Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Anugerah

Pagi ini saya melihat sebuah kereta polis dengan siren dibunyikan dalam kampus. Saya tertanya-tanya adakah sedang berlaku sebarang kejadian yang mencemaskan. Polis sedang mengejar penjenayah dalam kampus? Tidak mungkin.

Dalam keadaan tertanya-tanya, saya lihat sebuah bas membontoti kereta polis tersebut. Siapa dalam bas tersebut? Mereka adalah penerima anugerah yang saya tidak tahu pun. Mereka staf cemerlang khabarnya. Mereka orang penting lalu perlu diiringi kereta polis. Mereka mesti dihargai.

Tanpa mereka organisasi akan lumpuh!

Pena Tumpul - Pekerja biasa sahaja

Sibuk

Ada masa dan ketikanya terasa sangat malas untuk mencoret walau sebaris ayat. Banyak yang berlegar dalam kepala namun tidak sangat rasa seronok dan selesa untuk dilontarkan dalam bentuk huruf dan perkataan. Terasa sukarnya. Kekangan masa juga. Amanah dan tugas yang dipikul sangat mendesak untuk diberikan keutamaan dan dibereskan dulu berbanding yang lain-lain yang relatifnya tidak penting.

Kadang-kadang kita tidaklah sesibuk mana pun. Sering juga merungut masa yang cukup pantas sehingga tidak terhambat. Sebenarnya sejak dulu masa tetap 24 jam dan tidak pernah berubah. 12 jam malam dan 12 jam siang. Bukan masa yang kita lihat berlalu pantas itu yang patut kita salahkan, tetapi diri kita yang tidak pandai mengurus waktu yang ada. Kita silap meletakkan prioriti barangkali, yang mana penting dan yang mana tidak. Begitu juga antara yang perlu dengan yang tidak perlu. Ada perkara-perkara yang mencuri masa kita dan paling malang sampai melekakan kita. Terlalu berlama-lama di laman sosial sep…

Dongak

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu) – Surah Azzumar ayat 49.

Sudah menjadi lumrah manusia semasa senang kekadang terlupa pada Allah, etapi apabila ditimpa kesusahan tidak lekang di bibir memohon pertolongan menadah tangan berdoa dan mendongak ke langit. Ramai ustaz yang memberi peringatan tetapi sering kali kita terlupa. Mungkin kisah ini akan membuka hati kita. Cerita ini mungkin sudah didengar dan dibaca banyak kali namun ia tetap segar sebagai peringatan buat kita yang adakalanya terlalai dan terleka.Pagi ini lewat corong Radio IKIM saya…

Rosak

Pagi ini di sebuah kedai telefon,seorang lelaki dalam lingkungan usia lewat 60an yang saya temui sangat-sangat membuatkan saya terharu dan sebak buat seketika.

Pakcik itu meminta telefon bimbitnya dibaiki kerana katanya sudah hampir sebulan telefonnya tidak berdering. Telefon bimbitnya saya lihat jenis biasa-biasa saja. Sebuah telefon Nokia yang paling asas dan saya kira cukuplah untuk buat dan terima panggilan serta pesanan ringkas. Kata Pakcik telefon itu dibelikan oleh anaknya supaya dia mudah dihubungi dan ditanya khabar. Menurutnya, dua orang anak lelakinya tidak duduk bersamanya dan dia duduk sendirian sejak kematian isterinya beberapa tahun lalu.

Kata Pakcik lagi, anak lelakinya hanya mengajarnya bagaimana untuk terima panggilan sahaja. Selainnya bagaimana untuk mengecas bateri telefon. Itu saja. Selebihnya,dia tidak tahu.

Bila saya tanya apa yang rosak, Pakcik dengan sedikit sedih memberitahu bahawa telefonnya sudah hampir dua minggu tidak berbunyi. Selalunya, paling tidak pun…

Anggerik

Saya memperolehi hobi baru sejak beberapa minggu yang lalu. Saya tiba-tiba menjadi begitu minat dengan anggerik.Memenuhi masa yang terluang barangkali. Dulu saya sering memperlekehkan kegilaan isteri dengan bunga anggeriknya itu

 Saya katakan padanya hobi ini memerlukan ketekunan dan kerajinan. Anggerik menuntut penjagaan yang rapi dan belaian supaya tumbuh segar dan berbunga mekar. Saya tahu saya tidak mampu "membelai" anggerik begitu. Saya yakin dia pun tidak akan berupaya bertahan lama dengan anggeriknya. Ternyata telahan saya benar. Anggerik isteri dibiarkan tanpa penjagaan sekian lama sehinggalah saya terpanggil untuk mendekatinya semula.

Dengan kelapangan masa yang ada, saya mula mencintai tanaman yang pernah saya jauhi dahulu. Begitu kuat tarikan si anggerik ini kerana bermula saat saya meminatinya, seawal pagi saya sudah menjengah dan membelainya.Isteri cuma mampu tersenyum yang saya kira penuh makna. Saya pasti dia sudah berkira-kira untuk meminta saya menambahkan …

Dunia

الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ , مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلا عَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ , وَذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاهُ “Dunia itu terlaknat, dan terlaknat juga apa-apa yang ada di dalamnya kecuali orang-orang yang berilmu atau orang yang belajar, dan Dzikrullah juga yang seumpamanya.”
Saya mendengar hadis ini dibacakan oleh Ustazah lewat corong radio sejurus sebelum masuk waktu zohor hari ini. Ia menarik untuk dijadikan renungan. Kata Ustazah, dunia mampu menyebabkan laknat Allah (jauh dari rahmatnya) disebabkan kemampuannya dalam melalaikan dari perintah-perintah Allah, kecuali Dzikir Allah dan para ahlinya, orang yang berilmu agama dan orang yang mengajarkan ilmu agama. Demikian karena Ahli Dzikir dan Ahli Ilmu (Ulama) mengingat Allah dalam segala sesuatu, dan gemerlap dunia tidak membuat mereka lupa. Ustazah juga turut menjelaskan bahawa dunia ini juga  ibarat bangkai manakala orang yang senang kepadanya pula ibarat anjing, Ini selari dengan firman Allah;
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّ…

Cabaran

Penerbit buku PTS melontarkan cabaran ini di laman muka buku saya.Saya melihatnya sangat bagus untuk disahut. Paling tidak ia boleh menjadi sebahagian daripada azam tahun 2015 yang mahu dilunaskan sebaik sahaja menjelang hujung tahun.

Membaca memang aktiviti yang memberangsangkan. Ia juga santapan minda. Membaca tidak pernah merugikan kita. Membaca menjadikan kita berpengetahuan. Membaca membentuk dan mewarnakan kerangka pemikiran kita. Membaca juga membentuk peribadi kita. Membaca mendewasakan kita.

Jika ingin disenaraikan,manafaat membaca tidak terhitung banyaknya. Pun begitu ia bergantung kepada apa yang kita baca. Kalau sekadar bahan picisan tidak banyak faedah yang dapat kita peroleh.

Memilih bahan bacaan yang sesuai itulah yang penting.Siapa kita di waktu ke depan dicorakkan oleh apa yang kita baca sebenarnya!

Pena Tumpul -Baca AlQuran tetap teratas

Doa

Membaca doa kafaratul majlis sebelum sebuah pertemuan ditutup adalah amalan yang kecil tapi besar pahala. Kita diampuni semua dosa yang terjadi selama majlis itu berlangsung.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.menjelaskan " Orang yang berada dalam suatu majlis, kemudian pada majlis itu terdapat banyak perkataan yang tidak berguna,lalu sebelum beranjak meninggalkan majlis membaca doa yang dibicarakan ini.

Doa ini mudah dilakukan. Tidak perlu waktu yang lama dan tenaga yang banyak pun.Ia ringan dan mudah dilakukan namun berpahala besar. Apa yang perlu cuma kita istiqamah membaca doa ini setiap kali mengakhiri sesuatu majlis.

Pena Tumpul - Peringatan buat diri sendiri

Fitnah

Saya menziarahi jenazah seorang wanita di kampung. Saya masih melihat Tok Yam setia dengan tugasnya menguruskan jenazah wanita sejak berpuluh tahun lalu. Saya selalu dengar bahawa tugas mengurus jenazah lebih-lebih lagi ketika memandikan jenazah menuntut tanggungjawab amanah yang sangat berat. Apa pun aib tentang simati jangan sesekali diserlahkan pada umum. Ia sangat tidak bagus. Semua orang tahu Tok Yam sangat amanah.

Saya teringat sebuah kisah yang sangat menarik yang pernah saya baca dulu yang ada kaitan dengan kisah pemandi mayat ini. Saya tidak tahu sama ada ia kisah benar atau rekaan cuma. Namun ia tidaklah penting sangat pun kerana sekali membaca kisah ini ia ada pengajaran yang boleh dikongsi bersama dan sekaligus dijadikan iktibar. Ia peringatan sangat berguna bagi mereka yang suka mereka-reka cerita palsu dan sekaligus menyebar fitnah tentang orang lain.

Kisah ini direkodkan berlaku pada zaman Imam Malik. Khabarya,  terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu …

Sangkaan

Saya menegur Haziq yang terpandang sekumpulan lelaki di atas jalanraya yang masih lagi bekerja walaupun azan solat Jumaat sudah berkumandang. Saya tidak setuju bila dia kata lelaki-lelaki yang dilihatnya itu teruk lakunya kerana tidak solat Jumaat. Saya meningkah dengan berkata bahawa mereka mungkin akan bergegas untuk solat juga nanti. Sebagai manusia yang bertaraf hamba, kita tidak berhak untuk menghukum orang pada pandangan pertama..Hanya melihat luarannya kita mula mengulas itu dan ini dan bersangka yang bukan-bukan.

Mungkin betul sangkaan kita. Tetapi kalau salah bagaimana? Dosa percuma. Allah mengingatkan kita "Wahai orang beriman, jauhilah daripada bersangka-sangka. Sesungguhnya ada antara sangkaan itu dosa" (Al-Hujurat 49: 12).
Malah Rasulullah juga ada menegaskan "Jaga-jaga kamu daripada persangkaan. sesungguhnya bersangka-sangka itu kata-kata yang paling dusta" (Riwayat al-Bukhari).
Kalau kita jadi orang baik, tidak cuai solat dan puasa, lain pula str…

Sunnah

Sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang dapat saya pelajari bila mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Sulaiman Maidin,Kadi Daerah Segamat pagi ini. Beliau bercakap tentang sunnah Nabi, sahabat Nabi yang paling awal menerima Islam iaitu Bilal bin Rabah dan juga tentang tiga golongan manusia yang Nabi tidak mahu berjumpa di akhirat nanti.

Katanya ada sunnah yang sangat perlu diamalkan dan ada juga yang tidak. Sunnah yang melibatkan peribadi Nabi seperti cara Nabi berpakaian, makan dan sebagainya tidaklah dituntut sangat kita melakukannya. Puan begitu kalau berupaya melakukannya, ia memanglah bagus.Katanya lagi, orang yang mampu berjubah tidaklah wajar memperlekehkan mereka yang tidak berjubah seperti Nabi. Dalam masa yang sama, mereka yang tidak mampu berjubah tidak perlulah mempersenda mereka yang berjubah. Kalau tidak mampu buat, elok diam sahaja.

Beliau turut menyelar mereka yang mengatakan orang yang pakai talileher sebagai Yahudi malah menyifatkan mereka yang berfikiran c…

Turun

Harga petrol turun 35 sen. Ia jumlah penurunan yang agak besar. Setelah merungut dengan harga bahan bakar yang sentiasa naik ini, penurunanya kali ini bagaikan hadiah tahun baharu. RON95 kini cuma RM1.91sahaja seliter berbanding sebelum ini RM2.26.Semua orang tersenyum lebar, saya jangka.


Penurunannya sudah pasti bakal memberi impak positif kepada orang ramai. Kita harap bukan minyak sahaja yang turun, tetapi barangan dan perkhidmatan juga perlu turun sama. Kalau dulu harga barang naik kerana faktor minyak naik,jadi dengan alasan yang sama, harga barang dan perkhidmatan memang patut turun pun. Peniaga perlu berlaku adil kepada para pengguna dalam apa pun keadaan. Sama-sama senang dan sama-sama rasa susah juga. Tidak perlulah hendak fikir untung sahaja. Bukan tidak boleh untung namun jangan sampai melampau sehingga pengguna yang menjadi mangsa.

Pun begitu realiti di lapangan tidak begini. Kalau barang sudah naik,usah diharap dia akan turun. Fenomena ini usah diharapkan akan berlaku. Be…