengan rengekan anaknya yang masih lagi punya suami.

Pena Tumpul - Ukur baju di badan sendiri

Comments

Anonymous said…
amat kesian dan menyedihkan mengenangkan nasib isteri yang di madukan...sudahlah di madukan, di takuti pula di jangkiti HIV daripada suami yang seronok untuk beristeri dua...mungkin si suami mampu untuk beristeri dua tapi tak mengetahui musibah yang bakal di hadapi....marilah kita berdoa agar si isteri pertama tidak di jangkiti HIV...saya bersetuju dengan saudara supaya si suami yang ingin beristeri dua berfikir dengan semasak-masaknya sebelum meneruskan niat tersebut...ini bagi mengelakkan isteri pertama dan anak-anak daripada hidup terbiar...nak makan pun susah dan tempat tinggal pun mungkin tidak sempurna sehingga terpaksa merengek ataupun meminta bantuan daripada ibunya demi sesuap nasi...akhirnya anak-anak akan jadi terbiar dan akan hancurlah masa depan mereka....fikir-fikirkanlah....apa komen saudara mengenai kes norman dan abby....kesian abby tapi pada hakikatnya kita mengetahui apa yang berlaku di dalam rumahtangga mereka...

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w