Skip to main content

Raya

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا
 عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآَخِرِنَا وَآَيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيرُ الرَّازِقِينَ

Isa putera Maryam berdo'a: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau;beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama".(Surah Almaidah:114)

Ustaz Abu Hassan Din membaca ayat ini di permulaan bual bicaranya lewat Tanyalah Ustaz TV9 yang mengupas Adab Berhari Raya. Kata Ustaz, ini adalah satu-satunya ayat dalam AlQuran yang menyentuh tentang Hari Raya. Sekaligus ia menjawab persoalan bahawa menyediakan juadah untuk hari raya termasuk kuih muih memang dianjurkan oleh Islam. Memang pada hari raya, rezeki memang melimpah ruah. Kunjung dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan menikmati hidangan yang disediakan bagaikan tiada hadnya.

Banyak juga perkara yang disentuh berhubung adab berhari raya ini. Antara yang ditimbulkan ialah soal mengadakan rumah terbuka, memberi duit raya, menjamu selera dengan pelbagai juadah di hari raya, pembaziran di hari raya, juga soal kongsi raya. Soal bakar mercun juga ditimbulkan.

Namun yang paling menarik bila soal mereka yang tidak puasa tetapi berhari raya mengalahkan orang yang berpuasa. Bergaya dengan baju raya tetapi tidak pula berpuasa. Bukan itu sahaja,kalau pun berpuasa, ibadat yang lain seperti solat diabaikan begitu sahaja. Memang ramai orang begini di kalangan kita. Kata Ustaz lagi, apalah gunanya berpuasa, berderma juga kalau ibadat solat yang merupakan tiang agama ditinggalkan. Kalau pun solat, cuma solat Hari Raya itu sahajalah. Tidak hairanlah kalau wajah-wajah yang tidak pernah dilihat sebelum ini tiba-tiba muncul sewaktu solat Raya yang cuma setahun sekali atau dua kali itu!

Pena Tumpul - Terganggu dengan bunyi mercun membingit telinga

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...