Skip to main content

350juta

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Facebook adalah satu fenomena sekarang. Kenyataan ini dilihat betul berdasarkan statistik berikut: Ada 175 juta pengguna setiap 24 jam sekali. Facebook juga memiliki jumlah anggota hingga 350 juta di dunia. Lebih dari 35 juta pengguna Facebook mengemaskinikan statusnya setiap hari. Gambar yang dimasukkan di Facebook telah meningkat 100%, saat ini sekitar 2.5 juta gambar telah dimasukkan ke laman Facebook setiap bulan.. Statistik juga menunjukkan peratusan pengguna wanita dari negara ini melebihi jumlah pengguna lelaki iaitu sebanyak 1,723,360 berbanding 1,678,140 pendaftar lelaki. Pengguna Facebook seluruh dunia sehingga Februari 2010 ialah seramai 316,402,840.

Sejarah Facebook dikatakan bermula sebagai satu jaringan sosial yang di perkenalkan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Ada yang berkata Mark Zuckerberg seorang pemuda Yahudi yang dilaporkan menyumbang dana melalui penggunaan laman sosial ini kepada bangsanya.

Penggunaan Facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College. Akhirnya merebak luas ke segenap pelusuk dunia. Kini Facebook menjadi sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia hari ini khususnya golongan remaja.

Sekarang orang mula bercakap tentang keburukan Facebook. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia berlaku bila seseorang pengguna Facebook leka dan lalai melayan Facebook sehingga mengabaikan sesuatu yang lebih penting dari itu. Lupa kerja, lupa belajar malah sampai lupa makan justeru terlalu taksub dengan laman maya ini. Ada kemungkinan prestasi kerja menurun dan tumpuan terhadap pelajaran terjejas.

Namun saya melihat Facebook dari sudut yang lebih positif. Ia mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah yang betul. Jaringan sosial dapat dikembangkan secara pantas. Saya tidak pernah terfikirkan satu platform yang lebih berkesan selain Facebook sebagai jambatan penghubung antara manusia dalam perkampungan global kini. Betul, ia bersifat maya namun impaknya cukup hebat. Facebook membantu saya menemukan semula anak-anak didik yang "hilang" sejak 20 tahun yang lalu. Sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan sebelum ini bahawa saya akan menemui semula mereka di laman sosial ini.

Saya pernah tahu dan diberitahu tentang beberapa laman serupa ini tetapi tidak pernah rasa tertarik pun namun kecundang dengan Facebook. Saya yakin saya tidak kesorangan malah berkongsi dengan puluhan juta yang lain di negara ini.

Pena Tumpul - Ingat kata Buya Hamka, pandai-pandailah memilih yang baik dari Barat

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...