Skip to main content

Bendul

Segalanya kerana bendul. Gara-gara bendul seorang kawan lama masih lagi hidup menyendiri bila ditemui semula setelah 20 tahun. Saya menjumpainya tanpa dijangka dimajlis perkahwinan hujung minggu lalu. Di usia yang sudah melepasi angka 40, beliau sepatutnya sudah lama berumahtangga. Setidak-tidaknya memiliki dua orang anak. Dengan kedudukan beliau sekarang- kerja yang bagus, selain perawakan yang tidak kurang menarik, zaman bujang seharusnya sudah lama beliau tinggalkan.

Dia tersepit di tengah-tengah keluarga yang kuat ikatannya pada adat. Bak kata orang, "Biar mata anak, jangan mati adat". Katanya, keinginannya untuk berstatus isteri tertangguh sejak kakaknya yang sulung sampai kini masih lagi belum berkahwin. Adat jangan langkah bendul menyatakan bahawa adik tidak boleh memintas akak dalam soal berkahwin. Adik perlu beralah dan hanya boleh berkahwin selepas akak berkahwin terlebih dahulu. Kalau adik rasa perlu untuk berkahwin juga, maka akan berlakulah melangkah bendul. Selalunya, apabila langkah bendul sudah tidak dapat dielakkan lagi, akak juga bagai dirai bersama dalam perkahwinan itu. Lazimnya akak akan diberikan sebentuk cincin malah sepersalinan juga. Untung juga si akak yang menerima tempias perkahwinan adik-adiknya. Kalau tiga orang adik yang perlu melangkah bendul, maknanya akak akan dapat tiga bentuk cincin!

Ketika adat-adat yang dilihat kolot sudah lama luntur ditelan zaman, agak mengejutkan juga ada yang tertangguh perkahwinannya kerana tidak mahu langkah bendul!

Pena Tumpul - Jangan sampai jadi lurus bendul







Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...