Skip to main content

Jumaat

Hari Jumaat menyapa lagi. Kehadirannya sentiasa dinanti justeru fadilat hebatnya.Daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi s.a.w. sesungguhnya baginda s.a.w telah bersabda; Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat, di dalam hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari itu juga dimasukkan ke syurga dan hari Jumaat juga dikeluarkan Adam daripadanya. Pada hari Jumaat juga hari kiamat
akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu dari Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya itu.

Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Jumaat ialah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah dari Hari Raya Aidil Fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu; Penciptaan Adam a.s, pada hari itu juga telah dikeluarkan dari syurga, pada hari itu juga dia wafat dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seseorang itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakannya selagi dia tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidak ada seorang pun malaikat muqorrobun di sisi Allah Azza waJalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidaklah langit dan bumi yang merasa kasih pada hari Jumaat.

Menurut Ibnu Sirin, barangsiapa yang bermimpi berada pada hari Jumaat atau mendirikan solat Jumaat atau melihat jemaah pulang dari solat Jumaat, sesungguhnya Allah akan mempermudahkan urusannya dan mendatangkan keberkatan kepadanya. Jika bermimpi melihat orang sedang solat Jumaat, tandanya dia akan melalui suatu perjalanan yang menyeronokkan dan dimurahkan rezekinya.

PERISTIWA-PERISTIWA BESAR PADA HARI JUMAAT
1. Nabi Adam diciptakan oleh Allah.
2. Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga.
3. Nabi Adam dikeluarkan dari syurga.
4. Nabi Adam dikahwinkan dengan Hawa.
5. Nabi Muhammad dan ummatnya muliakan dengan hari Jumaat.
6. Allah menjadikan syurga yang khas untuk umat Nabi Muhammad.
7. Perkahwinan para rasul selain Nabi Adam a.s, seperti Nabi Yusuf dengan Zulaikha a.s, Nabi Musa dengan Shafuro’ a.s, Nabi Sulaiman dengan ratu Balqis a.s, Nabi Muhammad dengan Khadijah dan Aisyah r.a dan saidina Ali k.w dengan Fatimah az-Zahra’ r.a.
8. Puteri-puteri Rasulullah dikahwinkan semuanya pada hari Jumaat.
9. Para nabi dan rasul memperbanyakkan selawat dan salam pada hari Jumaat.
10. Akan berlakunya hari kiamat pada hari Jumaat.

NAMA HARI ‘JUMAAT’
Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat tentang mengapakah hari tersebut dinamakan hari Jumaat, kemudian Rasulullah s.a.w. menjawab; Lantaran pada hari itulah tanah dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (bermakna hari kiamat berlaku pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang itu dikabulkan oleh Allah s.w.t.

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w