Skip to main content

Cacing

Begitu ramai yang tertarik untuk menceburi bidang ternakan cacing secara komersial kerana khabarnya ia mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan,;ni kerana cacing kini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Adik ipar saya, Along
yang menetap di Kuala Lumpur dalam diam-diam telah memulakan ternakan haiwan tidak bertulang belakang ini sejak sebulan yang lalu bermodalkan RM20,000. Sempat juga saya melihat tempat ternakannya di rumah kedai yang disewanya. Beliau nampaknya begitu optimis dengan ternakan ini dan menjangkakan bakal mendapat pulangan sekitar RM7,000 sebulan kira-kira enam bulan dari sekarang. Dia mempelawa saya turut serta namun saya sempat mengatakan kepadanya...Buatlah dulu dan tengok dulu hasilnya, saya akan menyusul kemudian.

Antara kegunaan cacing ialah sebagai ejen penguraian bahan buangan industri untuk dijadikan baja organik, pemusnah sampah organik dan bahan campuran dalam makanan ternakan serta pembuatan kosmetik.

Penternakan cacing pada dasarnya sangat mudah kerana ia dapat memanfaatkan bahan buangan yang sedia ada untuk kegunaan tempat pembiakan atau makanan cacing selain tidak mempunyai risiko jangkitan penyakit.

Berdasarkan pembacaan, haiwan tidak bertulang belakang ini (Invertebrates) telah digunakan oleh manusia sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan bukan sahaja untuk umpan memancing, tetapi digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dan merperbaiki suara agar lebih halus oleh nenek moyang kita dahulu. Kini, dengan wujudnya penerokaan di dalam bidang bioteknologi, haiwan ini menjadi tumpuan untuk dijadikan pelbagai produk pertanian dan perubatan yang boleh digunakan oleh manusia.

Di negara-negara luar seperti Australia, Jepun, Taiwan dan China, mereka telah meneroka jauh bidang penternakan dan penghasilan produk berasaskan cacing. Di Malaysia, industri/bidang ini masih baru dan ianya mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan. Semoga Along berjaya..

Pena Tumpul - Di mana ada usaha di situ ada jaya

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w