Skip to main content

Anggerik

Saya memperolehi hobi baru sejak beberapa minggu yang lalu. Saya tiba-tiba menjadi begitu minat dengan anggerik.Memenuhi masa yang terluang barangkali. Dulu saya sering memperlekehkan kegilaan isteri dengan bunga anggeriknya itu

 Saya katakan padanya hobi ini memerlukan ketekunan dan kerajinan. Anggerik menuntut penjagaan yang rapi dan belaian supaya tumbuh segar dan berbunga mekar. Saya tahu saya tidak mampu "membelai" anggerik begitu. Saya yakin dia pun tidak akan berupaya bertahan lama dengan anggeriknya. Ternyata telahan saya benar. Anggerik isteri dibiarkan tanpa penjagaan sekian lama sehinggalah saya terpanggil untuk mendekatinya semula.

Dengan kelapangan masa yang ada, saya mula mencintai tanaman yang pernah saya jauhi dahulu. Begitu kuat tarikan si anggerik ini kerana bermula saat saya meminatinya, seawal pagi saya sudah menjengah dan membelainya.Isteri cuma mampu tersenyum yang saya kira penuh makna. Saya pasti dia sudah berkira-kira untuk meminta saya menambahkan koleksi anggeriknya. Kali ini tentunya saya tidak mampu membantah seperti sebelumnya kerana saya juga berkongsi minat dengannya. Malah permintaan isteri untuk menyiapkan pegola buat anggeriknya berlabuh tidak saya hampakan. Dengan sedikit kemahiran yang ada dan disalut minat yang membuak,dua buah pegola anggerik mampu saya hasilkan bersekali dengan pondok santai beratapkan rumbia.

Koleksi anggerik terus bertambah dan minat terhadap anggerik semakin meningkat!

Pena Tumpul - Merayau hingga ke Parit Kangkong Batu Pahat untuk atap rumbia

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w